Tuesday, March 25, 2014

Pertandingan Bowling KRT Bukit Depu 2014

22.3.2014 - KRT Bukit Depu telah mengadakan satu pertandingan Bowling 2014 bertempat di Pusat Bowling Terengganu Equestrian Resort (TER). Seramai 50 orang peserta telah mengambil bahagian.





















Turut memeriahkan acara pada malam itu ialah Pengarah JPNIN Terengganu, En Burhanuddin Hj Daud yang sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang. Turut sama ialah Pemangku PPD Kuala Terengganu, En Asronizam Mamat. Terima kasih diucapkan kepada kedua dua mereka kerana dapat meluangkan masa untuk bersama sama pada malam tersebut.

Majlis Perutusan Tahun Baru 2014

8.3.2014 - Satu Program ' Majlis Perutusan Tahun Baru 2014' warga Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Terengganu bersama Ybhg Dato Ketua Pengarah JPNIN Malaysia .



 Seramai enam orang AJK KRT Bukit Depu telah menghadiri program tersebut yang telah di adakan di Dewan Serbaguna Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. Ianya telah anjurkan oleh JPNIN Negeri Terengganu.

Monday, March 24, 2014

Program Gotong Royong KRT Bukit Depu 2014

19.2.2014 - Satu program gotong royong telah diadakan bersempena dengan hari kebersihan dan gejala wabak denggi yang melanda dibeberapa kawasan jiran . Ianya telah diusahakan oleh Jiran Wanita dan Tunas Jiran.
Kawasan yang dikenalpasti ialah sepanjang jalan masuk keTaman Sangsura. Acara pada kali ini dibuat secara serentak dengan kerja kerja mengecat pondok Rukun Tetangga. Ianya diketuai oleh Pengerusi KRT Tn Hj Dol Razlan.






 

Lawatan Misi Kemanusian Kampong Orang Asli.

25.1.2014 - 27.1.2014 - Satu lawatan Misi Kemanusian ke perkampongan orang asli di Cameron Highland telah dilakukan pada 25.1.2014. Ianya dianjurkan oleh Persatuan Bekas pelajar Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Tahun 1965/66. KRT Bukit Depu turut berkerjasama dalam menganjurkan program ini. Seramai enam orang AJK KRT Bukit Depu turut serta dalam misi kemanusiaan ini. Tempat yang dituju ialah perkampungan orang asli Sungai Ubi Cameron Highland.

Sebahagian daripada ahli misi kemanusiaan bergambar beramai.

Pendakian untuk ke Perkampongan orang asli
 




Tn Hj Dol selaku ketua misi membuat ucapan.



Sumbangan diterima oleh Tok Batin.


Bergambar beramai ramai untuk kenangan
Sumbangan berupa barangan dan wang tunai telah diberi untuk pembangunan surau dan kebajikan orang orang asli yang beragama islam dan juga bukan islam. Turut serta dalam misi ini Penghulu
Mukim Cameron Highland yang sudi menyampaikan bantuan ini kepada Tok Batin Sungai Ubi, En Kadir.