Wednesday, April 27, 2011

Malang Tak Berbau

Kepanasan matahari yang mengatur laluan takterduga mengakhiri perjalanan adik Mohd Sazwan bin Sidek buat seketika...! Patah tulang kaki kanan setelah berlaku kemalangan apabila motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta pada tengahari 16.4.2011.
Pengerusi KRT Bukit Depu sempat menziarahi beliau dirumah
Pengerusi dan Setiausaha KRT Bukit Depu sempat menziarahi beliau dirumah dengan harapan doa semoga cepat sembuh.

Buat masa sekarang beliau adalah pembantu harapan perusahaan membuat cincin dan barang kemas milik ayahnya. Kedua dua ibu dan ayah beliau adalah AJK Tertinggi KRT Bukit Depu. Didalam kehidupan , perjalanan tidak selalunya lancar. Kita mendoakan semoga cepat sembuh.

Sunday, April 3, 2011

Gotong Royong Membersih Surau

Surau Tn Haji Ngah
Dikanan cebisan bukit dipenghujung jalan Taman Sangsura terdapat sebuah surau yang telah berusia 23 tahun berukuran 20 x 30 sederhana besar yang boleh menampung 100 orang jemaah.Surau ini amat istimewa buat anak mukim , khasnya Mukim Bukit Depu.Surau tersebut dikenali sebagai Surau Haji Ngoh. Keistimewaan yang terdapat pada Surau Haji Ngoh ini ada 3 perkara.

Arwah Tn Hj Ngah Ismail

1. Kombinasi dua nama yang sama berkorban pada niat yang sama untuk saham akhirat kerana Allah. Haji Ngoh bin Ismail (Arwah) yang telah berusaha dengan wang ringgit sendiri serta usaha beliau mengumpul dana dari orang ramai dalam menyiapkan pembinaan surau ini pada tahun 1988 yang menelan belanja lebih kurang RM 80,000.00 pada ketika itu tidak termasuk harga tanah Surau ini begitu popular pada tahun 90an kerana kursus haji bersiri yang dikendali oleh Tn.Hj Ngoh Ismail pada setiap pagi dan petang Jumaat. Haji Ngoh bin Awang pula telah mewakafkan tanah yang menjadi milik beliau sebelum itu sebagai tapak pembinaan atas nama Allah .

2. Surau Hj Ngoh ini dibangunkan sepenuhnya dari sumbangan / sedekah orang ramai .

Tn Hj Ngoh Awang

3. Haji Ngoh bin Awang yang sekarang masih memegang amanah arwah Hj Ngoh bin Ismail dalam menjaga pentadbiran , kebersehan surau , walaupun dalam usia 71 tahun masih cergas disamping dengan urusan kerja harian sebagai petani yang memasarkan hasil tani sendiri kePasar Kedai Payang Kuala Terengganu ,tidak pernah ketinggalan pada setiap solat Fardhu dan sentiasa berdakwah pada anak mukim agar hadir mengimarahkan Surau Hj Ngoh ini. Bukan kerana surau ini atas nama beliau tapi kerana surau ini dibena sebagai keperluan para jumaah yang berhampiran yang diharapkan datanglah mengimarahkan Rumah Allah yang paling berhampiran , agar kita sama sama mendapat kebaikan dan hidyahNya.

Ini pengisian yang sungguh murni dari harapan Hj Ngoh bin Awang yang masih ada dengan sisa sisa hidupnya menggamit kita semua memenuhi ruang sebagai qari dan qariah tetap diSurau Hj Ngoh ini.

Pada 25.3.2011 AJK KRT Bukit Depu telah sama membantu Tuan Hj Ngoh turun bergotong royong membersih surau tersebut juga kerana Allah serta sebagai mengahargai jasa jasa beliau dan sebagai tugas bakti dalam memenuhi program KRT Bukit Depu pada awal 2011. Program gotong royong ini merupakan sebahagian daripada aktiviti yang dirancang sebagai aktiviti tahunan .

Saturday, April 2, 2011

Majlis Bacaan Yassin Dan Tahlil Rumah ke Rumah 2011

Penghayatan ini serta amalan membaca Yassin serta tahlil dan kesyukuran telah lama dipraktikkan diKRT Bukit Depu dari sejak ditubuhkan empat tahun yang lalu. Dan pada 31.3.2011 rutin bersiri menghayati tujuan tersebut telah bermula. Majlis bacaan yassin dan tahlil ini dimulakan dikediaman Tn Hj Dol Razlan, Pengerusi KRT Bukit Depu dan akan dilangsungkan dari rumah kerumah anak anak mukim yang bersetuju pada setiap malam Jumaat selepas Isya disepanjang tahun.

Satu jadual giliran telah dikeluarkan sebagai makluman bagi memudahkan persediaan. Sedikit jamuan ringan disediakan oleh tuan rumah sebagai pembasuh mulut,dan pada kesempatan ini kami dikalangan anak anak mukim dapat bertemu dalam kelompok yang ramai dan menanya khabar serta bertukar fikiran tentang isu semasa disamping mengeratkan lagi silaturrahim dan semangat perpaduan.

Nikmat Allah yang selalu ada pada kita mestilah dijadikan asas utama untuk bersyukur kepadaNya. Sesungguhnya Allah menjadikan manusia dan jin untuk menyembahNya. Pada kebiasaan apabila berada dalam kesenangan, bersyukur adalah menjadi suatu perkara yang paling jauh dan sukar dilakukan. Sedangkan sekiranya mereka dalam kesusahan atau mengimpikan sesuatu maka kita akan merintih merayu dan memohon kurniaan tersebut dari Allah.

Kita diberi Allah dengan berbagai anugerah dan nikmat, rumah, makanan yang limpah ruah, keamanan dan sebagainya. Masih ada lagi kah alasan untuk kita menjadi hambaNya yang tidak bersyukur?. sombong dan pelupa ? Bayangkan saja apa yang akan terjadi pada kita kiranya lahir di negara yang sentiasa berperang saling bunuh membunuh, jauh dari untuk menikmati keamanan dan perpaduan. Firman Allah SWT yang bermaksud, " Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlannya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang,"(An-Nahl:18)

Sesungguhnya menyatakan kesyukuran dengan bertahlil dan membaca Yassin dari rumah kerumah seperti ini kita memohon keberkatan dan menyatakan nikmat kesyukuran untuk tuan rumah dan juga memohon untuk kita semua. Semoga kita semua mendapat nikmat Allah yang berterusan dan hendaknya kita syukuri bersama.