Monday, September 9, 2013

Lawatan Mesra KRT Bukit Depu Terhadap Pegawai JPNIN

8.9.2013 - Pengerusi dan Setiausaha KRT Bukit Depu telah meluangkan masa menziarahi Pn Nor Aida Yusniza (Pn Za) yang baru sahaja mendapat cahaya mata yang kedua beberapa hari lalu. Ketibaan kami disambut mesra oleh emak beliau sambil mendukung pendatang baru .

Pn Za menimang cahaya mata kedua
Kami disambut mesra oleh ibu beliau sambil mendukung pendatang baru .
Kami seluruh AJK KRT Bukit Depu mengucapkan tahniah kepada Pn Za dan keluarga semoga berbahgia dan dicucuri rahmat. Amin InSyaAllah.

Monday, September 2, 2013

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke56

 Galeri Perpaduan
Kami, seluruh Warga KRT Bukit Depu  mengucapkan setinggi tinggi tahniah kepada rakyat Malaysia sempena Hari Kemerdekaan Ke 56 yang akan disambut pada 31 Ogos 2013 bersamaan 24 Shawal 1434 Hijrah.
Baner baner bertemakan hari kemerdekaan  dipasang dilaluan utama masuk ke Taman Sangsura
Semangat patriotik ini kami tanamkan dikalangan ahli dan warga KRT Bukit Depu dalam semangat perpaduan. Kami juga mengibar Jalur Gemilang di laluan jalan persekitaran Galeri Perpaduan kami.

Sebagai langkah persiapan awal menyambut ambang merdeka baner baner bertemakan hari kemerdekaan  dipasang dilaluan utama masuk ke Taman Sangsura. Satu program 'Sulaman Kasih Mesra Perpaduan 1 Malaysia ' telah diadakan dan digabung bersama Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Adil Fitri 1434 Hijrah pada 29.8.2013 pada jam 9.00 malam.


Mengibar Jalur Gemilang di laluan jalan persekitaran Galeri Perpaduan
 
Ketahuilah menyayangi diri sendiri adalah tanggungjawab tapi menyayangi Negara Malaysia adalah maruah dan  kemuliaan kerana disinilah Agama dan Bangsa terlindung.

Selamat Menyambut  Hari Kemerdekaan Yang Ke56!!!
Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !


Kempen Kibar Jalur Gemilang 2013 Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu

Dirasmikan oleh Dato Azman Amin bin Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional
Sambutan kemerdekaan pada tahun telah dapat diadakan secara meriah sekali berbanding tahun lepas dimana sambutan diadakan secara sederhana sahaja kerana tarikh tersebut jatuh pada bulan Ramadhan.Walaupun ia disambut diperingkat Nasional secara meriah tapi diperingkat Negeri ia adalah biasa sahaja sekadar memperingati tokoh tokoh pejuang tanah air yang telah banyak berkorban untuk negara Malaysia yang berdaulat.
 
Pada tahun ini semangat patriotic telah dibangkit semula secara berkesan. Semangat patritiotisma telah diwar war dikalangan masyarakat diseluruh negara agar terus kekal dalam semangat dan ingatan disetiap golongan.
 

Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang 2013 Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional  Negeri Terengganu telah diadakan diDataran Che Kundur Lorong Haji Da Kuala Terengganu pada 24.8.2013. Ianya telah dirasmikan oleh Dato Azman Amin bin Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional yang mewakili, wakil YB Tan Sri Dato Seri Panglima Joseph Kurup, Menteri DiJabatan Perdana Menteri.
 
Seramai 10 ribu orang dari segenap lapisan masyarakat , Jabatan Jabatan Kerajaan ,NGO ,Persatuan serta Pertubuhan datang mengambil bahagian dalam perasmian tersebut.
Pembacaan doa , bacaan puisi, ikrar kemerdekaan serta kata kata perasmian oleh YB Menteri telah memberi semangat dan penghayatan baru dalam menanam semangat patriotism bagi menyambut Hari Kemerdekaan yang akan disambut pada 31.8.2013.

Sunday, September 1, 2013

Sulaman Kasih Mesra Perpaduan Satu Malaysia

Satu majlis Rumah Terbuka Jamuan Hari Raya dalam Program ‘Sulaman Kasih Mesra Perpaduan Satu Malaysia’ anjuran KRT Bukit Depu telah diadakan pada 29.8.2013 diperkarangan rumah Pengerusi Jiran Wanita Pn.Mariam Ali. Ianya telah jaya disempurnakan dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Sangsura (PKPTS)

Didoakan keberkatanya oleh Imam Amzar dari Masjid Kristal
Ucapan aluan oleh Tn Hj Dol Razlan
Pegawai dari JPNIN Terengganu
Wakil dari KRT Jemputan
Tn Hj Dol bersama Pegawai JPNIN Terengganu
Suasana sungguh meriah. Dan kewujudan kemeriahan telah dihadiri oleh Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia(ROS) Pn.Wan Suhaini dan keluarga, wakil Pengarah JPNIN N.Terengganu En.Kamarudin  Hj.Deraman, Pegawai pegawai tinggi JPNIN, Pegawai Perpaduan Daerah KualaTerenggan,En.Kamarudin Ali ,Pasukan Polis Daerah Kuala Terengganu dibawah Sarjen Ngah ,Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sultan Sulaiman (SSSS),Pengerusi KRT Bukit Wan , Pengerusi KRT Lorong Hj Da ,En.Mazlan Ismail ,wakil AADK Daerah Kuala Terengganu .
Wakil Pengarah JPNIN N.Terengganu En.Kamarudin  Hj.Deraman, Pegawai pegawai tinggi JPNIN, Pegawai Perpaduan Daerah KualaTerenggan,En.Kamarudin Ali
Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sultan Sulaiman (SSSS),
Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sultan Sulaiman (SSSS),

Pasukan Polis Daerah Kuala Terengganu dibawah Sarjen Ngah ,


 
Majlis yang serba ringkas didoakan keberkatanya oleh Imam Amzar dari Masjid Kristal yang telah sudi hadir bersama keluarga dan disudahi dengan penyampaian buah tangan kepada mereka yang uzur seramai tujuh orang yang berada di Mukim Bukit Depu. Mereka yang kurang bernasib baik ini kebanyakannya sedang mengalami berbagai masaalah kesihatan yang kita tak pernah lupakan.
Buah tangan kepada mereka yang uzur
Cenderahati untuk En Rizal dari JPNIN
Disamping itu sumbangan dari orang perseorangan yang ditujukan khas kepada warga KRT yang miskin juga diadakan.





Lebih kurang 300 orang yang hadir meraikan pada majlis dimalam tersebut.


Malam Secangkir Kasih Sekalung Budi

Satu program 'Malam Secangkir Kasih Sekalung Budi' telah diadakan  pada 28.Ogos 2013 bertempat di Dewan Terengganu Equestrian Resort Kuala Ibai (TER) Ianya telah dianjurkan oleh Pejabat Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Kuala Terengganu.
En Burhanuddin ,Pengarah JPNIN sedang membuat ucapan
Diantara tetamu yang hadir pada malam tersebut
Objektif program tersebut ialah untuk memberi peluang kepada Ahli Jawatankuasa KRT Daerah Kuala Terengganu untuk bertemu mesra dengan  Encik Burhanuddin bin Haji Daud, Pengarah JPNIN Negeri Terengganu yang baru. Disamping itu juga majlis tersebut ialah untuk perjumpaan antara warga Rukun Tetangga daerah Kuala Terengganu dengan kepimpinan tertinggi Jabatan Perpaduan Negara Dan Intergrasi Nasional Negeri Terengganu.
KRT Bukit Depu diwakili oleh Tn Hj Alias,menerima sijil penghargaan
Setiausaha KRT Bukit Depu Tn Hj Khalid bergambar bersama Tuan Pengarah
Kesemua KRT Daerah Kuala Terengganu telah diwakili oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa. Program tersebut telah dimulakan dengan ucapan En Kamaruddin b Ali, Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Terengganu dan diikuti ucapan Tuan Pengarah JPNIN Negeri Terengganu, En Burhanuddin bin Haji Daud. Kemuncak ialah acara penyampaian Sijil Penghargaan kepada semua KRT yang terlibat oleh Pengarah JPNIN.