Tuesday, March 29, 2011

Lawatan Integrasi KRT Panchor Jaya Fasa 5&6

Gambar Slide Lawatan KRT Panchor Jaya Fasa 5&6
Tanggal 26.3.2011 merupakan satu tarikh yang istimewa kepada KRT Bukit Depu kerana menerima kunjungan KRT Taman Panchor Jaya 5&6, Negeri Sembilan. Lawatan integrasi dari Negeri Yang DiPertuan ini merupakan program pembuka tirai bagi KRT Bukit Depu untuk tahun 2011.
Rombongan seramai 40 orang di ketuai oleh Pengerusi Tn Hj Abdullah bin Talib dan setiausaha Tn Hj Sharidan bin Alias. Mereka ini dalam rangka lawatan sehari ke Terengganu Darul Iman. Turut sama dalam rombongan ini ahli ahli Jiran Wanita nya. Pihak JPNIN Terengganu di wakili En Azilan Ariffin. Bas yang membawa rombongan tersebut tiba tepat pada jam 9.12 disambut mesra oleh Pengerusi KRT Bukit Depu bersama AJK nya dalam gerimis hujan yang turun sejak petang. Walaupun sebahgian nampak begitu kepenatan tapi semangat perpaduan yang ditunjukkan begitu tinggi dengan gelak tawa serta gurau senda.
Bak kata pengerusi KRT Bukit Depu dalam ucapannya "dalam program Rukun Tetangga bukan sahaja perpaduan yang terjalin tapi terhimpun juga amalan baik yang banyak dan dalam masa yang sama ilmu kita dapat dipertingkatkan.." Beliau mengakhiri ucapan dengan tiga buah pantun
Negeri Rembau Negeri Yang Tuo Yang Tuan dirikan
Sheikh Ahmad Majnun Orang Kenamaan
Takbanyak yang dapat kami hidangkan
Cuma gulai ayam kampong pembuka perpaduan
Dari jauh datang bertamu
Memberi salam membuka pintu
Andai ada umur dan waktu
InsyaAllah dimana mana kita bertemu
Adat jauh berkirim kata
Adat dekat puji memuji
Andai ada tersilap kata
Maaf dipinta seikhlas hati

Dalam ucapan balas Pengerusi Taman Pancor Jaya Tn Hj Abdullah berkata , beliau serta rombongan berharap dalam perjumpaan yang singkat ini , satu perhubungan yang dapat mengembangkan kerja kerja perpaduan yang lebih baik antara dua hala menjadi satu kekuatan bersama. Beliau yakin KRT Bukit Depu tidak kedekut untuk berkongsi ilmu , bantu membantu sebagai satu keluarga KRT yang besar.

Beliau mengakhiri ucapan dengan menjawab sebuah pantun sahaja sebab dua pantun lagi KRT Bukit Depu kenalah melawat Pancor Jaya Fasa 5 & 6 untuk mendapatkan jawapan nya.

Buah tembikai buah rambutan.
Makan bersama buah berangan
Ribuan terima kasih diatas layanan
Budi baik tuan puan kami kenangkan

Walaupun dalam waktu yang amat terhad tapi mesej perpaduan yang sama sama dialami dapat dimenafaati dengan penuh persefahaman, santai dan mesra.

Mesyuarat Pelantikan AJK KRT Bukit Depu 2011 - 2012

Mesyuarat perlantikan tersebut telah diadakan pada 26.3.2011 jam 9.00pagi. Seramai 40 orang menghadiri mesyuarat pada pagi itu. Puan Noor Aida Yusniza bt Yusof telah mewakili JPNIN Terengganu pada messyuarat tersebut.
Pengerusi bersama dengan wakil JPNIN

Seramai 26 orang AJK telah dilantik kesemuanya. Mereka adalah:-
Pengerusi : Tn Hj Dol Razlan Yusof
Timb Pengerusi : Tn Hj Harun Md Diah
Setiausaha : Tn Hj Khalid Yaccob
Pen Setiausaha : En Nordin Ibrahim
Bendahari : Alias b Che Muda
Pengerusi Jiran Wanita : Pn Mariam Mat Ali
Pengerusi Jiran Muda : En Mohd Nasir b Mohd Rosidi
Pengerusi Tunas Jiran : En Aziz b Mohamed
Pengerusi Warga Emas : Tn Hj Wan Ab Rahman b Wan Salleh
Ahli Jawatankuasa:
Tn Hj Dr Hasbullah b Mohd
Tn Hj Ab Manan b Hasan
Tn Hj Shamsuddin b Ismail
Tn Hj Anuar Jaafar
En Mansor Embong
En Mohamed Ismail
En Sidek Mohamad Amin
Pn Khitijah bt Omar
Pn Matnah bt Jambul
Pn Rohani bt Abdullah
Pn Piah bt Mohamad Amin
Pn Fatimah bt Besar
Pn Zainun bt Mohamed Zain
Pn Zaliha bt Awang
En Mohamad Hafiez b Salleh
En Ismail b Ngah
Pemeriksa Kira Kira
Tn Hj Mansor b Chik
En Zulkifli b Abdullah

Tahniah Diana

Wajah manis gadis sunti ini adalah Diana, anak bongsu salah seorang Ahli Jawatankuasa KRT Bukit Depu. Diana memperolehi keputusan yang agak baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru diumumkan baru baru ini, memperolehi 7As dan 2Bs. Syabas dan tahniah. Tingkatkan usaha. Kami amat bangga dengan pencapaian awak.
Selamat Maju Jaya dari kami semua, AJK KRT Bukit Depu

Wednesday, March 9, 2011

Berita KRT Setempat(samb)

Perarakan Maulidul Rasul KRT Lorong Hj Da
Kursus Kekeluargaan KRT PermintJaya

(Klil pada gambar untuk image yang lebih besar)

Sunday, March 6, 2011

Berita KRT setempat

Ahli KRT dibawa melawat
(Klik pada gambar untuk image besar)

Menjadi ahli KRT banyak faedahnya

(Klik pada gambar untuk image besar)