Saturday, March 20, 2010

SRS Dijenamakan Semula - Hishammudin

KUALA LUMPUR 18 Mac - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mahu Skim Rondaan Sukarela (SRS) dijenamakan semula bagi memastikan peranannya untuk mengurangkan kadar jenayah menjadi lebih berkesan.Menterinya, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein berkata, bagi mencapai tujuan tersebut, satu unit khas perlu ditubuhkan khusus untuk memantapkan SRS dan segala aktiviti yang dijalankannya.
Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein
Menteri Dalam Negeri
“Bagi memastikan peranan SRS lebih berkesan, saya mencadangkan supaya ia melalui proses penjenamaan semula di mana satu unit khas perlu ditubuhkan untuk memantapkan SRS dan aktivitinya.”Penelitian juga perlu dibuat terhadap Peraturan-Peraturan Penting Rukun Tetangga 1975 bagi membolehkan pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Sukarelawan Simpanan Polis (PVR) menyertai SRS untuk membuat rondaan secara bersama,” katanya.Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena lawatan kerjanya ke SRS Kawasan Rukun Tetangga (RT) Pangsapuri Fasa 3, Bandar Baru Sentul di sini malam tadi.Turut hadir, isterinya, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon; Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah.
Bagi memastikan SRS diaktifkan semula, Hishammuddin berkata, pegawai daripada Bahagian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) KDN telah mengadakan perbincangan dengan pegawai Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional untuk mengenal pasti tindakan yang boleh dilakukan secara bersama.SRS di bawah RT merupakan satu daripada 52 inisiatif yang telah dikenal pasti untuk penambahbaikan pada makmal NKRA mengurangkan jenayah.”Inisiatif ini dilaksanakan bagi mempertingkatkan penglibatan orang awam dalam aktiviti sukarela, sekali gus memberi kesempatan kepada mereka untuk terlibat dalam usaha menangani jenayah dan memelihara keselamatan di kawasan perumahan masing-masing,” jelasnya.Setakat ini, kata Hishammuddin, terdapat 4,557 unit RT dan 1,800 SRS di seluruh negara.
Tambahnya, dianggarkan 75,000 orang terlibat menjalankan rondaan melalui program SRS.Dalam lawatan kerja tersebut, Hishammudin dan menteri-menteri yang hadir berpeluang merasai pengalaman menyertai rondaan cegah jenayah di sekitar kawasan RT Pangsapuri Fasa 3, Bandar Baru Sentul.Mereka yang masing-masing dibekalkan sebatang cota dan lampu suluh menjalankan rondaan mulai 11 malam hingga 2 pagi. (Utusan Malaysia 18.3.2010)

Saturday, March 6, 2010

Tokoh Perpaduan Dan Integrasi KRT Bukit Depu 2010

Biar pun zahir berjauhan, biar pun batin bersepadan tapi semangat perpaduan yang tebal dalam diri Siti Adawiyah bt Mohd Fadhir yang berasal dari Pekan Pahang ini telah berjaya menambat hati penduduk Mukim Bukit Depu ,Kuala Terengganu , Diatas jasa jasa beliau selama beliau memegang jawatan Naib Presiden Seketeriat Kelab Rukun Negara UDM Malaysia Terengganu sejak 2008 – 2009. Sepanjang usia itu , peranan beliau dalam menjalin semangat perpaduan dan integrasi khasnya dengan anak mukim tidak dapat disangkal lagi.
Dalam banyak program yang KRT anjurkan, Kelab Rukun Negara UDM Malaysia Terengganu senantiasa memberi kerjasama yang penuh. Malah pernah pada satu ketika dimana keadaan wabak H1N1 berada ditahap kritikal pada tahun 2008 , Siti Adawiyah dan sejumlah 30 orang ahli dibawahnya mengambil risiko untuk hadir dalam satu majlis berbuka puasa. Dengan daya usaha sendiri,walaupun pihak Universiti tidak meluluskan penyertaan tersebut dan kemudahan pengangkutan tidak disediakan.
Inilah keberanian,ketabahan dan kesungguhan serta risiko yang diambil oleh Siti Adawiyah selama beliau menyandang tugas sebagai Naib Presiden Sekritariat Kelab Rukun Negara UDM Malaysia Terengganu.
Anak sulong dari 7 orang adik beradik ini menyimpan cita cita yang tinggi dalam bidang pembangunan dan pengurusan sumber manusia dan berharap dapat memegang jawatan sebagai Human Resource Manager selepas menamatkan ijazah dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia nanti.
Dengan prinsip hidup ‘biar kalah asal menang’ yang diamalkan, beliau telah dapat mengatasi banyak permasaalahan. Dengan mengamalkan sifat cepat mesra dengan masyarakat sekeliling dan bekerja kuat dalam mencapai sesuatu matlamat beliau percaya sesuatu kerja besar dapat dibuat dengan lebih mudah.
Siti Adawiyah menunjukkan tentang kekesalan beliau bagaimana perpaduan hari ini dijadikan “seperti bola yang ditendang kesana kemari , dibuat mainan dan dijadikan api perkauman oleh golongan golongan yang tidak bertanggungjawab..” pada Siti, perpaduan dan integrasi kaum adalah asset paling penting dalam pembangunan negara. Pada Malam Sambutan Maulidurrasul KRT Bukit Depu pada 26.2.2010 yang lalu dan selaras dengan piagam serta objektif negara mengenai perpaduan, KRT Bukit Depu yang mendokong cita cita yang sama dibawah pengawasan JPNIN N Terengganu, dengan penuh rasa hormat dan bangga memberi penganugerahan ‘Tokoh Perpaduan Dan Integrasi KRT Bukit Depu 2010’ kepada Cik Siti Adawiyah Bt Mohd Fadzir, Naib Presiden Sekritariat Kelab Rukun Negara UDM Malaysia Terengganu .

Siti Adawiyah menerima anugerah dari En Husin Sidek - Pen Pengarah JPNIN Terengganu

Beliau telah menerima Sijil Penghargaan dan Cenderahati yang disampaikan oleh En Husin Bin Sidek , Timbalan Pengarah JPNIN N Terengganu. Seluruh anak mulim KRT Bukit Depu merasa bertuah dapat mengenali sebutir permata yang bersinar dalam memperjuangkan misi perpaduan dan integrasi negara.
Setinggi tinggi tahniah dan selamat maju jaya dari kami .

Thursday, March 4, 2010

Adik Amir Afiq Selamat Menjalani Pembedahan Lymphangioma

Adik Amir Afiq bin Aziz ialah seorang anak yang bijak.Baru berumur empat tahun tapi cita cita serta kemahuan terhadap sesuatu diberitahu dengan jelas dan penuh minat. Beliau ialah anak kepada En Aziz b Mohamed, salah seorang AJK KRT Bukit Depu. Beliau seorang kanak kanak yang ceria dan suka bermain serta berkongsi apa yang mereka ada dengan adik adik dan abangnya.

Keriangan Adik Amir bersama cenderahati - sebuah buku mewarna.

Yang membezakan adik Amir dengan adik beradiknya ialah beliau begitu suka pada buku. Minat adik Amir kepada buku telah menyebabkan ayahnya terpaksa menghantar kesekolah tadika yang berhampiran dengan rumahnya. Peluang ini merupakan sesuatu yang sungguh seronok pada adik Amir. Malangnya adik Amir tak tahu ada yang tak kena pada kaki kirinya. Semakin hari ada sesuatu yang membesar pada kelenjar betisnya. Ini telah menggangu perjalanan pada seorang kanak kanak yang aktif seperti beliau. Ayah nya En Aziz serta ibu , telah berusaha menghantar adik Amir ke Hospital Universiti Kubang Krian Kota Bharu dua bulan lepas untuk dua pembedahan bagi membuang ketumbuhan pada kelejarnya yang dinamakan lymphangioma operation'
Keperihatinan seorang Pengerusi , Tn Hj Dol menyampaikan cenderahati kepada Adik Amir

Pada 27.2.2010 hari Sabtu , jam 3.00 petang adik Amir yang masih lagi dalam proses rawatan , masih lemah tapi ceria , menerima kunjungan , Pengerusi KRT Bukit Depu Tn Hj.Dol Razlan Yusof , menyampaikan buah tangan yang amat digemari nya, sebuah buku mewarna yang istimewa.

Seluruh warga KRT Bukit Depu berdoa semoga Adik Amir cepat sembuh dan bagi kedua ibu bapanya supaya banyak bersabar menghadapi ujian ini.

Wednesday, March 3, 2010

Malam Sambutan Maulidul Rasul KRT Bukit Depu 2010

Tanggal 26.2.10 bertempat di Perkarangan Pos Kawalan Taman Sangsura Bukit Depu, telah diadakan satu program ‘ Malam Sambutan Maulidul Rasul 2010’ yang dianjurkan oleh KRT Bukit Depu dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Sangsura (PKPTS).

(L - R)Pn Hjh Norma, En Husin Sidek, Tn Hj Dol,Tn Hj Ab Manan, En Fauzan, En Mohamad Ismail, Wakil UDM

Sambutan pada kali ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Encik Husin bin Sidek, Timbalan Pegarah JPNIN Negeri Terengganu yang baru , Puan Hjh Norma bt Mohd Noor - Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Terengganu.

Tn Hj Dol membuat ucapan alu aluan

Dalam ucapannya, Pengerusi KRT Bukit Depu , Tuan Hj Dol Razlan Yusof , mengulangi pesan Rasulullah : Asas kekuatan Umat Islam membangun tamaddun yang bertunjangkan Aqidah , Kasih sayang dan sikap saling hormat menghormati sesama manusia , ialah rahsia besar kejayaan perjuangan dalam Islam itu sendiri. Beliau menambah , bagi merealisasikan kebenaran ini , Rasulullah juga memberi nasihat agar umatnya belajar seumur hidup "dari buaian sampai keliang lahad.”..dan ilmu agamalah yang lebih wajib dan afdal untuk dipelajari. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En Husin Sidek, Pen Pengarah JPNIN Negeri Terengganu. Dalam ucapan beliau yang santai dan bersahaja En Husin berkata .

En Husin Sidek membuat ucapan perasmian
“Negeri Terengganu ini kaya dengan kelazatan..ada nasi dagang , ada keropok lekor …saya baru saja bertugas di sini tak sampai 2 bulan , tapi badan dah naik 4 kilogram demikian juga dalam aktiviti aktivi lain yang terdapat disini masih banyak ruang yang boleh ditambah kelazatan , dimajukan dengan baik.” Beliau selanjutnya mengucapkan syabas kepada KRT Bukit Depu kerana satu satunya KRT yang telah dipilih mewakili Negeri Terengganu kepertandingan Anugerah Pengurusan Rukun Tetangga Peringkat Kebangsaan 2010 yang akan diKuala Lumpur pada bulan Jun nanti.

Ustaz Hj Mokhtar Salleh membuat ceramah

Diantara aturcara yang menarik dan memberi kesan yang sungguh dalam kepada hadirin ialah bagaimana Ustaz Hj Moktar Salleh membaca serta menghuraikan ayat 1-21 Surah Yusof mengenai kemusnahan, hasrat dengki , peranan syaitan serta bagaimana mengwujudkan rasa kasih sayang dikalangan keluarga, jiran dan masyarakat dalam membentuk semangat perpaduan dalam kontek yang lebih besar. Dengan bantuan Cik Norshazila Shahidan yang menyampaikan mesej dan penjelasan melalui power point , kefahaman mengenai topic ini menjadi lebih mudah dan kesan yang diterima sungguh baik sekali,

Selawat serta marhaban yang dibawa oleh Pelajar Pelajar Pondok Darussalam dan Ahli Nasyid dari UDM Terengganu menjadikan majlis sungguh istimewa. Kehadiran seramai 40 Ahli Kelab Sektariat Rukun Negara UDM dengan persembahan lagu lagu Nasyid dan pembacaan puisi memeriahkan lagi acara pada malam itu.

KRT Bukit Depu telah memberi penganugerahan “Tokoh Perpaduan dan Integrasi” kepada Cik Siti Adawiyah bt Mohd Fadzir diatas sumbangan serta jasa jasa beliau yang telah memainkan peranan sehingga hubungan dua hala diantara mahasiswa / siswi UDM dengan KRT Bukit Depu selama beliau memegang jawatan sebagai Naib Presiden pada tahun 2008 – 2009 menjadi akrab dan hubungan itu masih kekal sehingga sekarang.

Majlis juga telah memberi sijil penghargaan kepada Mudir Pondok Darussalam Ustaz Khalid Bin Abdul Rahman, diatas kerjasama beliau dan pelajar pelajar pondok Darussalam dalam penyertaan program KRT, kepada ahli kumpulan nasyid dan pembaca puisi UDM dan juga kepada peserta peserta yang menyertai perarakan pada sebelah pagi.