Thursday, April 3, 2014

Kunjungan Mesra Jiran Wanita Terhadap Warga Pesakit Bukit Depu

Tanggal 15.3.2104 merupakan satu tarikh yang paling istimewa buat KRT Bukit Depu terutamanya cabang Jiran Wanita kerana pada tarikh tersebut mereka telah melakukan lawatan mesra terhadap lima orang yang terlantar sakit.
Lawatan mesra itu diketuai oleh Pengerusinya Pn Mariam Mat Ali dengan dibantu oleh beberapa orang AJK. Ada diantara pesakit itu terdiri dari warga emas yang telah lama terlantar kerana berbagai penyakit.
 






Walaupun ianya merupakan kunjungan biasa namun ianya membuktikan bahawa KRT Bukit Depu mempunyai sikap prihatin terhadap mereka yang uzur dan perlu perhatian. Pihak kami juga tidak lupa membawa sedikit buah tangan yang berupa barangan dan wang tunai. Walaupun nilainya tak seberapa namun diharapkan dapat meringankan beban yang ditanggung.
Kami seluruh warga AJK KRT Bukit Depu memohon semoga Allah SWT dapat menyembuhkan dengan segera segala penyakit yang ditanggung. InsyaAllah.

Wednesday, April 2, 2014

Pertandingan Futsal Tunas Jiran KRT Bukit Depu 2014.

28.3.2014 - Bertempat di Gelanggang Futsal Kg Bukit Depu, pertandingan tersebut telah dapat penyertaan sebanyak lapan pasukan dengan lima pemain dalam setiap pasukan yang terdiri daripada remaja berumur 13 tahun kebawah.
 
Apa yang menarik ialah setiap kumpulan telah menamakan kumpulan masing masing dengan nama pasukan bolasepak liga inggeris seperti Liverpool, Chelsea Queen Park Rangers dan lain lain.
 
 
 
 
 
 
 
 
Hadiah hadiah telah disampaikan oleh En Asronizam Mamat, Pemangku PPD Kuala Terengganu. Kami di KRT Bukit ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada beliau yang sudi meluangkan masa untuk bersama sama bagi menyampaikan hadiah kepad pasukan yang menang.