Friday, July 18, 2014

Majlis Iftar KRT Bukit Depu 2014

17.7.2014 - Majlis Berbuka Puasa telah diadakan sempena bulan Ramadan ALMubarak. Bertempat di Dewan Masjid Kg Nibong.Seramai lebih kurang 50 orang tetamu telah menghadiri. Tetamu istimewa ialah Pengarah JPNIN, En Burhanuddin Hj Daud yang sudi menghadiri kali ini walaupun sibuk ada tiga jemputan pada malam tersebut. KRT Bukit Depu rasa amat bertuah kerana ianya menjadi pilihan.Kami merakamkan ucapan terima kasih kepada beliau. Selain itu tetamu lain termasuk Ybhg Dato Che Mat Jusoh,Iman Masjid Kg Nibong dan juga masyarakat setempat.


Tn Pengarah JPNIN bersama Tn HJ Dol.



Ybhg Dato Hj Che Mat Jusoh bersama hadirin menikmati juadah.


Para muslimah tidak ketinggalan menikmati juadah berbuka.

Tn Pengarah menikmati juadah kegemaran Asam Gupal.