Saturday, April 25, 2009

Program MaulidulRasul KRT Bukit Depu 2009

Pada 9hb April 2009 bertempat di rumah 4177, Taman Sangsura Bukit Depu telah diadakan sambutan Malam Maulidirrasul 2009 dengan penuh bermakna dan bersejarah.

Buat pertamakalinya dalam program tersebut KRT Bukit Depu telah berjaya menengahkan seorang tokoh yang amat berjasa kepada masyarakat mukim dari segi semangat perpaduan, keikhlasan, kesungguhan,keperihatinan dan ketinggian budi dalam mendampingi masyarakat setempat sebagai Tokoh MaulidulRasul 2009. Beberapa acara telah diatur bagi mencapai matlamat pengajuran pada malam tersebut. Ianya adalah seperti anugerahan tokoh tokoh dalam bidang tertentu. Kemuncak pada malam tersebut adalah Penganugerahan Tokoh MaulidulRasul 2009 dimana ia dimenangi oleh Tn Hj Khalid b Yaccob P.J.K. Senarai pemenang pada malam tersebut adalah:-

1.Tokoh MaulidulRasul 2009 - Tn Hj Khalid b Yaccob

2.Tokoh Warga Emas Contoh - Tn Hj Ngah b Awang

3.Tokoh Anugerah Khas - En Mansor Embong 4.Tokoh Tunas Cemerlang - Cik Nurul Shahida bt Mohd Nasir

5. Penganugerahan Bagi Pelajar Cemerlang peperiksaan UPSR, PMR ,SPM 2008. UPSR 5A - Nur Alwani bt Abdullah

UPSR 5A - Nur Shahiela bt Wahab

UPSR 5A - Mohd Fikri b Razak PMR 8A - Aina Nurdiyana bt Dol Razlan

PMR 9A - Nurul Amirah bt Ab Manan SPM 9A - Fatin Nur Naqiah bt Mohd Ali Majlis dimulakan dengan bacaan selawat keatas Nabi SAW oleh semua yang hadir dan seterusnya diikuti ucapan Pengerusi KRT. Diantara intipati ucapan beliau ialah “………….Dalam kumpulan KRT Bukit Depu saya bersyukor kepada Allah s.a.w. kerana telah dikurniakan dengan sekumpulan orang oang yang berjiwa besar yang telah menanggalkan “pakain selfish” mereka , mereka mendampingi tuan tuan dan puan puan dengan harapan dan kemajuan bagi satu masyarakat yang bersatu dan harmoni. Mereka tidak sombong dan megah diri.Kita tidak mampu bergaduh bermasam muka , berdendam kerana perkara perkara yang kecil , remeh temeh atas nama fahaman , amalan atau atas sebab ayam itek..apatah lagi kita menggunakan Agama sebagai alasan. Kita telah belajar serta melihat , perbalahan kecil akan membawa kepada perbalahan besar , perbalahan besar akan bertukar menjadi peperangan serta pembunuhan yang tidak memberi keuntungan kepada sesiapa...........................” . Beliau seterusnya , ingin kita berkongsi satu ungkapan indah dari seorang sahabat melalui email beberapa hari lepas.. Katanya :- ‘Carilah hatimu yang baik sewaktu membaca al Quran , jika tidak ditemui carilah hatimu. semasa sembahyang,,kalau dok ditemui jugak , carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati ,kalu dok temu jugak ,,berdoalah kepada Allah ….mintalah hati yang baru’ Diantara tetamu Khas yang hadir ialah Encik Khalil b Ahmad,Pengarah JPNIN Negeri Terengganu, Pn Hjh Norma bt Moh d Nor,Pegawai Perpaduan Daerah K.Terengganu dan Pengarah Bomba Negeri – Tn Hj Fauzan.

Ianya satu malam yang penuh warna warni walaupun dalam keadaan hujan serta penyusunan tempat hidangan tidak dapat dibuat dengan teratur kerana kesempitan ruang , namun majlis berjalan lancar serta meriah.Sejambak bunga rampai yang selama ini dilupakan telah dibahagikan kepada semua hadirin yang hadir , mengingatkan kembali sentuhan buah tangan dizaman silam .Baunya yang lembut halus semerbak menyentuh rasa dan ingatan memperdekatkan lagi semangat perpaduan dan kehadiran diri dalam budaya dan amalan.Diatas permintaan anak mukim pehak AJK Tertinggi telah bersetuju menghidangkan nasi minyak dengan gulai kawah ayam kampung sebagai hidangan makan malam pada majlis tersebut.Seramai 300 orang anak mukim telah menghadiri majlis maulidurrasul pada malam yang sukar dilupakan..

Friday, April 17, 2009

Pertunangan Intan Jufflisa bt Alias

Pada tanggal 4hb April 2009 bersamaan 8 Rabiulakhir 1430 Hijrah berlangsunglah pertunangan Intan Jufflisa bt Alias di 4149, Taman Sangsura Bukit Depu. Intan Jufflisa atau nama singkatnya Lisa adalah anak gadis kepada saudara Alias Che Muda, salah seorang AJK KRT Bukit Depu buat masa ini.

Majlis telah bermula pada malam 2hb April dengan Bacaan Yaasin dan sembahyang hajat memohon selamat dari Allah SWT. Ia dihadiri oleh kebanyakan Ahli KRT Bukit Depu kerana acara bacaan Yaasin itu merupakan juga acara mingguan KRT yang memang dibuat pada setiap minggu tanpa gagal. Rombongan pihak lelaki telah sampai pada 12.00 tengah hari dimana ianya disambut oleh Tn Hj Khalid mewakili pihak perempuan. Pihak perempuan telah memohon jasa Tn Hj Harun sebagai jurucakap dan dibantu oleh Tn Hj Dol.

Selesai saja cincin disarung ke jarimanis perempuan oleh bonda pihak lelaki doa dibaca dan semua yang hadir telah disajikan makan tengah hari. Sama sama lah kita semua doakan semoga ianya berkekalan.