Thursday, August 1, 2013

Beramal di Bulan Ramadhan.

Ramadhan ialah bulan Al Quran.Ramadhan bulan beramal, Ramadhan bulan meraih kebajikan.



Pada 22.7.2013Jiran Wanita KRT Bukit Depu telah bermaufakat melakukan kerja amal menyediakan juadah berbuka puasa untuk pelajar pelajar Agama Pondok Darussalam Kuala Ibai ,Kuala Terengganu

Seramai 5 warga Jiran Wanita yang diketuai olih Puan Rokiah telah berjaya menyediakan beberapa juadah istimewa untuk hidangan berbuka puasa seramai 150 orang pelajar serta jumaah  Diantara masakan dan hidangan tradisi yang istimewa ialah gulai ayam kampung , acar pisang gala ,kerabu sere' dan serawa roti.
 

Semua sumbangan dari hamba Allah yang redho mencari saham dibulan Ramadhan telah disempurnakan sebaik dan seamanah mungkin agar matlamat ibadat  diterima Allah dan mendapat ganjaran pada hambaNya yang mencari sumber keimanan.
Program  sebegini telah berlangsung sejak tahun 2009 hasil usaha dan kerja ikhlas Pengerusi KRT yang memanjangkan niat fisabilillah , sumber sedekah   serta firdhiah dari individu buat disampaikan kepada masyarakat yang selayaknya mengikut hukum yang dibenarkan oleh Islam .

 
Sesungguhnya pada Jiran Wanita KRT Bukit Depu kerja kerja amal sebegini adalah perkara yang sungguh menyeronokkan. Adakalanya ia berlaku sehingga 3 atau 4 kali disepanjang bulan Ramadhan dengan menu istimewa yang berlainan.

Tuesday, July 16, 2013

Lawatan Bulan Ramadhan

''Sesungguhnya manusia diciptakan dengan sifat keluh kesah lagi kikir.''(QS.Al Maari 70 :11) Tapi Allah yang maha sempurna menjawab semua keluh kesah manusia. "Aku jadikan tidurmu untuk istirehat .." (QS.An Naba' 78:9)
 
Pok Itam Ming bersama salah seorang cucunya
Begitu juga tika manusia itu pula mengeluh..aku tak sanggup ya Allah.Allah menjawab , "Aku tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuan hambaNya." (QS Al Baqarah 2:286)

Keluarga yang miskin dan redho dengan punca kehidupan harian ini , ialah keluarga Pok Itam Ming (Mat Amin) yang tinggal diMukim Bukit Depu bersama isterinya Wok bt Abdullah.

Pada 12.7.2013 bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini satu ziarah dilakukan oleh Pengerusi KRT Bukit Depu, Tn Hj Dol Razlan bersama Bendahari Tn.Hj.Alias terhadap keluarga ini bagi tujuan melawat isterinya yang sudah sebulan sakit akibat tekanan darah rendah dirumah nya.

Pn Wok isteri Pok Itam Ming
Dengan sedikit bantuan serta sumbangan , sedekah dan fisabilillah dari  hamba Allah yang ikhlas dan simpati , kami sempat berjumpa Puan Wok yang sudah berusia 72 tahun masih mampu tersenyum walaupun keadaannya masih lemah dan dalam menerima rawatan dari kelinik berdekatan. Sepanjang bulan Ramadhan ini nampaknya segala urusan masakan dan persediaan juadah berbuka terpaksalah dibuat oleh anak perempuan sulong mereka .
Tn Hj Dol menyerahkan sumbangan kepada Pn Wok
 
Basikal Tua Pok Itam Ming untuk ke surau
Pok Itam Ming sudah lama tidak dapat bekerja kerana uzur tua , mencari rezeki dengan mengumpul dan  menjual buah malinja yang jatuh dari dua pokok diperkarangan rumah beliau. Berapa lah sangat hasil dari RM7.00  untuk 1000 biji buah malinja dalam sehari bagi menampung kos kehidupan.
 
Beginilah , apabila manusia mengalami kesedihan hati Allah berkata didalam Quran Surah At Taubah ayat 40 .." janganlah kamu berdukacita sesungguhnya Allah bersama kita..."

Semoga Allah melindungi kita semua dengan amal yang baik Insyaallah.

 

Tuesday, July 9, 2013

Pertandingan Bowling KRT Bukit Depu 2013


Pusat Bowling Terengganu Equstrian Resort (TER)
2.7.2013 – Satu program Pertandingan Bowling telah berjaya diadakan di Pusat Bowling Terengganu Equestrian Resort (TER). Ianya adalah anjuran Jiran Muda KRT Bukit Depu. Ianya adalah bagi memupuk semangat perpaduan dikalangan Jiran Warga Emas , Jiran Muda, Jiran Wanita dan Tunas Jiran.
Seramai 56 peserta dari segenap kategori telah beradu kemahiran di 8 lane secara berkumpulan – terdiri tujuh orang peserta bagi setiap kumpulan.
Kumpulan 7 yang diketuai oleh En Aziz Mohamad telah mendahului kumpulan lain dalam pertandingan tersebut.
Pertandingan ini telah menarik minat Pegawai Perpaduan Daerah JPNIN K.Terengganu En.Kamarudin. Beliau turut mengambil bahagian bertanding , bersama sama dalam kumpulan7.
Tn Hj Khalid bersama PPD K.Terengganu
 
En Aziz sedang membuat pengiraan markah
Ramai tokoh tokoh dari Jiran Warga Emas , Jiran Wanita ,Tunas Jiran yang turun memberi saingan hebat kepada Jiran Muda. Setiap peserta merasa seronok walaupun pertandingan berakhir sehingga kelewat jam 12.15 pagi.
Perbincangan diantara peserta bowling
Ini satu gabungan yang baik dan sihat yang pernah wujud dalam satu perjumpaan dan jalinan persefahaman sebagai asas perpaduan . Ramai yang mencadangkan agar pertandingan seperti ini memang patut selalu diadakan.

Monday, July 1, 2013

Program Gotong Royong KRT Bukit Depu 2013

29.6.2013 - Telah berlangsung satu program dibawah usaha Jiran Wanita yang berjaya menggabungkan tarikan penyertaan anggota Tunas Jiran dalam menjayakan gotong royong selama separuh hari yang menyeronokkan.


Banyak kerja kerja berjaya dilaksanakan. KRT Bukit Depu dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Sangsura telah mengatur beberapa peringkat pembersihan dengan penuh berkesan.
 
 
Adik adik dari tunas jiran paling rajin membantu membuang sampah serta rating rating pokok yang telah dipotong ketempat yang disediakan. Penggunaan jentolak telah banyak membantu kerja kerja berat dengan cepat dan sempurna.

Walaupun semua peserta dalam keadaan penat , tapi berpuas hati dengan hasil yang telah dicapai.
Terima kasih kepada Pengerusi Persatuan Pendudk Taman Sangsura , semua AJK Tertinggi Jiran Wanita ,Adik Adik dari Tunas Jiran yang telah hadir menjayakan program gotong royong pada hari ini.

Thursday, June 20, 2013

PROGRAM LARIAN KITAR SEMULA 2013


Pada 15 hb. Jun 2013, satu program Larian Kitar Semula di adakan ajuran Jabatan Alam Sekitar bertempat diDataran Batu Buruk, Kuala Terengganu dan dirasmikan oleh YB.Dato’Hj. Ahmad Razif bin Abd. Rahman. Aturcara program bermula pada jam 7.00 pagi dengan senamrobik, di ikuti Larian Kitar Semula 2013 dan di akhiri dengan Cabutan Bertuah.
Ahli KRT Bukit Depu bersama keluarga
Keluarga AJK KRT Bukit Depu
Seronoknya larian bersama keluarga
Sabar tunggu dulu

 
Objektif program ini adalah bagi meningkatkan tahap kesedaaran dan kepentingan aktiviti kitar semula serta meningkat penglibatan pelbagai pihak seperti NGO’s, agenda kerajaan, dan persatuan penduduk bagi mengeratkan silaturrahim di antara penduduk melalui aktiviti kitar semula di komuniti  dan menjana pendapatan penduduk serta memelihara kebersihan alam semulajadi.
 

Larian bersama anak anak

Dalam memberi reaksi dan sokongan kepada program tersebut KRT Bukit Depu telah mengambil inisiatif dengan menghantar AJK nya serta keluarga seramai 40 orang meliputi Jiran Wanita, Jiran Muda, Jiran warga Emas dan Tunas Jiran bagi menjayakan serta menyahut hasrat kerajaan dan memilihara alam semulajadi.

Monday, June 17, 2013

Lawatan Integrasi KRT Pontian Utara E Ke KRT Bukit Depu

Pada 15 Jun, 2013, satu rombongan  dari Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Pontian Utara E, Johor  telah datang ke KRT Bukit Depu, Kuala Terengganu.  Program lawatan integrasi itu telah disusun oleh Jabatan Perpaduan Dan Integrasi Negeri Terengganu (JPNIN)
Bergambar kenangan beramai ramai
Tetamu khas L-R Tuan Iman, Tn Hj Jaimon, Pn Yusniza, En Kamaruddin




 
Rombongan KRT Pontian Utara E yang seramai 38 orang yang diketuai oleh Pengerusinya Tn Hj  Jaimon b Santani. Dalam hasrat menjalinkan rasa persaudaraan dan perpaduan ummah mereka di sambut mesra oleh ahli ahli jawatankuasa KRT Bukit Depu yang diketuai oleh Pengerusi Tn Hj Dol Razlan dengan kerjasama penduduk Taman Sangsura. Tujuan lawatan adalah untuk menjalinkan hubungan silaturahim antara peserta dengan penduduk Kg Bukit Depu.
  Para hadirin sedang menjamu selera

Majlis dimulakan  dengan kata kata aluan yang disampaikan oleh Tn Hj Harun selaku pengerusi majlis dengan iringan pantun yang disambut penuh mesra oleh para hadirin. Seterusnya diikuti bacaan doa yang dipimpin oleh tuan iman dari pihak KRT Pontian Utara E. Sebelum upacara ramah mesra dan sesi taklimat  diadakan, para hadirin telah dihidangkan jamuan makan  malam  yang disediakan oleh AJK Jiran Wanita.

Tn Hj Jaimon membuat ucapan
Tn Hj Dol memberi taklimat.

Selepas majlis makan sesi ucapan dan taklimat penayangan slide mengenai aktiviti KRT Bukit Depu dilakukan  oleh Tn Hj Dol. Tuan Hj Jaimon dalam ucapan balasnya mengucapkan ribuan kasih diatas kesudian pihak KRT Bukit Depu memberi sambutan yang amat mesra dan mempelawa KRT Bukit Depu membuat lawatan balas ke Pontian.
En Kamaruddin membuat ucapan
Pihak JPNIN diwakili oleh En Kamaruddin b Hj Abd Rahman dan Pn Nor Aida Yusniza bt Hj Yusof. Dalam ucapan ringkasnya En Kamaruddin, yang mewakili Pengarah JPNIN Negeri melahirkan rasa kegembiraan dan berpuashati terhadap sambutan yang diberi oleh KRT Bukit Depu. Walaupun sederhana tetapi penuh keceriaan dengan suasana kekeluargaan. Sungguhpun lawatan ini merupakan kali pertama namun kemesraan yang terjalin amat mengkagumkan beliau
Penyampaian cenderahati kpd Tn Hj Jaimon

Cenderahati untuk wakil Pengarah JPNIN
Cenderahati untuk Pn Yusniza
Cenderahati untuk Tn Hj Dol oleh Tn Hj Jaimon
 Kemuncak pada malam tersebut ialah acara penyampaian cenderahati dimana kedua dua KRT berbalas hadiah sebagai tanda ingatan. Pihak KRT Bukit Depu juga tidak lupa untuk menyampaikan cenderahati kepada pihak JPNIN kerana kesudian menghadiri program pada malam tersebut.


 Hubungan diantara dua KRT merupakan hubungan yang sangat penting yang perlu dipupuk dan diperkukuhkan melalui lawatan yang rasmi sebegini. Sesungguhnya lawatan ini telah membuka  lembaran baru dalam perhubungan diantara kedua dua pihak.