Sunday, October 27, 2013

Lawatan KRT Bukit Depu Ke Penghujung Benua Asia Tanjung Piai

19.10.2013 -  Rombongan KRT Bukit Depu rasa sungguh bertuah dapat menjejak kaki serta berada ditempat yang sangat disebut sebut ramai Tanjung Piai yang cantik serta terkenal dengan hutan kayu bakau yang masih terpelihara.
 
 
 
 
 


Bagi kebanyakan kami ini adalah kali pertama kami menjejak kaki ketempat yang bersejarah ini. Ianya  mengadap laut 3 buah negara ,Singapura dan Indonesia.Tempat cukup terkenal dengan jolokan penghujung Benua Asia.
 Taman Tema yang terkenal sejak dahulu telah diwartakan sebagai kawasan RAMSAR pada tahun 2003 memiliki kawasan seluas 926 hekta dan 526 hekta adalah kawasan lembah pantai hutan kayu bakau.

Tuesday, October 22, 2013

Majlis Jalinan Ramah Mesra KRT Bukit Depu dan KRT Pontian Utara E

18.10.2013 - Para peserta telah berkumpul di persekitaran pondok KRT seawal jam 7.30 pagi dimana taklimat program telah disampaikan oleh Tn Hj Dol dan diakhiri dengan bacaan doa sebelum bertolak. Seramai 40 orang peserta telah mengambil bahagian dalam lawatan ini. Ianya melibatkan Jiran Wanita, Tunas Jiran dan Jiran Warga Emas. Lawatan ini adalah lawatan balas kepada kunjungan yang dibuat oleh KRT Pontian Utara E pada bulan June lalu. (Klik Sini)
Taklimat perjalanan oleh Pengerusi Tn Hj Dol
Bacaan doa oleh Tn Hj Dol
Rombongan kami tiba dipekan Pontian pada lebih kurang pukul 7.00 petang dan terus dibawa ke rumah penginapan untuk berehat dan bersiap sedia untuk ke program yang akan diadakan .
Majlis Jalinan Ramah Mesra KRT Bukit Depu dan KRT Pontian Utara E telah diadakan pada 8.30 malam. Ianya  berlangsung dengan penuh meriah serta semangat persaudaraan yang sungguh bersejarah.
Bergambar kenangan beramai ramai.
 Selawat dan salam menghiasi majlis sambutan
Jiran Wanita berbaris menyambut kedatangan kami
Rombongan kami telah disambut oleh AJK yang diketuai oleh Pengerusi Tn Hj Jaimon bin Sartani , Setiausaha Shah Hairulzaman Shahrum, Tn.Hj.Yahya Abd.Rahman serta pegawai Perpaduan Daerah JPNIN Pontian En.Shamzuhaili bin Buyadi. Turut hadir Ttimbalan Pengerusi Tn.Hj.Mohd Fuad. Nyalaan bunga api , kompang serta selawat dan salam menghiasi majlis sambutan menjadikanya satu kenangan yang kekal dihati dan tersentuh dirasa.
 Ucapan dibuat oleh kedua dua Pengerusi
Majlis diraikan dengan jamuan makan malam serta bertukar tukar cenderahati setelah pantun memantun serta bacaan puisi dari kedua dua KRT.
Pertukaran Cenderahati
Enak menjamu selera juadah yang dihidangkan
Pada keesokan harinya pula kami diraikan dengan sarapan pagi di Cafeteria Pejabat Daerah Pontian yang diuruskan oleh saudara setiausaha En.Hairul.

Bersarapan pagi di Cafetaria Pejabat Daerah
Impak pertemuan ini sungguh besar buat KRT Bukit Depu kerana bukan sahaja layanan ,tapi kesan pengajaran serta ilmu persaudaraan itu sendiri . Harapan serta doa kita bersama semoga Allah memberi keberkatan agar kesepakatan ini dapat berterusan. Majlis berakhir dengan jalinan ukhwah yang sungguh berkesan.

Salam Aidil Adha KRT Bukit Depu

Alhamdulillah perlaksanaan Program Salam Aidil Adha KRT Bukit Depu yang berlangsung pada malam 15.10.2013 berjalan lancar . Walaupun sebelah petang hujan perlahan serta banyak kenduri hari raya korban yang bertembung tapi kehadiran tamu serta warga KRT tetap memberi sokongan setia.
Tn Hj Dol membuat ucapan alu aluan
 

Sebahagian daripada warga Kg Bukit Depu yang hadir
KRT menerima Pelajar Pondok Darussalam seramai 20 orang  sebagai tamu bertakbir bersama menghidupkan suasana Hari Qurban.
Pelajar Pondok Darussalam seramai 20 orang  sebagai tamu
En Mamat bin Othman mewakili Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang hadir pada malam tersebut adalah satu satunya Pegawai dari Jabatan Kerajaan yang datang meraikan.
 
Tetamu istimewa L-R: Tn Hj Ab Manan, Tn Hj Osman, En Mohamad dari Pejabat Pedaftaran Pertubuhan
Tetamu di meja VIP pada malam tersebut ialah Tn.Hj.Abd.Manan Hasan Pengerusi Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Sangsura , Tn.Hj.Osman Penggerak Utama Hal Ehwal Pelajar Pondok Darussalam.
 


Majlis disulami dengan soal jawab Quiz Raya Qurban dalam penuh gelak tawa dari kalangan Tunas Jiran sehingga Jiran Warga Emas.
 
Penyampaian hadiah untuk pemenang kuiz.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang telah menyumbangkan daging korban sebagai hidangan makan malam dimajlis tersebut.

Friday, October 4, 2013

Ziarah Keluarga Ahli Yang Uzur

AJK Jiran Wanita Pn.Khidijah telah biasa dengan cabaran kesulitan dan kepayahan menempuh kehidupan.Selain menjadi ibu yang penuh dengan tanggungjawab harian dan seorang career woman , tanggungjawab sebagai anak tetap dipikul dengan tabah serta sebaik mungkin apabila terpaksa menjaga ibu tersayang yang uzur mengidap angin ahmar sudah 20 tahun.
 Pn Khitijah bersama bonda Puan Ramlah bt Abu Bakar
Puan Ramlah bt Abu Bakar yang sudah berusia 76 tahun hanya mampu menghisut untuk keluar dan masuk dari bilik beliau dan terpaksa dijaga setiap masa . Pn Khitijah secara bergilir bersama dengan adiknya Pn Suraya menjaga Pn Ramlah dikediamannya adiknya diKondo Rakyat Gemilang Ladang.
Setiausaha KRT Bukit Depu, Tn Hj Khalid menyerah cenderahati kepada Puan Ramlah bt Abu Bakar
Pengerusi dan Setiausaha KRT Bukit Depu sempat menziarahi serta berkongsi ketabahan dari keluarga yang tabah ini. Semoga Allah memelihara serta menambah pahala ibadat yang berganda kepada mereka..Insyaallah.

Tuesday, October 1, 2013

Malam Ikatan Kasih Mesra Bersama Pemimpin


Sempena Lawatan Kerja Y.B Menteri Di Jabatan Perdana Menteri  YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup ke negeri Terengganu pada 28.9.2013, Jabatan Perpaduan Dan Integrasi Nasional N.Terengganu (JPNIN) telah menganjurkan Malam Ikatan Kasih Mesra Bersama Pemimpin yang diadakan di Dewan Kenanga Terengganu Equesterian Resort (TER) Kuala Ibai K.Terengganu dan Dataran Bestari KRT Batu Rakit Utara.

YB Tan Seri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup diberi sambutan oleh anggota K Squad.
 
Tetamu kehormat yang hadir pada malam tersebut termasuk YBhg.Dato Azman Amin bin Hassan Ketua Pengarah JPNIN Jabatan Perdana Menteri, YBhg En.Burhanuddin bin Hj Daud,Pengarah JPNIN Negeri Terengganu
Tn.Hj.Dol Razlan bin Yusof , Pengerusi KRT Bukit Depu  telah diberi penghormatan mewakili Pengerusi Pengelola Program YB Tn.Hj Bazlan bin Abd. Rahman.
KRT Bukit Depu seperti biasa tidak ketinggalan untuk bersama sama memeriahkan majlis tersebut. Seramai sepuluh orang ahli termasuk Pengerusi dan Setiausaha mewakaili KRT pada malam itu. Tn.Hj.Dol Razlan bin Yusof , Pengerusi KRT Bukit Depu  telah diberi penghormatan mewakili Pengerusi Pengelola Program YB Tn.Hj Bazlan bin Abd. Rahman. Dalam ucapanya beliau  mengalu ngalukan kedatangan YB Tan Sri Datuk Panglima Joseph Kurup ke negeri Terengganu kerana sudi untuk menghadiri  dua majlis KRT dalam satu malam yang sama di tempat yang berbeza.



Seramai sepuluh orang ahli termasuk Pengerusi dan Setiausaha mewakaili KRT pada malam itu
Tetamu kehormat yang hadir pada malam tersebut termasuk YBhg.Dato Azman Amin bin Hassan Ketua Pengarah JPNIN Jabatan Perdana Menteri, YBhg En.Burhanuddin bin Hj Daud,Pengarah JPNIN Negeri Terengganu, serta  Pengerusi Pengerusi KRT Daerah K.Terengganu.
Selepas berakhir jamuan,  YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup serta rombongan telah bergerak Ke Batu Rakit Selatan untuk satu lagi Program Jom Ronda Bersama Pemimpin. Beliau  seorang pemimpin yang cepat mesra dengan orang bawahan dan rakyat biasa dan suka dengan persekitaran yang sederhana serta mempunyai semangat setiakawan yang tinggi.
Majlis pada malam itu menyampaikan rasa terima kasih yang tak terhingga kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu kerana telah sudi menyumbang makan malam pada malam tersebut.