Friday, January 30, 2009

Mesyuarat AJK Tertinggi KRT Bukit Depu 1/2009

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi
Pada 28.1.2009 bertempat di Bilik Mesyuarat Restoran A & W Pantai Batu Buruk jam 9.00 malam telah diadakan mesyuarat AJK Tertinggi KRT Bukit Depu kali pertama Tahun 2009. Ia telah dihadiri oleh sebahagian besar AJK yang baru dilantik. Pihak wakil JPNIN yang dikenalpasti hadir tidak dapat berbuat demikian disaat saat akhir kerana masalah kesihatan.
Diantara Ahli yang hadir Diantara ahli yang hadir
Walau bagaimanapun mesyuarat berjalan lancar dan perkara perkara yang dibahaskan mendapat sokongan dari semua pihak. Perlantikan Ketua Ketua Jiran menyaksikan perlantikan muka muka lama dan baru. Sebanyak 19 Aktiviti dibentangkan bagi Tahun 2009 termasuk beberapa Program Lawatan Muhibbah ke KRT terpilih di Lembah Klang dan Johor Baru.
Mereka yang dipilih bagi mengetuai Biro Biro adalah seperti berikut:-
  • Ketua Jiran Wanita - Pn Mariam bt Mat Ali
  • Ketua Jiran Muda - En Ali Ngah
  • Ketua Tunas Jiran - En Mohd Nasir b Mat Rosidi
  • Ketua Jiran Warga Emas - Tn Hj Khalid b Yaccob

Thursday, January 29, 2009

Berita dari Rakan KRT

KAMPUNG DARAT PAK CHAN - Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Perumahan Desa Permai semakin aktif melakukan aktiviti kemasyarakatan, khususnya bagi komuniti setempat. :Terbaru, KRT itu melalui Jiran Muda mengadakan aktiviti gotong-royong memasak bubur asyura bersama penduduk di kawasan berkenaan. :Setiausaha KRT Taman Perumahan Desa Permai, Zaidi Awang berkata, aktiviti berkenaan adalah rutin tahunan yang dianjurkan KRT bagi meraikan kemeriahan sambutan Maal Hijrah. :“Setiap kali Muharam, kita akan turut sama menjayakannya. Ia bagi memenuhi permintaan penduduk dan menjadi acara tradisi di kawasan ini sejak sekian lama. :“Aktiviti yang dianjurkan KRT sebenarnya banyak dan kita melihat keperluannya dari masa ke masa. Contohnya, anggota KRT di sini turut membantu membersihkan kawasan sekolah berhampiran, sebelum sesi persekolahan bermula,” katanya. :Menurut Zaidi, anggota KRT itu juga banyak membantu mangsa banjir besar yang melanda kawasan berkenaan pada penghujung tahun lalu. :Selain membantu memindahkan mangsa ke pusat pemindahan, mereka juga bergotong-royong memasak, sebelum dihantar ke pusat pemindahan banjir bagi keperluan mangsa yang terlibat. :“Apa yang penting, aktiviti yang dianjurkan KRT ini tidak dihadkan kepada aktiviti tertentu sahaja kerana kita melihat keperluan penduduk dan sumbangan: yang memberi kesan kepada komuniti setempat. :“Dengan anggaran penduduk seramai 1,500 orang, pelbagaian aktiviti boleh dibuat. Kami juga menilai program yang memerlukan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat dan berharap ia memberi impak kepada masyarakat setempat,” katanya ketika menjayakan majlis gotong-royong memasak bubur asyura di pekarangan Taman Perumahan Desa Permai, semalam.: :Pada majlis itu, sebanyak enam kawah bubur asyura berjaya dimasak secara bergotong-royong oleh penduduk setempat. :Sebanyak RM1,500 diperuntukkan bagi majlis itu. Istimewanya, bubur asyura itu dibuat dengan tambahan ayam, daging dan ikan dan diagihkan kepada penduduk perumahan itu serta Perumahan Orang Kurang Upaya Taman Rahmat, Pulau Kerengga dan Asrama Perkaya. KAMPUNG BARU - Masyarakat harus menjadikan anggota polis sebagai sahabat mereka demi memastikan maklumat disalurkan dan kadar kegiatan jenayah dapat dikurangkan di daerah ini setiap tahun. :Timbalan Ketua Polis Kemaman, Deputi Supritenden (DSP) Abdul Marlik Hakim Johar berkata, masyarakat yang mendampingi pihak polis bukan sahaja dapat membantu menyelesaikan pelbagai kes jenayah, malah mengeratkan hubungan antara kedua belah pihak. :“Sistem Rakan Cops banyak membantu pihak polis, masyarakat perlu menyertai Rakan Cops kerana ia memberi manfaat kepada kedua belah pihak,” katanya. :Abdul Marlik berkata demikian ketika memberi taklimat pada program Polis Bersama Masyarakat di Kampung Baru, Kerteh yang dihadiri lebih 200 penduduk. :Katanya, anggotanya sering: dikerah dan ditugaskan pada setiap malam demi memastikan kadar jenayah dapat dikurangkan ke tahap maksimum. :“Hal ini bergantung kepada kepantasan maklumat yang diberi masyarakat, lebih cepat maklumat kegiatan jenayah disampaikan kepada pihak kami, lebih senang pihak kami bertindak memberkas penjenayah,” katanya. :Beliau berkata, keakraban yang dijalinkan antara masyarakat setempat dan anggota polis dari balai polis berhampiran membolehkan pelbagai aktiviti dilakukan secara bersama. :“Kawalan malam yang dijalankan Rukun Tetangga boleh dilakukan bersama, apa yang penting masyarakat hidup dalam keadaan yang aman dan damai tanpa sebarang kekecohan,” katanya. :Pada program itu, sesi soal jawab yang diutarakan penduduk turut dijalankan bertujuan: mencari jalan penyelesaian terhadap pelbagai kes jenayah yang berlaku sekitar Kerteh. :Program Polis Bersama Masyarakat dijalankan Balai Polis Kerteh dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Baru, Kerteh. :Sementara itu, Abdul Marlik Hakim Johar turut menerima cenderamata daripada pihak penganjur sejurus selesai menyampaikan taklimat pada majlis berkenaan. Petikan dari Sinarharian

Wednesday, January 28, 2009

Majlis Gotong Royong Masak Bubur Asyura


KRT Bukit Depu dengan kerjasama sektor Jiran Wanita nya telah mengadakan majlis gotong royong memasak bubur asyura pada 16.1.2009 bertempat di perkarangan rumah Matnah Jambul, salah seorang AJK Jiran Wanita.
Majlis itu juga mendapat kerjasama dan disertai ramai orang kampong.
Mengikut Setiausaha KRT Bukit Depu , Tn Hj Khalid, program ini bertujuan menjaga hubungan baik di kalangan jiran tetangga dan mengeratkan silaturahim sesama penduduk.
Ianya seolah menjadi tradisi sejak KRT Bukit Depu ditubuhkan lagi. Tahun ini ianya merupakan kali ketiga masakan asyura diadakan.

Tuesday, January 27, 2009

Kursus Solekan Jiran Wanita KRT Bukit Depu

Pada 11hb January,2009 bertempat di rumah Pengerusi KRT Bukit Depu telah diadakan kursus ringkas solekan yang dikendalikan oleh Wanita UMNO Johor dengan kerjasama Jiran Wanita KRT Bukit Depu. Kursus ini bertujuan untuk menunjukan cara dan kaedah yang betul untuk solekan termasuk cara penyucian muka dan cara cara melakukan 'makeup' yang betul dan ringkas. Cara cara mengenakan tudung, berbagai jenis tudung di tunjukan.
Tiga orang anak gadis ahli telah digunakan sebagai model bagi tujuan pembelajaran ini.
Seramai 20 ahli wanita KRT Bukit Depu yang menghadiri program ini.
Bold Acara cabutan nombor bertuah juga diadakan.
Seluruh warga KRT Bukit Depu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini.

Karnival Jiran Wanita DUN Batu Buruk disambut Meriah..

Petikan dari Akhbar Sinar Harian 24.1.2009

Program Pemeriksaan Kesihatan

Pada 11hb Januari 2009, bertempat di Perkarangan Rumah Pengerusi KRT Bukit Depu telah diadakan satu program pemeriksaan kesihatan. Program ini kendalikan oleh Wanita UMNO Negeri Johor dengan kerjasama KRT Bukit Depu. Ia melibatkan 2 orang doktor perubatan dan 6 orang pembantu perubatan. Ia bermula pada jam 2.30ptg dan berakhir pada 5.30petang.
Kemudahan yang di beri merangkumi pemeriksaan am seperti pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan tahap gula dalam darah, berat badan dll. Dan kepada mereka yang didapati mengidapi deman, kencing manis dan lain kerumitan kecil diberi ubat secara percuma.
Seramai 30 orang ahli KRT Bukit Depu dan keluarga mereka telah mendapat kemudahan pemeriksaan perubatan secara percuma . Ianya terdiri dari warga emas, orang dewasa, murid sekolah dan kanak2 termasuk bayi.
Mereka mereka yang didapati tahap kesihatan yang melebihi tahap yang luarbiasa dinasihati agar mendapat pemeriksaan kesihatan lanjutan di hospital atau di kelinik.
Berbagai jenis ubat disediakan dan diberi percuma.
Diucapkan jutaan terima kasih kepada Pengerusi dan AJP Wanita UMNO Negeri Johor di atas sumbangan dan perkhidmatan yang ikhlas kepada ahli-ahli KRT BUkit Depu.

Malam Jalinan Mesra Perpaduan YAB Timbalan Perdana Menteri Bersama Kawasan Rukun Tetangga Kuala Terengganu 2009

Pada tanggal 10hb Januari 2009, pukul 8.00 malam bertempat di Dewan Besar Wisma Darul Iman Kuala Terengganu telah diadakan Malam Jalinan Mesra Perpaduan YAB Timbalan Perdana Menteri Bersama Kawasan Rukun Tetangga Kuala Terengganu 2009 dimana tetamu Khas adalah YAB Dato Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dan YB Menteri Perpaduan Kebudayaaan Kesenian dan Warisan, Dato' Seri Hj Mohd Shafie Mohd Afdal. Program ini adalah anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu.

Seramai 40 orang ahli menghadiri program tersebut. Selain makan malam persembahan tradisional turut diadakan Penghargaan : Terima Kasih dipanjangkan kepada Pengarah Perpaduan Kebudayaan Kesenian Dan Warisan Negeri Terengganu kerana menjemput keluarga KRT Bukit Depu.

Aktiviti Jiran Wanita KRT Bukit Depu

Jiran Wanita KRT Bukit Depu pada permulaan penggal ini telah terlibat dalam banyak aktiviti . Diantara aktiviti tersebut merupakan program yang memang dirancang dan ada juga aktiviti aktiviti jemputan Jiran Wanita KRT lain yang dalam DUN yang sama. Sebagai contoh Program Karnival Jiran Wanita DUN Batu Burok yang dianjur oleh KRT Taman Permint Jaya yang diadakan pada 10hb Januari, 2009 bertempat di Padang Perpaduan Taman Permint Jaya Cendering.
Seramai 30 orang ahli telah mengambil bahagian dalam 9 pertandingan pada hari tersebut. Kehadiran keseluruhan lebih kurang 45 orang. Keputusan Pertandingan: Hampir semua acara yang disertai oleh ahli KRT Bukit Depu semuanya mendapat kemenangan dan hadiah dari pihak penganjur. Pertandingan Memasak Kuih Tradisional Berasas Ubi Kayu/Ubi Keledek Pn Khitijah bt Omar - No 4 Pn Fatimah bt Kadir - No 3
Pertandingan Gubahan Tuala Pn Piah bt Mat Amin - No 3 Pn Siti Toyibbah bt Mamat - No 4
Pertandingan Gubahan Sireh Junjung Pn Fatimah bt Besar - No 2 Pn Salbiah bt Ngah - No 3
Pertandingan Anyaman Ketupat Pn Romlah bt Mamat - No 2 Pn Mek Ngah Hamzah - No 3 Pertandingan Ayam Berhias Pn Zaipah bt Ali - No 2 Pertandingan Memancing Ikan Darat Lelaki En Mansor Embong - No 1 Pertandingan Memancing Ikan Darat Wanita Pn Salbiah bt Ngah - No 2 Pn Rohani bt Abdullah - No 3
Hadiah terbanyak telah dimenangi oleh KRT Bukit Depu keseluruhanya. Tahniah dan diucapkan terima kasih kepada yang mengambil bahagian.

Thursday, January 22, 2009

Majlis Penyerahan Bangunan Sultan Abdul Samad Kepada Kementerian Perpaduan Kebudayaan Kesenian dan Warisan(KPKKW)

Majlis Penyerahan Bangunan Sultan Abdul Samad Kepada KPKKW Majlis Penyerahan Bangunan Sultan Abdul Samad kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia telah diadakan pada 24 Disember 2008, jam 8.30 pagi. Penyerahan adalah daripada SPAZ Sdn. Bhd. Kepada Jabatan Kerja Raya Malaysia dan seterusnya kepada KPKKW. Bangunan Sultan Abdul Samad telah diubahsuai mulai Disember 2007 untuk dijadikan pejabat KPKKW. Sebelumnya, iaitu pada zaman penjajahan British, bangunan ini digunakan sebagai Pusat Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen Jeneral dan Pejabat Pos Besar. Selepas Merdeka ia digunakan sebagai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Perakaunan sehingga tahun 1978.
Pada tahun 1978 bangunan ini menempatkan Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi Bahagian Sivil dan Dagang serta Mahkamah Tinggi Jenayah.
Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan bangunan bersejarah yang terletak di Jalan Raja yang dahulunya dikenali sebagai Gombak Road. Sejarah penubuhannya bermula pada tahun 1893 apabila Kerajaan British di Selangor telah merancang usaha untuk mendirikan sebuah bangunan kerajaan sebagai pusat pentadbirannya.
Bangunan yang mempunyai ketinggian 57 kaki dengan keluasan 10,200 meter persegi ini telah siap dibina sepenuhnya pada 1897. Reka bentuk dan binaannya berbentuk “Soracenic’ berasaskan seni bina Moghul dan Moorish. Tingkap dan pintunya berbentuk melengkung seperti masjid-masjid di Cardova dan Mesir.
Berdasarkan sejarah dan keunikan tersendiri, bangunan ini telah diangkat sebagai Warisan Kebangsaan dalam kategori Tapak Warisan pada 2007 yang lalu.
Pemilihan bangunan ini sebagai pejabat rasmi KPKKW amat bertepatan sekali kerana Kementerian diberikan hak untuk mentadbir dan menjadi penjaga utama keseluruhan kompleks bersejarah termasuk bangunan bangunan ini sendiri, Muzium Sejarah dan Bangunan Persekutuan yang meliputi kawasan seluas kira-kira lima ekar (dua hektar) di tengah bandar raya.
Untuk fasa pertama, terdapat lapan (8) bahagian KPKKW yang akan berpindah ke bangunan ini iaitu Pejabat Menteri, Pejabat Timbalan Menteri, Pejabat Ketua Setiausaha, Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha , Bahagian Pengurusan, Unit Perhubungan Awam, Unit Undang-Undang, Unit Audit Dalam dan Perpustakaan KPKKW.

Wednesday, January 21, 2009

PROGRAM GEMA SEMARAK PADU

Pada tanggal 24hb Disember 2008 bertempat di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man Kuala Terengganu, telah diadakan satu Program yang dinamakan ' GEMA SEMARAK PADU' Ialah dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Terengganu. Program ini melibatkan KRT keseluruhan negeri Terengganu dan disempurnakan oleh YB Menteri Perpaduan Kebudayaaan Kesenesian dan Warisan, Dato' Seri Hj Mohd Shafie Mohd Afdal.
KRT Bukit Depu telah diwakili lebih kurang 50 orang ahli dan keluarga mereka. Satu buah bas telah disewakan bagi membawa mereka ini ke Program tersebut. Disamping makan malam mereka juga dihiburkan dengan acara tradisional. Gambar yang disertakan bersama ini menunjukkan beberapa acara kemuncak yang telah dijalankan.
Dimalam itu juga Sekim Rondaan Sukarela KRT Bukit Depu telah sekali lagi dinobatkan sebagai SRS Terbaik di Peringkat Negeri Terengganu. Sijil dan wang tunai sebanyak RM3,000.00 telah disampaikan oleh YB Menteri. Pihak KRT Bukit Depu telah di wakili oleh Timbalan Pengerusi Tn Hj Ab Manan Hasan bagi menerima anugerah tersebut.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada SRS Bukit Depu kerana dapat mempertahankan gelaran selama dua tahun berturut turut