Tuesday, August 25, 2009

Tokoh Multimedia KRT Bukit Depu 2009

Menerima anugerah daripada Ybhg Dato' Hj Che Mat b Jusoh sambil diperhatikan oleh Tn Hj Dol Razlan
Dia adalah wakil kami dari kampung yang kecil, yang tidak terkenal , tiada pembangunan khusus tapi masih ada dalam peta . Dia adalah pewarna, juga pembawa perubahan dalam kontek penyambung dan penyebar berita kami orang2 kampung Bukit Depu melalui media Internet. Itulah tokoh Multimedia KRT Bukit Depu En Alias Bin Che Muda seorang yang simple, penuh pengalaman dalam bidang multimedia yang diperolehi selama 28 tahun berkhidmat dengan Telekom Malaysia Bhd.(TM)
Sijil yang dianugerah
Sekarang seorang pesara yang telah banyak memberi penempuan terhadap kemajuan blog KRT
Bukit Depu malah juga seorang yang cepat mesra dan disenangi oleh masyarakat sekeliling. Blog ini dibangunnya bertujuan memberitahu tentang kegiatan perpaduan yang dijalankan oleh KRT Bukit Depu kepada masyarakat setempat

Bergambar bersama isteri yang tersayang

Dibawah pengurusan serta pengolahan beliau, krtbukitdepu.blogspot.com telah mendapat perhatian serta menerima banyak komen dari dalam dan luar negara. Sebagai blog yang baru berusia 7 bulan lebih, kemajuan ini telah menampakan kemajuan yang amat membanggakan. Dalam keputusan mesyuarat AJK Tertinggi Kali ke 3 yang lalu satu keputusan sebulat suara telah dicapai untuk menamakan saudara Alias Che Muda sebagai Tokoh Multimedia KRT Bukit Depu 2009 bagi menghargai sumbangan nya dalam membangunkan laman blog yang diminati ramai kebelakangan ini. (Klik disini bagi mendapatkan butirannya). Walaubagaimanapun ia nya tidak dihebohkankan dalam mana mana majlis sehinggalah pada Malam Sambutan Ambang Merdeka 2009 yang diadakan pada 31hb Julai 2009 yang lalu. Ia nya sudah tentu satu kejutan bagi penerima tersebut. Tahniah kepada saudara En Alias Bin Muda kerana kewibawaan, serta sanggup berkongsi pengalaman, masa dan tenaga yang telah begitu banyak dihabiskan untuk kemajuan serta perkembangan KRT Bukit Depu sehingga ke hari ini.

Berada disudut yang digemarinya

Apabila diajukan soalan apa yang mendorongnya melakukan apa yang dilakukanya sekarang pada usia 59 tahun, dimana kebanyakan individu pada usia sebegini lebih cenderung untuk berihat? Beliau dengan tegas menyatakan ianya timbul kerana minat dalam bidang IT yang mencabar. Dan bagi nya beliau menyahut cabaran untuk berkecimpung dalam bidang yang jarang diceburi oleh kebanyakan individu yang sebaya dengan nya. KRT Bukit Depu amat bertuah memiliki individu berkemampuan di Taman Sangsura yang masih aktif mengemaskini laman blog krtbukitdepu.blogspot.com dan juga berperanan dalam aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan dari masa kesemasa. Seluruh AJK KRT Bukit Depu sekali lagi mengucapkan tahniah kepada saudara Alias Che Muda diatas anugerah tersebut.

Friday, August 7, 2009

PROGRAM SUKAN RAKYAT KRT BUKIT DEPU 2009

Sambutan Ambang Merdeka yang diadakan pada kali ini dimulakan dengan acara Sukan Rakyat pada sebelah pagi . Seramai 150 orang anak mukim telah hadir mengambil bahagian . Dalam ucapan aluan Pengerusi KRT Bukit Depu Tn Hj Dol Razlan Yusof menyebut tentang keperluan aktiviti kesihatan dapat digabungkan dalam semangat kejiranan , semangat perpaduan dikalangan semua peringkat usia khususnya apabila ada peluang seperti sukan rakyat pada pagi ini.

Majlis Sukan Rakyat KRT Bukit Depu pada kali ini telah dirasmikan oleh Penghulu Mukim Bukit Besar En Shaharuddin bin Ismail.,sementara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Puan Hjh Normah bt Mohd Nor dan En Shaharuddin sendiri.

Program bermula sebaik saja upacara perasmian berahir. Beberapa acara yang merupakan permainan rakyat dipertandingkan kali ini. Ini termasuklah permainan seperti Rakit Darat, Bowling Kelapa, Larian Kaki Gergasi, Tiup Belon dan Larian berebut gula gula untuk kanak kanak tadika. Kemuncak pada hari tersebut ialah acara mengupas kelapa dimana kita menyaksikan penyertaan seorang warga emas. Yang penting disini bukan lah kemenangan tetapi semangat untuk terlibat sama.

Tuesday, August 4, 2009

MALAM SAMBUTAN AMBANG MERDEKA KRT BUKIT DEPU 2009

Sambutan Ambang Merdeka 2009 telah diadakan lebih awal disebabkan tarikh 31hb Ogos pada tahun ini jatuh dalam Bulan Ramadhan.
Pengisian sambutan bulan kemerdekaan pada kali ini amat berbeza dengan yang pernah diadakan sebelum ini, kerana ianya disaji dengan acara bacaan puisi dan pertandingan debat oleh mahasiswa mahasiswi Universiti Darul Iman Malaysia (UDM). Seramai 120 orang mahasiswa dan mahasisiwi Universiti Darul Iman Malaysia termasuk peserta debat dan pensyarah yang dibawa 3 buah bas bersama sama dengan anak mukim Bukit Depu telah membanjiri ruang ‘Dataran Perpaduan KRT Bukit Depu’ yang telah ditransformasi’ seperti sebuah taman pada malam tersebut. Dif dif terhormat yang turut hadir malam tersebut ialah Ybhg Dato. Hj Che Mat Jusoh- Pegawai Pembangunan DUN Batu Buruk, Pengarah dan pegawai2 dari JPNIN Daerah K.Terengganu, Tn Pauzan Ahmad - Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Terengganu dan En Shahruddin Ismail -Penghulu Mukim Bukit Besar. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Tn Hj Harun dan diikuti ucapan alu aluan oleh Tn Hj Dol selaku Pengerusi KRT Bukit Depu.dan seterusnya ucapan perasmian oleh Pengarah JPNIN Negeri Terengganu En Mohd Khalil b Hj Ahmad. Dalam ucapanya Tn Hj Dol Razlan membuat penganalisaan makna kemerdekaan….. ‘sebagai satu tamadun yang sangat berharga kepada seseorang individu yang ingin berjaya agar dapat merobah hati kita dari “hati yang sakit kepada hati yang baik” .begitulah juga dalam kontek diantara iman dan kemerdekaan, kerana tanpa kemerdekaan..iman tidak dapat dilaksanakan dengan baik, bebas, sempurna dan menyeluruh..sebab iulah Allah telah menyuruh Nabi Muhamad s.a.w. berhijrah dari Mekah ke Madinah..dan Islam merdeka sepenuhnya diMadinah..dan dari Madinahlah Islam mula berkembang kuat, hebat dan berkat dibawah kepimpinan Nabi Junjungan Muhamad s.a.w.’ En.Mohd Khalil bin Hj Ahmad Pengarah JPNIN Terengganu pada malam tersebut telah mengucapkan syabas tahniah kepada KRT Bukit Depu kerana telah berjaya mempelbagaikan acara kepada masyarakat mukim yang mana kesannya kepada penonton begitu berbeza sekali.Contohnya KRT Bukit Depu telah berjaya mengadakan acara berbalas pantun awal tahun ini masih segar dan menyentuh ingatan…Katanya ‘Walaupun acara acara yang dibuat itu biasa tetapi pihak KRT Bukit Depu telah berjaya ‘mentransformasi dengan banyak pembahruan’ Seterusnya majlis dihiasi dengan bacaan puisi oleh Adik Nur Bina Najati bt Mohd Nasir pelajar Tahun 3, anak kepada salah seorang AJK Krt Bukit Depu. Dan seterusnya diikuti oleh bacaan puisi yang disampaikan oleh Tn Hj Harun. Beliau juga merupakan AJK Krt Bukit Depu. Tn Hj Dol Razlan juga telah turut mengambil bahagian dalam acara deklamasi puisi ini. Acara perbahasan telah bermula selepas itu dan di Pengerusikan oleh Tn Hj Harun serta dihakimi oleh Tn Hj Abd Manan, Tn Hj Shamsuddin dan En Yusof Mohamad yang juga selaku ketua hakim. Tajuk Perbahasan pada malam tersebut ialah ‘Perpaduan Masyarakat Terletak di Tangan Pemimpin.’ Pendebat pendebat terdiri daripada mahasiswa mahasiswi Fakulti Undang Undang dan Hubungan Antarabangsa dan juga Fakulti Teknologi Makanan manakala seorang dari Fakulti Kotemporari Islam. Nama nama saperti : Syimir Bin Shamizan, Nadiah Ramlan, Muhamad Izuddin Mohd Rosli, Ahmad Burhan Sidqi Abdul Rahim, Muhamad Adib Aiman Badrul Sahar, Nur Atiqah Daud dan En Norshazila bt Shahidan sebagai Pengurus Pasukan Debat,….ada lah nama nama yang takkan mungkin dilupakan oleh masyarakat Mukim Bukit Depu buat selama lamanya. Hadiah hadiah dan cenderahati kepada yang mengambil bahagian telah disempurnakan oleh Ybgh, Dato Hj Che Mat Jusoh. KRT Bukit Depu mengucapkan setinggi tinggi terima kasih kepada Dekan Fakulti Teknologi Fakulti Makanan, Ybhg Prof Dr Che Abdullah bin Abu Bakar yang telah memberi nasihat, pandangan serta kerjasama terhadap pembangunan insan dan perpaduan dikalangan masyarakat Mukim Bukit Depu. Terima kasih ditujukan kepada Pejabat Penyelaras DUN Batu Buruk kerana atas bantuan teknikal. Akhir nya hasil usaha yang telah diberikan oleh mahasiswa dan mahasiswi menerusi perbahasan pada malam tersebut telah memberi kesan yang sungguh mendalam kepada masyarakat Mukim Bukit Depu dalam kontek kepimpinan dan pengisian perpaduan pada sebuah Negara Malaysia yang merdeka.
Klik disini untuk melihat gambar program tersebut