Monday, July 20, 2009

PROGRAM GOTONG ROYONG KRT BUKIT DEPU 2009

Satu Program Gotong Royong telah telah diadakan pada 18hb Julai 2009 bertempat di sekitar Taman Sangsura Bukit Depu. Ini merupakan salah satu aktiviti aktiviti yang telah dirancang bagi tahun 2009.

Pada tahun 2008 kita telah menjayakan program ini bersama Jabatan Bomba Daerah Kuala Terengganu bertempat dipersekitaran kawasan Balai Raya dan Padang Bola Bukit Depu. Pada tahun ini pula ianya dijayakan dengan kerjasama dan sokongan dari pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Kali ini Gotong Royong telah dijalankan disekitar kawasan Taman Sangsura. Ianya bertujuan mempertingkat kan suasana kebersihan dan keceriaan serta memelihara kehijauan dalam sebuah taman perumahan agar dapat memberi keharmonian serta kesihatan kepada penghuni taman dan penduduk berhampiran. Sebanyak 30 pokok bunga raya sumbangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan 20 pokok bunga kertas dan pokok pinang sumbangan dari Majlis Daerah Marang telah ditanam disekitar jalan masuk keTaman Sangsura pada hari tersebut.

Alhamdulillah segalanya telah berjalan dengan lancar, dengan cuaca yang redup. Majlis Bandaraya Kuala Terenganu telah menyediakan beberapa orang tenaga pekerja untuk membersih kawasan serta kemudahan jentolak “backhoe” bagi memudahkan tanaman pokok pokok hiasan disepanjang jalan berhadapan rumah diTaman Sangsura.

Seluruh warga KRT Bukit Depu dan Persatuan Penduduk Taman Sangsura (PPTS) mengucapkan penghargaan serta berbanyak banyak terima kasih kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Majlis Daerah Marang , diatas sumbangan serta kerjasama yang diberikan. Semoga kerjasama sebegini dapat diteruskan dimasa akan datang. Tidak lupa kepada Tok Penghulu Kawasan Bukit Besar kerana meluangkan masa walaupun sibuk.

Pengerusi KRT Bukit Depu juga mengambil kesempatan disini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengerusi Taman Sangsura Tn Hj Ab Manan Hasan kerana mendapatkan kemudahan serta kerjasama dari pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT)dan Majlis Daerah Marang(MDM) Penghargaan yang tak terhingga juga diberi kepada semua yang menjayakan program ini terutama sekali kepada AJK Jiran Wanita yang menyediakan sarapan pagi dan juga makan tengah hari dan menjadikan gotong royong kali ini betul betul istimewa dan berjaya.

Tahniah dan syabas ,tanpa kalian benih yang baik ini tak mungkin dapat ditanam. Inilah kenangan, inilah kemesraan, inilah perpaduan, inilah persefahaman dan inilah kasih sayang yang terjalin di KRT Bukit Depu.

Monday, July 13, 2009

TOKOH WARGA EMAS KRT BUKIT DEPU 2009

Tn Hj Ngah menerima watikah sebagai Tokoh Warga Emas KRT Bukit Depu 2009
daripada Pegawai Perpaduan Daerah JPNIN
Dia adalah contoh Penghubung Kemeseraan…… Penjalin Perpaduan penuh kemesraan Mencari Mukmin Professional diBukit Depu? Apa tuu! Penghuni diBukit Depu sekitar Bukit Jenal, Gelong Gajah dan Taman Sangsura merasakan perkataan itu terlalu tinggi letak status dan sifatnya. Kita cuma orang kampung status professional mana ada, digabung dengan mukminin pula. Mukminin tu adalah kot secara lebih kurang. Islam mengukur kehebatan seseorang dari dua cara.
  • Dari sudut keikhlasan perilaku.
  • Kerjasama yang dimainkan yang amat disenangi oleh jiran sekeliling
Sebagai khalifah Allah , dari sisa sisa umor yang ada setelah 75 tahun menikmati kehidupan. Sesungguhnya angka yang takpasti, tapi itulah lebih kurang umurnya…masih bergiat aktif dalam perkembangan dan kemajuan masyarakat setempat.

Tn Hj Ngah dengan motorsikal 3 rodanya

.......menyadat kelapa untuk nira
Hari hari bermula sebelum subuh Tn Hj. Ngah ialah seorang petani yang sederhana, cekal, rajin serta tabah mengaharungi arus kehidupan. Tugas rutin beliau,memotong, mengikat sayur sayuran, menyadat nira kelapa, merumput untuk beberapa ekor lembu yang sentiasa ada dalam peliharaannya, serta menghantar sayur2an itu sendiri kePasar Kedai Payang.

Dengan motorsikal 3 roda yang ditunggangnya dan bunyinya sudah menjadi salah satu irama kehidupan pada penghuni Bukit Depu. Beliau seorang yang aktif serta bertanggungjawab terhadap pengendalian Surau Hj. Ngah - salah sebuah surau yang terletak di Kg Bukit Depu., Beliau sentiasa berdakwah kepada penduduk sekitar supaya datang mengimarahkan surau kita dengan bahasa yang lembut dan mudah difahami. Masih lagi mempelajari Al Quran pada setiap petang Jumaat dari seorang guru diSurau Bukit Depu serta menadah kitab belajar ilmu agama dari guru Fiqah dan Tauhid diSurau Hj. Ngah pada malam Sabtu dan Ahad.

Segak dengan pakaian siap sedia untuk membuat rondaan

Walaupun penat dengan tugas harian tapi tugas beliau dalam menganggotai kumpulan SRS KRT Bukit Depu tetap dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab serta penuh semangat. Begitu juga dalam majlis tahlil serta bacaan Yassin rumah kerumah beliau sentiasa tidak pernah ketinggalan.
Tuan Hj Ngoh…kami menyayangi kamu.

Bergambar bersama Pengarah JPNIN Terengganu bersama dua anak angkat

Menghadiri Majlis Membaca Yaasin dari rumah ke rumah

Walaupun pengajian kamu tidak tinggi setinggi menara gading tapi pengisian yang ada didalam dada kamu adalah bahan rujukan pada orang yang sedang berada dimenara gading. Kami mengkagumi kamu, kami menghormati kamu dan kami menganggap kamu adalah ‘Mukmin Professional’ dikalangan kami dan tidak menyesal kami menganugerahkan Tokoh Warga Emas KRT B Depu 2009 baru baru ini, kerana itu lah penilaian kami terhadap kamu.

Tuesday, July 7, 2009

MAJLIS HARI KELUARGA & ANUGERAH KELUARGA MITHALI - Peringkat DUN Batu Buruk 2009

Satu Program Hari Keluarga & Anugerah Keluarga Mithali telah diadakan diDewan Sekolah Menengah Agama Sheikh Abdul Malek Kuala Terengganu pada 3.7.2009. Majlis tersebut telah dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Buruk dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Terengganu (YPKT)

Ia bertujuan bagi meraikan ketua ketua keluarga serta ibu ibu tunggal yang telah berjaya mengharungi hidup berumah tangga , memegang amanah menyara keluarga, mendidik serta membentuk satu keluarga bahagia yang berguna dan berjasa kepada masyarakat dan Negara.

Dalam ucapan perasmian, Ybhg. Dato’ Hj Che Mat b Jusuh - Pegawai Pembangunan Dun Batu Buruk, menyatakan penghargaan ini bukanlah dari sudut pemberian dan hadiah, kerana ianya taklah seberapa , tapi pada penghargaan itu sendiri yang memberi satu pengiktirafan yang cukup besar terhadap jasa jasa pengorbanan ketua ketua keluarga yang membawa ahli keluarga masing masing menjadi ahli masyarakat yang berguna.

Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Terengganu(YPKT) Ybhg. Encik Mohd Shafaruddin Mustaffa dalam ucapanya pula menyebut tentang angka perceraian yang amat tinggi dinegeri Terengganu. Dan angka perceraian yang belaku dikalangan anak anak muda yang baru berkahwin selama 1 hingga 5 tahun amat tinggi. Sekarang ini seramai 21,000 orang memegang status ibu tunggal yang ada diNegeri Terengganu ini yang perlu diberi perhatian.

Beliau seterusnya menyatakan “ Dengan kemudahan yang ada pada hari ini diharapkan keluarga hari ini lebih berjaya dari keluarga yang lampau. Sesungguhnya sebagai ibubapa kita diberi amanah yang besar untuk mendidik anak anak kita. Ini bersesuaian dengan firman Allah SAW yang bermaksud, ‘Wahai orang yang beriman peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka’ dan sesungguhnya tokoh tokoh yang berjaya ini sebenarnya telahpun melakukan sebahagian dari apa yang disarankan oleh Ayat tersebut.’’

Seramai 14 Ahli Keluarga Mitahali Peringkat DUN Batu Buruk telah terpilih sebagai pemenang. Ianya merangkumi tiga ketegori, iaitu:-

  • 11 Orang dalam ketegori keluarga mithali Cemerlang
  • 2 Orang dalam ketegori keluarga mithali Gemilang
  • 1 Orang dalam ketegori keluarga mithali Terbilang.

KRT Bukit Depu amat bertuah kerana Pengerusinya Tuan Hj Dol Razlan Yusof dan Keluarga telah terpilih menerima Anugerah Keluarga Mithali Gemilang pada malam tersebut. Seramai 80 orang anak mukim Bukit Depu telah datang memeriahkan malam bersejarah itu.

Semua AJK KRT Bukit Depu ingin mengucapkan tahniah kepada keluarga TN Hj Dol diatas kemenangan tersebut dan diharapkan kebahagian yang berterusan.

Monday, June 8, 2009

Kem Rakan Muda Jiran Muda (RMJM) Siri 01/2009

Seramai 10 orang jiran muda KRT Bukit Depu telah terpilih menyertai Kem Rakan Muda Jiran Muda (RMJM) peringkat Negeri Terengganu siri 1/2009 yang dianjurkan oleh JPNIN Terengganu.
Peserta Rakan Muda KRT Bukit Depu
Suasana di dalam bas
Ianya bermula pada 1hb Jun 2009 - 7hb Jun 2009.Wakil dari KRT Bukit Depu merupakan peryertaan yang teramai diantara sepuluh buah KRT yang mengambil bahagian. KRT Yang terpilih adalah:
KRT Pantai Batu Buruk - 3 peserta KRT Kondo Rakyat - 2 peserta
KRT Wakaf Mempelam - 2 peserta
KRT Permint Jaya - 3 peserta
KRT Bukit Depu - 10 peserta
KRT Permint Permai - 7 peserta
KRT Kg Kolam Kuala Ibai - 3 peserta
KRT Seri Losong - 6 peserta
KRT bukit Besar - 2 peserta
KRT Losong Atap Zink - 2 peserta
Semua peserta dikhendaki berada di Medan Selera Taman Awam Batu Buruk pada pukul 8.00pagi 1.6.09 untuk bertolak.

Program ini sengaja diadakan ketika cuti persekolahan bagi memenuhi masa mereka selain bagi memupuk semangat berpasukan dan kerjasama dikalangan jiran jiran muda.

Monday, May 25, 2009

Program Anak Angkat 2009

Satu program 'Pengambilan Anak Angkat'telah berlangsung sempena Kursus Orientasi Pegawai Pegawai Persekutuan Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan Yang Baru Bertugas Di Semenanjung 2009, anjuran JPNIN Malaysia dengan kerjasama JPNIN Negeri Terengganu. KRT Bukit Depu sekali lagi diberi kepercayaan bagi menerima seramai empat belas anak angkat dari Sabah dan Sarawak.
20.5.09 - Acara bermula dengan Majlis Penyerahan Anak Angkat di Hotel Grand Continental pada pukul 11.00pagi. Ianya disempurnakan oleh Pn Hjh Azizah Ariffin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)JPNIN Malaysia serta Pengarah dan Pegawai JPNIN Negeri Terengganu. Majlis juga disertai oleh semua keluarga angkat dari semua KRT yang terlibat seluruh daerah Kuala Terengganu. Mereka juga telah diraikan dengan makan tengah hari. Majlis selesai pada 2.00 petang dimana anak2 angkat ini dibawa pulang kekediaman keluarga angkat di Taman Sangsura Bukit Depu dan kawasan sekitarnya.
Pada petang pula anak2 angkat ini telah diraikan dengan minuman petang di rumah Pengerusi KRT dimana mereka dijamukan dengan makanan tradisi seperti kerepok lekor, pisang goreng, tepung bungkus dan sebagainya. Seterusnya mereka dibawa melawat ketempat tenunan songket dikawasan kampong Bukit Depu. Pada 8.30 malam pula anak anak angkat ini bersama keluarga angkat telah dijemput menghadiri makan malam bersama YAB Menteri Besar dikediaman rasminya di Seri Iman, dimana mereka diraikan dengan persembahan kebudayaan oleh Jiran Muda Ianya penuh warna warni. Mereka juga mempersembahkan tarian kebudayaan Sabah dan Sarawak. Majlis ini turut disertai oleh Ybhg Dato' Azman Amin b Hassan, Ketua Pengarah JPNIN Malaysia, Pengarah dan Pegawai dari JPNIN Negeri Terengganu. 21.5.09 - Setelah bersarapan pagi bersama keluarga angkat,anak2 ini telah dihantar ke Wisma Darul Iman untuk taklimat Pentadbiran dan seterusnya melawat ketempat tempat menarik yang telah diatur sepanjang hari tersebut sehingga ke petang.
Disebelah malam pula anak anak angkat diraikan dengan makan malam dan Majlis Suaikenal diadakan dirumah Tn Hj Dol Razlan, Pengerusi KRT Bukit Depu. Ianya dihadiri oleh semua keluarga angkat.
22.5.09 - Pagi ini mereka disajikan dengan makanan tradisional lagi saperti nasi dagang dan ' 'pulut gaul nyior' bersama teh dan kopi. Selepas itu mereka bersama keluarga angat mengambil bahagian dalam program gotong royong membersih kawasan di KRT Taman Permint Permai. dan acara menanam pokok dan penyediaan makan tengah secara beramai ramai bersama ahli ahli KRT Taman Permint Permai. Setelah selesai makan tengah hari mereka dibawa balik kerumah keluarga angkat/solat Jumaat.
Pada 3.00 petang mereka pula dihantar ke KRT Permint Permai untuk Sukaneka. Beberapa jenis sukan telah diatur untuk dipertandingkan saperti 'pertandingan kaki hantu, gelek reng basikal dan terompah gergasi.
Pada malam pula mereka diraikan dengan Jamuan Barbeque bersama semua keluarga angkat dan semua AJK KRT dijemput pada malam tersebut. Pihak JPNIN telah diwakili oleh En Wan Mohd Rizal MohdYusof, Timbalan Pengarah mewakili Tuan Pengarah yang tidak dapat hadir. Majlis bermula dengan ucapan Aluan oleh Pengerusi KRT. Beliau seterusnya mengharapkan...... Saya mengambil kesempatan disini juga bagi pehak keluarga angkat yang lain bagi mengucapkan selamat berangkat pulang pada pagi esuk…serta memohon berbanyak maaf diatas kelemahan kami memberi layanan semasa anak anak bersama kami baik dari segi kelemahan factor masa , budaya , sosial ,persefahaman dan kasih sayang…pada kami , kami akan simpan kenangan manis ini dalam lipatan sejarah keluarga kami bahawa satu masa pernah hadir anak anak angkat kami tinggal bersama disini dari Sabah , Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.., Gambar gambar serta barang barang pemberian yang bertukar tangan disepanjang pengenalan kita akan menjadi bahan ingatan , sejarah dan keindahan dalam keluarga kami.......pada mala mini juga mengambil kesempatan dari keluarga angkat bagi menyampaikan cendera hati kepada semua anak anak angkat masing masing sebagai kenang kenangan buat dibawa pulang..walaupun ianya bukanlah hadiah yang besar tapi kami berharap ia dapat memberikan kenangan yang penuh bererti diantara kita …! Sebelum saya menyudahi ucapan ini , ingin berkongsi patah patah perkataan ini khusus untuk anak anak angkat semua :-
Moon can change shape , but sun never Truth of life can change but death never U can forget us But we will never… cos we will always miss u..! Satu ceramah mengenai khasiat air zam zam telah di sampaikan oleh Cik Norsharliza Shahidan, pensyarah UDM. Selepas itu mereka semua dihadiahkan cenderahati berupa barangan tembaga dan penyerahan sijil yang dilakukan oleh keluarga angkat.
23.5.09 - Setelah bersarapan pagi mereka bersama keluarga angkat bertolak ke KRT Permint Permai untuk majlis Penyerahan Balik Anak Angkat.
Ia disempurnakan oleh En Mohd Khalil Hj Ahmad, Pengarah JPNIN Terengganu. Selepas itu mereka telah melakukan persembahan tarian tradisional Sabah dan Sarawak. Seterusnya penyampaian Cenderamata kepada semua keluarga angkat dan anak2 angkat oleh Pengarah JPNIN. Setelah minum pagi majlis pun bersurai. Saat perpisahan amat memilukan dimana anak angkat kelihatan berpeluk dengan keluarga angkat dan titisan air mata tidak dapat di bendung lagi.
Sila klik disini bagi mendapat keseluruhan gambar gambar Majlis Anak Angkat KRT Bukit Depu.