Monday, November 19, 2012

Lawatan Muhibah ke KRT Kesom Alor Rekang

Pada 16.11.2012  jam 5.00 petang, Kami (KRT Bukit Depu )bersama sama Pengerusi Tn Hj. Dol Razlan bin Yusof  bertolak dengan sebuah kereta menuju ke KRT Kesom Alor Rekang bagi  meninjau dan berkenalan dengan ahli Jawatankuasa KRT tersebut  yang sedang meningkat prestasinya. Bagi makluman KRT ini pernah memenangi  anugerah KRT Harapan.
Keluasan jajahan kawalannya 1 kilometer persegi dan mempunyai 300 buah rumah dan jumlah penduduk seramai 1500 orang. Keadaan suasana kampong nya yang aman dan ceria dikelilingi sawah padi, kebun buahan dan getah.
 


Kami dimaklumkan KRT Kesom Alor Rekang sedang berusaha mempertingkatkan kemajuan serta keselamatan kampong kepada anak mukim nya. Kami berpendapat atas usaha gigih yang di tonjolkan oleh Pengerusinya, En. Wahab bin Ngah. Beliau telah membawa kesepakatan dikalangan remaja remaja setempat. Mereka bergabung tenaga dibawah SRS dalam memikul tanggungjawab bagi keselamatan kampong mereka.
 

Pada malam minggu seramai 25 orang anggota SRS keluar bertugas. Kami difahamkan KRT ini dibahagikan kepada  3 sektor kawalan SRS dan mereka bergabung dalam 3 kumpulan berkawal sehingga jam 5 pagi.Ini satu gabungan yang besar dan sungguh baik jika dapat diteruskan.
 

Tujuan lawatan singkat bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara KRT Bukit Depu dan KRT Kesom Alor Rekang yang senonin  dengan nama cosign Kilo Alfa Romeo dikalangan pengguna Radio SRS.
 
 
 

Monday, November 12, 2012

BENGKEL TATACARA PENGENDALIAN RADIO SRS

Pada 20.6.2012 satu program Bengkel Tatacara Pengendalian Radio SRS telah dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu ( JPNIN) di Dewan Seri Budi, Kuala Terengganu. Program ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 1.00 tengahari serta dihadiri oleh semua KRT yang menubuhkan  unit Skim Rondaan Sukarela (SRS)yang telah di bekalkan Walkie Talkie.
Tujuan adalah untuk memberi informasi ringkas namun penting kepada pihak yang berkenaan tentang penggunaan  ‘walkie-talkie’) di dalam SRS / KRT di kawasan yang berkenaan.Di dalam soal keselamatan, komunikasi yang segera dan cekap adalah sangat penting. Setiap saat yang berlalu pada masa kecemasan, jika dimanfaatkan dengan berkesan boleh menyelamatkan nyawa serta harta benda.Tidak dapat dinafikan, penggunaan alatan radio ini sangat penting dalam kelancaran penyampaian dan penyebaran maklumat kritikal kepada semua ahli SRS / KRT.
En Asronizam dari JPNIN membuat ucapan alua aluan
Maklumat yang pantas mampu menyelesaikan perkara dalam hal kecemasan dan keselamatan.Kekuatan komunikasi di kalangan ahli SRS / KRT juga secara tidak langsung mampu menggerunkan individu yang berniat untuk melakukan jenayah di dalam kawasan terlibat. Ini boleh menghalang atau setidak-tidaknya mengurangkan jenayah itu dari terus berlaku.
Para peserta bengkel dengar dengan penuh minat
Pembelajaran dalam program ini terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu cara menguna Walkie Talkie, pemakaian kod-kod tertentu terutama setiap Unit SRS ada namanya dan penggunaan bahasa Walkie Talkie. Komunikasi Gelombang Radio ini terbahagi kepada 2 iaitu “Point to Point” untuk kegunaan dalam kawasan sahaja dan Trasmiter pula mempunyai pemancar yang berada diatas bumbung bangunan Wisma Persekutuan dan ia diguna untuk gelombang yang meluas meliputi kawasan Daerah Kuala Terengganu.
Dua peserta yang mewakili KRT Bukit Depu
Bagi tidak ketinggalan dengan arus kemajuan pada masa kini KRT Bukit Depu telah menghantar 2 orang Ahli SRS nya untuk menimba ilmu agar kita dapat berkomunikasi antara KRT dan Ibu Pejabat disamping memenuhi seruan kerajaan bagi memberas kegiatan jenayah.

Sunday, November 11, 2012

PROGRAM BENGKEL e-IDRT PERINGKAT DAERAH KUALA TERENGGANU

Memandangkan ramai ahli KRT di Daerah Kuala Terengganu tidak mahir menggunakan komputer terutama  sekali dalam menggunakan sistem e-rt bagi mengemaskini data dan maklumat bagi pemantauan JPNIN Ibu pejabat di Putrajaya, maka Jabatan Perpaduan Daerah Kuala Terengganu mengambil iniatif menganjurkan program  e-IDRT pada 9.11.2012 supaya ia dapat member impak dan memperluaskan lagi kegunaan dikalangan KRT di seluruh Negeri Terenganu amnya Malaysia.
Program ini di adakan di Kolej Komuniti ,Jalan Tengku Ampuan Mariam  bertentangan dengan Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam dan mendapat sambutan yang baik di kalangan KRT Daerah Kuala Terengganu. Kesemua yang hadir agak berumur dan mereka inilah yang bertungkus -lumus dalam menggerakkan  dan memajukan KRT di kawasan masing –masing sehingga ke tahap ini sekarang.

Pembelajaran nya hanyalah tertumpu kepada kaedah  bagaimana mengguna komputer berurusan Sistem E-RT JPNIN yang mana ianya mengandungi tiga bahagian iatu Kemasukan Aktiviti, Kemasukan Minit Mesyuarat dan Kewangan.  Program ini  bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 5.00 petang dan pencaramah adalah  pihak JPNIN Negeri Terenganu sendiri, En. Rizal dan dibantu oleh kakitangan JPNIN dan Guru Tadika Perpaduan Daerah KualaTerenganu.

KRT Bukit Depu telah menghantar seramai 3 orang peserta terdiri Bendahari, Setiausaha dan Pengerusi Jiran Wanita.

PROGRAM KESELAMATAN – ISU-ISU SEMASA

Ahli KRT Bukit Depu yang menghadiri Program Keselamatan
Pada 10.7.2012 satu program keselamatan telah diadakan di Dewan Budaya Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Program ini adalah anjuran Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri dengan kerjasama Jabatan Polis Negeri Terengganu. Program ini mengupaskan isu-isu semasa yang melanda negara kita masa kini.
Objektif ialah bagi mewujudkan sistem pemantauan serta amaran awal kepada kerajaan disamping itu mengekal dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan melalui pendekatan komunikasi dengan tumpuan kepada kaedah-kaedah bagi memenangi minda rakyat serta mewujudkan kesedaran dan penghayatan rakyat berbilang kaum yang mantap dan kukuh bagi memupuk nilai-nilai murni, semangat patriotisme dan cintakan negara. Pemantauan terhadap isu-isu semasa yang dijangkakan boleh menjejaskan kerajaan dan keselamatan negara. Strategi alternatif bagi menangani cabaran isu-isu semasa daripada pelbagai sumber kepada pihak kerajaan dengan menyediakan dan mengemukakan penjelasan yang komprehensif serta meyakinkan untuk kegunaan kerajaan di dalam menangkis segala tomahan secara spesifik, menyeluruh, konsisten dan berkesan.
Agenda  mengenai isu- isu semasa iaitu berkisar kepada Perhimpunan BERSIH 3 dan Perdagangan Manusia yang mengugat keharmonian dan kesalamatan Negara. Program ini diberi penafasan  dengan tayangan gambar kedua-dua isu supaya rakyat dapat menilai sejauh mana kah perilaku mereka dapat menjejaskan imej Negara di mata dunia. BERSIH 3 memaparkan keganasan dan merosak harta benda serta menjejas ekonomi negara manakala pemerdagangan manusia adalah perdagangan dan perniagaan yang melibatkan pergerakan atau migrasi manusia secara haram, termasuk aktiviti buruh secara sah dan secara paksa. Istilah ini digunakan dalam konteks lebih sempit oleh kumpulan advokasi untuk merujuk kepada perekrutan, pengangkutan, perlindungan, atau pengambilan manusia bagi tujuan perhambaan, pelacuran, dan buruh paksa .
Para peserta yang hadir adalah terdiri dari Anggota Polis,Pegawai Jabatan Kerajaan, dan Semua KRT dalam Daerah Kuala Terengganu. KRT Bukit Depu telah menghantar 11 orang iaitu 2 orang Ahli Jawatankuasa dan 9 orang Ahli Jiran Wanita bagi memeriahkan program tersebut.

PROGRAM JOM RONDA

Berbagai-bagai usaha keselamatan telah dilakukan  oleh KRT dalam mempertingkatkan suasana aman serta kebaikan sosial didalam masyarakat.



KRT Gong Baru telah mengadakan satu program bertema “JOM RONDA “ dengan kerjasama  badan-badan  NGO terdiri dari pihak Polis, AADK, Jabatan Bomba, RELA, SRS Bukit Depu dan SRS Permin Permai. Penggabungan ini telah berjaya memberi satu kesan baru dalam kawalan dan status rondaan SRS.

Memang sukar untuk memberi khidmat masyarakat yang sempurna tanpa pengorbanan dan kerjasma semua pihak. Pada malam tersebut gabungan ini telah berjaya merealisasikan hasrat kerajaan agar pemantauan jenayah  dapat dilakukan secara bermaufakat. JPNIN Daerah Kuala Terengganu telah memberi kepercayaan dan memberi peranan besar menganjurkan program “JOM RONDA” kepada KRT Gong Baru yang mana  telah berjaya menggabungkan seramai 100 orang ahli SRS. Rondaan di bahagi kepada 3 kumpulan membuat rondaan sekeliling Kampung Gong Baru.


KRT Bukit Depu telah menghantar seramai 11 orang ahli SRS yang diketuai oleh Pengerusi nya sendiri. Kemuncak program malam tersebut ialah majlis penyerahan walkie talkie yang pertama oleh JPNIN kepada SRS Gong Baru . Beberapa orang tetamu istimewa telah hadir pada malam tersebut seperti Inspektor  Nor Nizan bin Johari  OCS dari Jabatan Polis , JPNIN diwakili oleh En. Asrul Nizam, Penghulu En. Saharudin Ismail, Ketua RELA, Pengerusi JKKK serta Pengerusi-pengerusi KRT yang berdekatan .

TAKLIMAT AKTA RUKUN TETANGGA TAHUN 2012

Pada 6.10.2012 Pejabat Perpaduan dan Integrasi Nadional Daerah Kuala Terengganu telah mengadakan program Taklimat Akta Rukun Tetangga Tahun 2012 bagi semua KRT yang berada didalam Daerah Kuala Terengganu.


Program ini di adakan di Dewan Kenanga, Terengganu Equestrian Resort, Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Ianya bermula pada Jam 8.00 pagi sehingga 1.00 tengahari.

Pengarah JPNIN Terengganu En Tukimin Hj Sarlan membuat presentation.
Program bermula dengan  penceramah, Pengarah JPNIN Negeri, En. Tukimin bin Hj. Sarlan dan di bantu En. Asrulnizam mengupaskan seksyen-seksyen dalam Akta Rukun Tetangga Tahun 2012.

Tujuan program ini adalah memberi penerangan berhubung kait dengan pindaan Akta Rukun Tetengga agar semua KRT faham bagi memudah dan melancarkan berurusan dengan JPNIN mengikut Undang-undang yang tersedia termaktub tanpa keraguan lagi.
 
 
KRT Bukit Depu telah menghantar seramai 5 orang peserta terdiri dari Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Pengerusi Jiran Wanita dan Setiausaha Jiran Wanita.

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2012

Pengerusi KRT Bukit Depu Tn Hj Dol
 membuat ucapan 'Selamat Datang'
UMAT Islam seluruh dunia bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri selepas diuji selama sebulan dalam bulan Ramadan. Sambutan hari kebesaran memang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam.Hari Raya Aidilfitri kerap kali juga disebut sebagai hari kemenangan umat Islam. Kemenangan di sini membawa maksud kemenangan melawan nafsu, membersihkan diri daripada dosa atau dengan kata lain kembali menjadi insan yang benar-benar beriman.Hal ini bersesuaian sekali dengan makna perkataan fitri daripada perkataan fitrah yang bermaksud sifat semula jadi manusia yang suci daripada segala dosa. Oleh itu, Hari Raya Aidilfitri adalah hari Muslim kembali kepada fitrah asal mereka iaitu beriman kepada Allah s.w.t. Ini bermaksud selepas berjaya berpuasa selama 30 hari, kaum Muslimin dijangkakan menjadi lebih baik daripada segala segi.



Sehubungan dengan itu KRT Bukit Depu tidak ketinggalan dalam menyambut hari yang mulia ini. Sambutan diadakan pada 15.9.2012 di pekarangan rumah Pengerusi bertempat diTaman Sangsura jam 12.00 tengahari.Majlis hari raya pada tahun ini agak meriah. Para pengunjung datang bertali arus sehingga kan pada satu ketika ruang penuh sesak.Ramai yang terpaksa makan berserakan di pinggir jalan, tapi masih seronok , berselera dengan hidangan berjenis kuih muih, dan , laksa dan hidangan istimewa nasi minyak ayam kampong.Anggaran pengujung yang hadir pada hari itu melebihi 300 orang.


Objektif penganjuran majlis tahunan ini adalah bagi mengeratkan hubungan mesra silaturrahim sesama ahli dan juga penduduk Kg. Bukit Depu amnya serta ahli-ahli dari kawasan berdekatan . Hubungan erat yang terjalin akan memupuk semangat bersatu bagi memaju dan membangunkan sesebuah komuniti yang cemerlang, gemilang dan terbilang.



Diantara para jemputan yang dirai yang sempat hadir memeriahkan  suasana ialah Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Terengganu Pn.Hjh Norma Mohd Noor , Tok Penghulu Mukim Bukit Besar ,Pegawai AADK daerah Kuala Terengganu ,Anggota polis daerah Kuala Terengganu ,
 Prof.Dr. Hj. Abdullah Abu Bakar,Prof. Dr.Saran Waroon Phan dan Dr.Samchai Jomduang Faculty of Agro Industry Universiti Chiang Mai  dari UniSZA kampus Gong Badak ,Bekas bekas penuntut Sekolah Menengah Sultan Sulaiman ,En Mohamad Ismail - Pengerusi JKKK Bukit Depu, dan penduduk mukim yang datang berkunjung.