Thursday, August 25, 2011

Salam Aidil Fitri 1432

Bismillahiraahmannirahim..
Selamat datang Syawal dan Selamat Hari Raya 'Aidil Fitri . Salam memohon dan memberi kemaafan.
Selamat tinggal Ramadhan yang penuh dengan keinsafan.
Emmm Tak Semudah ini sebenarnya....! Sesungguhnya disaat saat begini hati masih berbaur dengan kesayuan dan kegembiraan.
Kepada yang masih dalam keindahan membaca bait bait Al Quran , bersujud 29 malam didalam terawikh, Qiamulai.,doa doa yang diharap diberkati Allah pada hambanya yang beramal dengan penuh ikhlas dan yang khusuk membina himpunan amal menuju kepuncak Taqwa dispanjang bulan Ramadhan tahun ini dimana telah membawa kita kepada suatu ketenangan , suatu kepuasan , suatu keinsafan malah suatu kebimbangan; kerana apakah mungkin kita akan berjumpa lagi kebesaran Ramadhan pada tahun hadapan. Pemergian Ramadhan membuat kita merasa sedih dan pilu.
Dan dalam masa yang sama 'Aidil Fitri yang ditunggu , yang dirindui berada dihadapan. Takbir dan salam yang penuh harapan dengan kebaikan amal , rahmat dan keberkatan.
Ramadhan datang lagi 12 bulan dari sekarang begitu juga 'Aidil Fitri, datang juga 12 bulan dari sekarang.Yang membezakan keadaan ialah mereka yang ada dan mereka yang tiada , mereka yang kembali kepada Yang Maha Pencipta dan mereka yang masih diberi peluang .
Oleh itu marilah bersama sama menjadikan ajaran dan amalan yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini berterusan hingga bulan bulan seterusnya.Doa dan harapan kita supaya diizinkan bertemu Ramadhan tahun hadapan , bulan rahmat yang penuh keberkatan.
Pada kesempatan ini RT Bukit Depu ingin menyampaikan sedikit pesanan kepada warga mukim khasnya dan kepada warga KRT amnya , sama sama lah kita memelihara kesihatan dengan baik kerana sihat 'afiat itu sebenarnya perlindungan Allah kepada makhluknya daripada bencana dan tipu daya.
Kata Dr.Hadi Hashman penulis ‘Buku Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit ‘ apabila kita memahami erti 'afiat itu sebagai fungsi anggota tubuh manusia berfungsi dengan baik sama sebagaimana contoh mata yang 'afiat akan melihat , membaca perkara perkara yang bermanafaat dan mengalih pandangan daripada perkara perkara yang terlarang.Itulah fungsi yang diharapkan dari penciptaan mata.
Sesungguhnya tubuh manusia itu terlalu mahal sehingga Quran ada menyatakan " sesiapa menjaga kehidupan manusia seolah - olah dia telah menjaga kehidupan manusia seluruhnya” .Surah Al Maidah ayat 32.
Sementara dari Hadis Rasulullah pula yang dipetik dari Iman Ahmad r.a. Manusia tidak diberi yang terlebih baik didunia daripada keyakinan (keimanan) dan kesihatan ,oleh itu mohonlah kedua duanya daripada Allah.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin dari kami, AJK Tertinggi KRT Bukit Depu.