Tuesday, December 31, 2013

Selamat Menyambut Tahun 2014

Kami seluruh warga KRT Bukit Depu mengucapkan  Selamat Menyambut Tahun 2014 kepada seluruh pengunjung blog KRT Bukit Depu. Terima kasih diucapkan kepada semua diatas kesetiaan . Semoga tahun 2014 menjanjikan banyak lagi kejayaan.Pemikiran dan harapan baru. Keinginan dan peluang baru dan teruskan senyuman bagi mengalu alukan Tahun 2014.
 
Saya percaya Malaysia sudah cukup matang untuk mengharungi debat-debat yang getir. Perpecahan antara kita akan berakhir dengan masa, di mana kita boleh sama-sama melihat negara kita terus membangun dan jadi dewasa, kita juga akan melihat bahawa mereka yang tidak sependapat dengan kita kekal menjadijiran-jiran, rakan-rakan sekerja – dan sahabat-sahabat kita. Namun saya juga percaya bahawa kita harus memperkukuhkan komitmen kita terhadap perpaduan yang selama ini menjadi asas kukuh negara kita.
Kita harus aktif dalam usaha menggapai perpaduan. Kestabilan dan kemajuan kita bergantung kepada tampuk perpaduan ini. Di atas paksi yang sama, saya telah menubuhkan Majlis Perundingan Perpaduan Negara, yang akan melaporkan kepada Jemaah Menteri segala cadangan yang boleh kita lakukan untuk merapatkan lagi rakyat Malaysia.
                                                                                               YAB DS Najib Tun Abdul Razak


Friday, December 27, 2013

Pertandingan Futsal Remaja KRT Bukit Depu 2013

27.12.2013 - Satu program' Pertandingan Futsal Remaja 2013' telah dianjurkan oleh Jiran Muda KRT Bukit Depu. Ianya terbuka kepada remaja berusia 9 tahun - 13 tahun. Bertempat di Gelanggang Futsal Kg Bukit Depu. Ini merupakan acara penutup bagi tahun 2013. Walaupun diadakan secara kecil kecilan ia tidak kurang meriahnya. Seramai enam pasukan telah mengambil bahagian dimana setiap pasukan seramai lima orang pemain. Hadiah hadiah telah disempurnakan oleh Pn Noor Aida Yusniza yang mewakili JPNIN Terengganu.
Pasukan yang berjaya keperingkat akhir
 


Hadiah yang disediakan
Tn Hj Dol membuat ucapan
Amanat dari Pn Za
Pemenang ketiga
Pasukan naib johan
Pasukan Johan
Cenderahati untuk Pn Za