Friday, July 23, 2010

Lawatan Muhibbah KRT Ketereh ke Kg Bukit Depu

Bergambar beramai ramai untuk kenangan
Sejarah telah tercipta pada 22.7.2010 diantara KRT Ketereh dan KRT Bukit Depu , apabila Majlis Qira’ (majlis memuliakan tamu) diadakan diTaman Sangsura pada jam 9.00 malam bagi menyambut rombongan seramai 45 orang dari KRT Ketereh, Kelantan.

Sambutan mesra oleh Pengerusi KRT Bukit Depu

(Dari k-kn)Timb Pengerusi KRT Ketereh, Tn Hj Dol, Tn Hj Ramli, Pn Za

Pengalaman selama 15 tahun menerajui KRT Ketereh tidak menjadikan kemegahan kepada Pengerusi nya, Tuan Hj Ramli Sulaiman untuk datang menziarahi KRT Bukit Depu yang masih muda , semuda 2 tahun 7 bulan.

Ucapan Aluan oleh Tn Hj Dol Razlan

Ibarat Abang yang datang berkunjung kerumah adik. Dalam ucapan aluannya, Pengerusi KRT Bukit Depu menyatakan “ dalam Quran perpaduan termasuk didalam kategori amal manusia dan hubungan hubungan yang berkaitan dengan akhlak mulia dan akhlak buruk,.dan didalam satu Hadis dari Abu Hurairah katanya : Rasulullah telah bersabda, Ruh manusia ini bagai perajurit yang beranika ragam , bila saling mengenal dia akan bersatu, bila tidak saling mengenal dia akan berpecah belah." Beliau menambah lagi "semoga dari impak Al Qira’ jalinan perpaduan serta persaudaraan diantara warga KRT Ketereh dan KRT Bukit Depu akan terus rapat , sayang menyayangi dan kekal buat selama lamanya."

Tn Hj Ramli membuat ucapan balas

Tuan Hj Ramli dalam ucapan balas menyebut KRT Ketereh memilih KRT Bukit Depu sebagai destinasi lawatan integrasi ialah kerana kemajuan yang terdapat didalam pencapaian yang berbagai bidang ditambah dengan senario kemasyarakatan yang berbeza sosial ekonomi. "Kami orang kampung bukan orang Taman , kami berkerja kuat untuk kejayaan. Falsafah kami bila kami bekerja kami tidak bermain , dan bila kami bermain main kami tidak bekerja " kata Tn. Hj Ramli lagi "kami tidak ada apa yang hendak membalas budi orang KRT Bukit Depu , tapi datanglah ketempat kami untuk berkongsi apa yang kami ada agar tuan puan boleh gunakan untuk kebaikan masyarakat disini."

KRT Ketereh adalah satu satunya KRT diKelantan yang telah berjaya dalam ketegori pembangunan ekonomi KRT dan pengurusan KRT ,yang telah banyak mencapai kejayaan diperingkat negeri dan kebangsaan. Mereka adalah dalam rangka lawatan integrasi selama tiga hari ke beberapa KRT di Kuala Terengganu , Kuantan , Kuala Lumpur dan Gua Musang sebelum pulang keKetereh.

Pn Za membuat ucapan

Pn Za, yang mewakili JPNIN Daerah Kuala Terengganu, menyatakan peluang yang berlaku pada malam ini adalah seperti pembuka ruang kemajuan baru kepada KRT Bukit Depu yang telah banyak memperolehi kejayaan dalam usia yang sesingkat ini. Dan jika sekiranya KRT Bukit Depu akan menziarahi KRT Ketereh pada masa akan datang , jangan lupa mengundang beliau untuk turut bersama didalam rombongan.

Majlis penyampaian cenderahati

Majlis telah menyaksikan pertukaran cenderahati sebagai ingatan dan kenangan sebelum menjamu selera dengan masakan selera kampung.

Tetamu menjamu selera

KRT Bukit depu mengucapkan ribuan terima kasih dan kagum diatas kesudian serta rendah diri Pengerusi KRT Ketereh yang telah memilih KRT Bukit Depu sebagai tempat lawatan. Kami memohon maaf diatas segala kekurangan dan kelemahan yang terdapat sepanjang majlis diadakan dan tidak kurang juga merakamkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada En Nordin diatas kesudian nya memberi kebenaran mengunakan tempat dan kemudahan dirumah beliau. Kepada Jiran Wanita , AJK Tertinggi yang telah menunjukkan prestasi yang sangat baik walaupun pada awalnya keadaan telah dilanda dengan ribut dan hujan lebat.

Sesungguhnya lawatan ini adalah seperti "Menziarahi Adik kerana Perpaduan."

Tuesday, July 20, 2010

Dari Catitan Diari Pengerusi KRT Bukit Depu

Lawatan Ke Kota Kinabalu (KK) 3.7.2010 - Hasrat menjejaki Borneo tercapai juga. Kota Kinabalu kami jejaki selepas 2 ½ jam penerbangan dari KLCCT bersama rombongan OCA.
Banyak yang perlu dirasai, diketahui, dialami berhubung dengan Borneo , pulau yang ketiga terbesar didunia yang memaparkan rain forest, flora dan fauna, wild life reserved, Gunung Kinabalu ,KRT dan budaya 71 suku kaum yang menduduki Sabah.

Keindahan yang berbaur baur ini kami hayati dari Kota Kinabalu Water Front yang cantik sedang membangun pesat. Sepanjang perjalanan sejauh 24 km ke Naxus Karambunai tempat penginapan, adalah laluan pantai merempuhi Bangunan Tun Fuad Stephen,Universiti Malaysia Sabah, UITM Sabah, Bangunan Pentadbiran Persekutuan, Komplek Sukan Likas, Masjid Negeri Sabah dan projek perumahan mewah. Sesungguhnya Kota Kinabalu sedang membangun dengan pesatnya.

Seperti bandar bandar lain yang sedang membangun diMalaysia, Kota Kinabalu memiliki enam buah komplek membeli belah yang bertaraf dunia dan tiga buah pasar budaya yang unik ia itu Central Market , Handicraft Centre dan Padang Merdeka.
Kita boleh membeli mutiara air tawar dan air masin yang dihasilkan dari pengesusaha tempatan dari Sempurna dan Tawau dengan harga semurah RM10.00 untuk seutas gelang atau seuntas rantai disini.

KK terkenal dengan makanan laut yang segar dan murah. Kami sempat menziarahi tempat pemerosesan hasil laut untuk dijual keluar negara diFung Seng Seafood Supplier Sdn Bhd.di Lot 7-8 Jalan Bakau Inamam Industrial Estate KK Sabah. Ikan, ketam, sotong , udang serta bebagai bagai makanan laut dibungkus mengikut piawaianyang ditetapkan dan penghantaran juga dilakukan disini.

Di Gunung Kinabalu Park kami cukup merasa nikmat alam semulajadi yang indah dengan pohon pohon ribuan tahun usianya , bunga bunga yang segar dan berwarna warni serta desiran alur alur anak sungai yang menyelinap di sekitar kawasan curam seolah olah membawa kita hidup pada zaman pratamadun beribu tahun dulu. Disini saya terpesona dengan satu poster yang mengingatkan dan memberi pengajaran kepada kita tentang betapa pentingnya menjaga keindahan alam sekitar :-

Only after the last tree has been cut down Only after the last river has been poisoned Only after the lasf fish has been caught Only then will you find that money cannot be eaten..!

Dalam perjumpaan dengan Pengerusi KRT Komplek Sukan Likas, En Abd Latiff Hj Muluk beliau menceritakan kemajuan yang banyak dicapai melalui aktiviti perpaduan disini ialah hasil ketekunan dari AJK yang banyak memberi kerjasama kerana berlatar belakangkan profesion masing masing.Ramai diantara kami lebih kurang sebaya dan memegang jawatan jawatan dari berbagai organisasi kerajaan dan swasta memberi kerjasama penuh terhadap aktiviti Rukun Tetanga..Mereka menggunakan pengalaman serta usaha mereka masing masing dalam satu kerjasama membangun KRT KSL ini. Sayangnya diantara kami tidak ada yang kekal lama, satu hingga dua tahun sudah berpindah ketempat lain.

En Latif bersama dua orang AJK Tertinggi En Ismail Daim dan En Salman Nasip

En Latif bersama dua orang AJK Tertinggi En Ismail Daim dan En Salman Nasip yang hadir dalam perjumpaan pada malam tersebut mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menziarahi mereka disini serta memohon maaf kerana tidak dapat memberi layanan yang istimewa.Beliau berharap dapat berjumpa lagi serta bercadang untuk menziarahi KRT Bukit Depu pada suatu masa nanti.

Tuesday, July 13, 2010

Majlis Anugerah Keluarga Mithali DUN Batu Buruk 2010

Program 'Majlis Anugerah Keluarga Mithali 'telah diadakan diAuditorium Taman Budaya, Kuala Ibai pada 12hb Julai 2010. Majlis tersebut telah dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Terengganu (YPKT) dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Buruk. Ia bertujuan bagi meraikan ketua ketua keluarga serta ibu ibu tunggal yang telah berjaya mengharungi hidup berumah tangga , memegang amanah menyara keluarga, mendidik serta membentuk satu keluarga bahagia yang berguna dan berjasa kepada bangsa dan negara.

Sebahagian daripada para hadirin

Ucapan alu aluan oleh Encik Mohd Shafaruddin Mustaffa

Majlis bermula dengan ucapan alu aluan oleh Encik Mohd Shafaruddin Mustaffa,Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Terengganu(YPKT). Ia diikuti dengan ucapan perasmian oleh Ybhg. Dato’ Hj Che Mat b Jusuh - Pegawai Pembangunan Dun Batu Buruk.

Ucapan perasmian oleh Ybhg. Dato’ Hj Che Mat b Jusuh

Seterusnya Majlis Penganugerahan Keluarga Mithali Peringkat DUN Batu Buruk dimana seramai 21 orang penerima dalam tiga kategori iaitu:
  • Anugerah Keluarga Terbilang - 2 orang
  • Anugerah Keluarga Gemilang - 2 orang
  • Anugerah Keluarga Cemerlang - 17 orang

Para pemenang anugerah bergambar beramai ramai

Dr Hj Hasbullah Hj Mohamad menerima anugerah daripada Ybhg Dato Hj Che Mat Jusoh

Tn Hj Muhammad Awang menerima anugerah dari Ybhg Dato Hj Che Mat b Jusuh

Kami warga KRT Bukit Depu amat berbangga kerana dua keluarga Ahli AJK Tertinggi kami telah terpilih dalam Anugerah Keluarga Cemerlang. Mereka ialah Dr Hj Hasbullah Hj Mohamad dan Tn Hj Muhamad b Awang. Seluruh warga KRT Bukit Depu mengucapkan tahniah diatas penganugerahan tersebut. Semoga keluarga ini terus bahagia dan kekal menjadi contoh kepada semua penduduk mukim.

Tuesday, July 6, 2010

Malam SRS Bersama Polis

Program ini telah diadakan di Taman Sangsura Bukit Depu pada 3.7.2010. Ianya telah dianjurkan oleh SRS KRT Depu dengan kerjasama pihak Jabatan Polis Diraja Kuala Terengganu.
Tujuan diadakan program tersebut ialah bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang betapa keselamatan dan keharmonian yang dikecapi selama ini semakin hilang akibat perubahan cara hidup dimana masalah keselamatan diambil mudah dan dipertanggungjawabkan kepada pihak tertentu seperti polis sahaja tanpa ingin melibatkan diri bersama sama bagi menjaga keselamatan setempat.
Tuan Abd Halim b Mohd Ishak, Timbalan OCPD Kuala Terengganu membuat ceramah
Ianya bertepatan dengan ceramah yang telah disampaikan oleh tetamu istimewa yang diundang - Tuan Abd Halim b Mohd Ishak, Timbalan OCPD Kuala Terengganu yang bertajuk “Keselamatan Yang Semakin Hilang Disekeliling Kita”

Para tetamu mendengar dengan penuh minat

Saranan ini diperjelaskan dengan lebih terperinci oleh beliau .."dan kita perlu sedar bahawa sifat penjenayah tidak berlaku dalam diri seseorang dalam sehari dua. Ianya berlaku dari umur seawal 4 tahun. Ibu bapa seharusnya mengambil berat tentang prilaku anak mereka seperti dengan siapa anak mereka berkawan , dan dimana mereka berada, pukul berapa anak anak mereka balik rumah. Dengan lain perkataan kita sebagai ibubapa semestinya memantau kegiatan anak anak kita bilamana mereka berada diluar rumah."

Bermula dari usia semuda ini , sifat negatif ini akan berterusan sehingga dewasa dan jenayah pada mereka seperti perkara yang biasa sebagai sebahagian aktiviti kehidupan. Yang anehnya kedua dua ibu bapa tahu anak anak mereka ini terlibat dengan jenayah.Cuma lagi mereka tak mahu akui kebenaran sehingga anak mereka ditangkap pihak polis kerana jenayah. Apa yang membimbangkan ialah keadaan dimana yang melahirkan penjenayah dalam masyarakat ialah keluarga itu sendiri. Keluargalah yang melahirkan penjenayah. Agak sukar untuk mengatakan bahawa kita berada dalam keadaan yang selamat, bebas dari gejala yang semakin menular didalam masyarakat kita pada hari ini. Sikap tidak 'suka menjaga tepi kain orang' walaupun dalam keadaan musibah datang melanda.

Ucapan alu aluan Pengerusi KRT Bukit Depu
Ia satu program yang penuh bermakna. Dalam ucapan alu aluan Pengerusi KRT Bukit Depu menyatakan ‘ ianya malam yang penuh bersejarah buat SRS KRT Bukit Depu kerana kesudian Tuan Halim melapangkan masa berkongsi pengalaman yang amat berguna buat dikongsi dengan SRS KRT Bukit Depu dan masyarakat keseluruhan”
Puan Hjh Norma, Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Terengganu menganggap malam yang penuh bersejarah seperti ini bukan selalu berlaku, apatah lagi pada malam tersebut terdapat tamu istimewa dari KRT Fasa2 Bandar Utama Batang Kali Selangor yang turut sama mendapat menafaat dari ceramah yang diberikan.
Dari k/kn Pn hjh Norma,En Asrul,Tn Abd Halim,En Sharuddin,En Mohamad Ismail,En Fauzan
Selain daripada Tuan Abd Halim dan Pn Hjh Norma , tetamu lain ialah Tuan Fauzan, Pengarah Bomba Negeri Terengganu, En Azrulnizam yang mewakili Pengarah JPNIN Negeri Terengganu, Sarjan Ngah dari balai polis Kuala Terengganu, En Shaharuddin Ismail,Penghulu Mukim Bukit Besar, En Roslan Rahmat, Timbalan Pengerusi KRT Fasa 2 Batang Kali dan rombongan, dan En.Mohammad Ismail, Pengerusi JKKK Kg Bukit Depu.
Tn Hj Dol menyampaikan Cenderahati untuk Tn Abd Halim sambil diperhati oleh En Asrul
Tn Abd Halim menyerahkan sijil kepada SRS Bukit Depu
Seluruh warga KRT Bukit Depu ingin mengucapkan ribuan terima kepada pihak Jabatan Polis Kuala Terengganu terutamanya kepada Tn Abd Halim diatas kesudianya memberi ceramah dan kepada pihak JPNIN Negeri Terengganu. Tak lupa juga kepada En Nordin yang membenarkan pihak kami menggunakan rumah beliau sebagai 'pentas' dan penduduk setempat yang memberi kerjasama bagi menjayakan program ini.