Friday, February 26, 2010

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu

Sambutan Maulidul Rasul peringkat Negeri Terengganu telah diadakan pada hari Jumaat 26.2.10. bertempat diStadium Sultan Ismail. Ia telah dirasmikan oleh Pengerusi Pemangku Raja Terengganu,YAM Tengku Seri Laksmana Raja. Ia juga turut disertai YAB Menteri Besar Terengganu, Dato Ahmad Said, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dato Mazlan Ngah dan Ahli Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).
KRT Bukit Depu telah dipilih oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional(JPNIN)Negeri Terengganu sebagai satu satunya KRT untuk bergabung bersama dalam perarakan sambutan Maulidul Rasul dibawah kategori Jabatan Jabatan Kerajaan.
KRT Bukit Depu telah diwakili oleh seramai 20 orang, 10 lelaki dan 10 peserta wanita.
“Bagi mereka, ini merupakan sejarah kali pertama dipilih dan telah meninggalkan kenangan yang paling indah. Pengalaman berbaris bersama sama 107 kontigen yang mengambil bahagian pada hari itu amat tidak dapat dilupakan” Itulah kata kata Pengerusi KRT Bukit Depu Tn Hj Dol Razlan apabila ditanya perasaannya dipilih mengambil bahagian pada sambutan kali ini bersama JPNIN Negeri Terengganu termasuk Pengarah dan Timbalan Pengarah.
Kontigen KRT Bukit Depu dalam pembarisan penuh ceria pada pagi tersebut
Seramai 107 buah pasukan mengambil bahagian termasuk badan badan berkanun , Agensi swasta , NGO , sekolah sekolah dan jabatan jabatan kerajaan mewarnai pagi bersejarah dengan pakaian berwarna warni bersama sepanduk dan kain rentang.
Ahli KRT Bukit Depu segak berbaris bersama sama kakitangan JPNIN
Ahli Jiran Wanita KRT Bukit Depu yang mengambil bahagian pada perarakan tersebut
Perarakan bermula diStadium Sultan Ismail pada jam 8.45 pagi dan berakhir diStadium Negeri pada jam 10.45 pagi dengan jarak 3.5 kilometer dimeriahi dengan selawat serta rasa pendekatan diri dalam mengingati Baginda Rasulullah SAW pesuruh Allah SWT.