Wednesday, September 8, 2010

Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Bismillahhirrahmanirrahim, Assalamualakikum wmth , selamat berpuasa dan selamat berbuka buat kaum muslimin dan muslimah semua.
Bersyukur kita kehadrat Allah kerana kita telah selamat beramal dan berada dipenghujung Ramadhan dan terasa sungguh sedih kerana kebesarannya akan meninggalkan kita tidak lama lagi.
Pada yang mengejar peningkatan iman dan taqwa , tentu banyak yang diperolehi disepanjang tempuh tersebut , dan pasti akan merasakan kehilangan besar akan perginya Ramadhan , kerana pemergiannya tidak menjanjikan kepada kita apakah kita dapat bertemu lagi dengannya pada tahun hadapan.
Puasa , berbuka , terawikh , witir , qia mulai , lai latul qadar , sahur ,zakat fitrah , pasar ramadhan , persiapan menjelang hari raya , menunggu kepulangan orang tersayang , ucapan selamat buat saudara mara dan sahabat handai , baju raya , kuih raya , salam menyalami adalah gabungan ibadah dan kebesaran yang Allah muliakan buat umat Islam , hanya berlaku pada bulan Ramadhan.
Alangkah indahnya , alangkah tak terukur kebesaranNya dan juga alangkah syahdunya. Terasa kita saperti telah memenangkan iman kita diatas kemungkaran yang didugakan kepada kita.Ini lah kebesaran Ramadhan.
Dalam masa yang sama kita juga diberitahu oleh berita berita , media elektronik , face book dan e mail dengan kemusnahan moral , musibah kemalangan , penderitaan , kezaliman dikalangan saudara Islam yang sedang berpuasa yang menakutkan disekililing kita .Ini sudah berada pada tahap yang tak mampu kita dengar dan lihat lagi.
Ini juga satu pengajaran yang terselindung yang Allah ingin sampaikan kepada kita sebagai hambanya yang sebenar benar beramal dalam memainkan peranan sebagai ketua keluarga , ketua masyarakat , pemimpin agama , pemimpin negeri dan pemimpin Negara.
Sungguhpun ini adalah kerja kerja besar yang menuntut dari jiwa jiwa kecil , tapi ukhwah yang pernah berkumpul dikalangan jemaah didalam bulan Ramadhan jika dipertahankan iman dan kekuatannya InsyaAllah dapat menangani segala kemungkaran yang berlaku jika dilakukan secara bersama dengan ikhlas dan kerana Allah.
Pada penghujung Ramadhan yang dikasehi dan menjelang Hari Raya yang bahagia tiada apa yang kita ingin rasa dan lihat , melainkan untuk bersama sama diantara kita menyambut suasana ini dengan penuh rasa syukur , penuh rasa sayang menyayangi tanpa rasa sedih serta terharu kerana kemusnahan yang kita sendiri membiarkan nya terjadi disebabkan kelemahan iman kita , kelemahan ilmu kita , kerana kelemahan ,kelalain kita atau kerana keangkuhan kita sendiri.
Kekalkan lah nikmat ibadah yang telah kita capai sepanjang bulan Ramadhan buat dilaksanakan pada bulan bulan berikutnya sebagai sumber kekuatan amal kita.Sama samalah kita menyedari serta pelajari bahawa didalam kesakitan teruji kesabaran , dalam perjuangan teruji keikhlasan ,dalam ukhwah teruji ketulusan dan dalam tawakkal teruji keyakinan. Beginilah perjuangan hidup sebagai seorang Muslimin dan Muslimah yang sedang memperhambakan diri kepada Tuhannya.
Salam dan Selamat Hari Raya kami ucapkan kepada Ketua Pengarah JPNIN ,Dato’ Azman Amin bin Hassan serta pegawai yang beragama Islam diIbu Pejabat Putra Jaya , Pengarah JPNIN Negeri Terengganu serta Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Terengganu Puan Hjh Normah bt Mohd Noor serta pegawai ,Pengarah JPNIN Negeri Melaka, En.Mohd Khalil bin Hj Ahmad , semua Pengerusi KRT dan anak mukim diseluruh Negeri Terengganu ,KRT Batang Kali Fasa 2 Selangor , KRT Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu Sabah , KRT Ketereh Kelantan ,Jabatan Polis Kuala Terengganu , Agensi Dadah Kebangsaan Kuala Terengganu , Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Terengganu , MAIDAM Negeri Terengganu ,Pengarah serta pegawai Yayasan Islam Terengganu , Datuk Bandar serta pegawai Majlis Bandaraya Kuala Terengganu , Sektretariat Rukun Negara Universiti Sultan Zainal Abidin, anak anak angkat KRT Bukit Depu di Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu ,Penghulu Mukim Bukit Besar ,JKKK Bukit Depu serta yang amat diingati Pegawai Pembangunan DUN Batu Buruk Dato’ Hj Che Mat Bin Jusoh,semoga bahagia ,maaf zahir dan batin.
Juga Salam dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada sanak saudara yang jauh diperantauan yang tidak bersama keluarga pada tahun ini , semoga kerinduan serta kepiluan kalian Allah gandakan dengan yang lebih baik pada masa dan ketikanya.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin dari kami Pengerusi dan semua AJK KRT Bukit Depu. Sama samalah kita peliharakan Nilai Kemerdekaan sebagaimana kita memelihara maruah Agama dan Bangsa.

Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia.