Wednesday, June 29, 2011

SUKANEKA RAKYAT SATU MALAYSIA

Alhamdulillah pada 24hb June 2011 baru baru ini KRT Depu telah menjayakan Sukan Rakyat Satu Malaysia . Dalam program yang diadakan selama dua hari itu beberapa acara menarik telah diadakan.
Lukisan lukisan yang menang dalam pertandingan mewarna
Pada 24.6.2011 bermula jam 3.00 petang sehingga 4.00 petang pertandingan mewarna telah dijalankan di pekarangan kediaman Pengerusi KRT Bukit Depu, Tn Hj Dol. Seramai 100 orang kanak kanak megambil bahagian dari peringkat umur 5 - 9 Tahun dan 10 -12 Tahun.
Pada keesokan hari 25.6.2011 diadakan pula pertandingan sukan rakyat dimana sebanyak 12 acara sukan yang memenuhi citarasa seluruh peserta dari kanak kanak sahingga dewasa diadakan dengan penuh meriah dan semangat kekeluargaan.
Pengerusi KRT Bukit Depu dalam ucapan alu aluan berharap acara seperti ini dapat diteruskan sebagai acara tahunan kerana ia semakin mendapat sambutan yang baik dikalangan masyarakat setempat. Dalam kontek perpaduan aktiviti sebegini amat penting kerana ia dapat mempereratkan semangat tolong menolong diantara penduduk dalam menjalankan program kebajikan pada masyarakat .
Acara yang penuh meriah ini dihadiri oleh lebih 200 orang kanak diperingkat tadika dan remaja serta ibu bapa. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahgia Dato'Hj Che Mat Bin Jusoh Pegawai Pembangunan Dun Batu Buruk. Dalam ucapan beliau menyatakan Negeri Terengganu sekarang ini sedang mengalami zaman gemilang dalam bidang pendidikan dan sukan. Dan asas permulaan bermula diperingkat kampung , daerah kemudian keperingkat negeri. Program bermula sebaik saja upacara perasmian berakhir.
Beberapa acara yang merupakan permainan rakyat dipertandingkan kali ini. Ini termasuklah permainan seperti , Bowling Kelapa, Larian Kaki Gergasi, Tiup Belon dan Larian berebut gula gula untuk kanak kanak tadika. Kemuncak pada hari tersebut ialah acara berpasukan seperti mengayam ketupat, gubahan kain batik dan rekacipta barangan dari daun kelapa , dimana kita menyaksikan penyertaan kaum ibu bapa. Yang penting disini bukan lah kemenangan tetapi semangat untuk terlibat sama.
Kecaknaan KRT Bukit Depu dalam memberi khidmat ikhlas dan sukarela kepada penduduk setempat mendapat sokongan yang baik dari Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) dimana satu jumlah peruntukan telah diberi bagi melaksanakan program yang boleh membawa semangat perpaduan dikalangan penduduk. Program berakhir dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pemenang.