Thursday, June 20, 2013

PROGRAM LARIAN KITAR SEMULA 2013


Pada 15 hb. Jun 2013, satu program Larian Kitar Semula di adakan ajuran Jabatan Alam Sekitar bertempat diDataran Batu Buruk, Kuala Terengganu dan dirasmikan oleh YB.Dato’Hj. Ahmad Razif bin Abd. Rahman. Aturcara program bermula pada jam 7.00 pagi dengan senamrobik, di ikuti Larian Kitar Semula 2013 dan di akhiri dengan Cabutan Bertuah.
Ahli KRT Bukit Depu bersama keluarga
Keluarga AJK KRT Bukit Depu
Seronoknya larian bersama keluarga
Sabar tunggu dulu

 
Objektif program ini adalah bagi meningkatkan tahap kesedaaran dan kepentingan aktiviti kitar semula serta meningkat penglibatan pelbagai pihak seperti NGO’s, agenda kerajaan, dan persatuan penduduk bagi mengeratkan silaturrahim di antara penduduk melalui aktiviti kitar semula di komuniti  dan menjana pendapatan penduduk serta memelihara kebersihan alam semulajadi.
 

Larian bersama anak anak

Dalam memberi reaksi dan sokongan kepada program tersebut KRT Bukit Depu telah mengambil inisiatif dengan menghantar AJK nya serta keluarga seramai 40 orang meliputi Jiran Wanita, Jiran Muda, Jiran warga Emas dan Tunas Jiran bagi menjayakan serta menyahut hasrat kerajaan dan memilihara alam semulajadi.

Monday, June 17, 2013

Lawatan Integrasi KRT Pontian Utara E Ke KRT Bukit Depu

Pada 15 Jun, 2013, satu rombongan  dari Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Pontian Utara E, Johor  telah datang ke KRT Bukit Depu, Kuala Terengganu.  Program lawatan integrasi itu telah disusun oleh Jabatan Perpaduan Dan Integrasi Negeri Terengganu (JPNIN)
Bergambar kenangan beramai ramai
Tetamu khas L-R Tuan Iman, Tn Hj Jaimon, Pn Yusniza, En Kamaruddin




 
Rombongan KRT Pontian Utara E yang seramai 38 orang yang diketuai oleh Pengerusinya Tn Hj  Jaimon b Santani. Dalam hasrat menjalinkan rasa persaudaraan dan perpaduan ummah mereka di sambut mesra oleh ahli ahli jawatankuasa KRT Bukit Depu yang diketuai oleh Pengerusi Tn Hj Dol Razlan dengan kerjasama penduduk Taman Sangsura. Tujuan lawatan adalah untuk menjalinkan hubungan silaturahim antara peserta dengan penduduk Kg Bukit Depu.
  Para hadirin sedang menjamu selera

Majlis dimulakan  dengan kata kata aluan yang disampaikan oleh Tn Hj Harun selaku pengerusi majlis dengan iringan pantun yang disambut penuh mesra oleh para hadirin. Seterusnya diikuti bacaan doa yang dipimpin oleh tuan iman dari pihak KRT Pontian Utara E. Sebelum upacara ramah mesra dan sesi taklimat  diadakan, para hadirin telah dihidangkan jamuan makan  malam  yang disediakan oleh AJK Jiran Wanita.

Tn Hj Jaimon membuat ucapan
Tn Hj Dol memberi taklimat.

Selepas majlis makan sesi ucapan dan taklimat penayangan slide mengenai aktiviti KRT Bukit Depu dilakukan  oleh Tn Hj Dol. Tuan Hj Jaimon dalam ucapan balasnya mengucapkan ribuan kasih diatas kesudian pihak KRT Bukit Depu memberi sambutan yang amat mesra dan mempelawa KRT Bukit Depu membuat lawatan balas ke Pontian.
En Kamaruddin membuat ucapan
Pihak JPNIN diwakili oleh En Kamaruddin b Hj Abd Rahman dan Pn Nor Aida Yusniza bt Hj Yusof. Dalam ucapan ringkasnya En Kamaruddin, yang mewakili Pengarah JPNIN Negeri melahirkan rasa kegembiraan dan berpuashati terhadap sambutan yang diberi oleh KRT Bukit Depu. Walaupun sederhana tetapi penuh keceriaan dengan suasana kekeluargaan. Sungguhpun lawatan ini merupakan kali pertama namun kemesraan yang terjalin amat mengkagumkan beliau
Penyampaian cenderahati kpd Tn Hj Jaimon

Cenderahati untuk wakil Pengarah JPNIN
Cenderahati untuk Pn Yusniza
Cenderahati untuk Tn Hj Dol oleh Tn Hj Jaimon
 Kemuncak pada malam tersebut ialah acara penyampaian cenderahati dimana kedua dua KRT berbalas hadiah sebagai tanda ingatan. Pihak KRT Bukit Depu juga tidak lupa untuk menyampaikan cenderahati kepada pihak JPNIN kerana kesudian menghadiri program pada malam tersebut.


 Hubungan diantara dua KRT merupakan hubungan yang sangat penting yang perlu dipupuk dan diperkukuhkan melalui lawatan yang rasmi sebegini. Sesungguhnya lawatan ini telah membuka  lembaran baru dalam perhubungan diantara kedua dua pihak.