Monday, February 18, 2013

Berita KRT Bersebelahan


Bersatu kawal keselamatan.

Ketika jam menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam, seorang remaja bersiap-siap untuk keluar rumah. Selepas mendapat izin daripada orang tuanya, barulah Mohd Nasrullah Usok melangkah keluar meninggalkan rumahnya di Kampung Baru, Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu, Terengganu.
Itulah rutin pada setiap malam minggu bermula awal tahun ini dalam kehidupan Mohd Nasrullah. Walaupun baru berusia 15 tahun, namun faktor umur tidak menghalangnya untuk bergaul dengan orang dewasa demi menjaga keselamatan kampung.
Tidak seperti kebanyakan rakan sebaya lain yang lebih gemar menghabiskan malam minggu dengan aktiviti kurang berfaedah seperti melepak atau bersiar-siar, Mohd. Nasrullah memilih untuk berganding bahu dengan penduduk kampung membuat rondaan pada waktu tengah malam.

Monday, February 4, 2013

Maulidurrasul Pembuka Aktiviti KRT Bukit Depu 2013

 
Bersempena Sambutan Bulan Maulud 1434 Hijrah, satu program ‘Malam Wasatiyyah Perpaduan Ummah’ anjuran KRT Bukit Depu telah diadakan pada 1hb Februari, 2013 bertempat diperkarangan kediaman Pn Mariam, Pengerusi Jiran Wanita KRT Bukit Depu. Program ini telah jalankan dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Sangsura (PKPTS)


Acara dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti selawat kepada Junjungan Nabi Muhamad SAW. Kemuncak acara yang diadakan ialah ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Hanafi Ibrahim yang bertajuk ‘Kita mencintai Nabi Muhammad SAW tetapi tidak mengamalkan Sunahnya’


 Satu kuiz mengenai Biodata Rasulullah juga diadakan. Para pemenang telah diberi hadiah yang berupa hamper. Selain daripada itu para hadirin juga telah dihadiahkan wangian bunga rampai sebagai kenangan. Masakan istimewa nasi pilaf disaji untuk para tetamu menjamu selera. Ianya dihidangkan oleh kumpulan Jiran Wanita.




Tetamu kehormat pada malam tersebut ialah Ybhg Dato’ Hj Che Mat b Jusoh, PPD DUN Batu Buruk. Turut hadir saudara Shaharuddin Ismail, Penghulu Mukim Bukit Besar, En.Mamat bin Othman, Pegawai Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, En Mohd Ismail,Pengerusi JKKK Bukit Depu, En.Khiruddin dari AADK Daerah Kuala Terengganu, Tn Hj Ab Manan Hassan, Pengerusi Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Sangsura (PKPTS).



 Ini adalah program yang pertama diadakan pada tahun 2013 ,dan yang pertama juga selepas mesyuarat perlantikan Ahli Jawatankuasa Utama 2013 - 2014. Dan program ini adalah dibawah aktiviti Jiran Wanita .



Diakhir program para tetamu khas diberi cenderahati kenangan yang disampaikan oleh Pengerusi KRT Bukit Depu Tn Hj Dol Razlan .