Sunday, May 6, 2012

Program Rescue SRS KRT Bukit Depu Bersama AADK Dan Polis

Pada 28.3.2012 bertempat diGaleri Perpaduan , berlangsungnya satu sesi taklimat diantara KRT Bukit Depu dengan pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Terengganu
En.Khirudin bin Idris dari AADK membuat taklimat
Taklimat ini adalah mengenai satu program yang dinamakan ‘Program Rescue’ telah disampaikan secara terperinci oleh En.Khirudin bin Idris. Ianya  berhubung dengan satu perancangan sekatan jalan raya yang melibatkan AADK , Polis dan Anggota SRS KRT Bukit Depu.
Ahli SRS memberi reaksi yang serious mengenai program tersebut
Tujuan Program Rescue ini diadakan ialah bagi membantu langkah langkah pengurangan pengambilan dadah dikalangan remaja setempat , disamping menawarkan bentuk bentuk rawatan dan pemulihan yang disediakan.
Ahli SRS Mendengar dengan penuh minat

SRS KRT Bukit Depu telah dipilih sebagai NGO yang pertama oleh AADK dalam memberi kerjasama dalam program seperti ini. SRS KRT Bukit Depu mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada AADK Daerah Kuala Terengganu , kerana telah memberi kepercayaan serta kerjasama yang berterusan dalam rangka khidmat bersama kearah mencapai matlamat Negara Bebas Dadah 2015.


Tuesday, May 1, 2012

Karnival Profesor Turun Padang

KUALA TERENGGANU 14 April – Majlis Profesor Negara (MPN) mendekati masyarakat di sini hari ini melalui program Karnival Profesor Turun Padang sempena Mesyuarat Penyelarasan 2012.
Program tersebut telah disempurnakan perasmianya oleh YAB Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu.
YAB Dato Seri Ahmad Said dan  Prof. Emeritus Datuk Dr. Zakri Abdul Hamid
 menghayati ucapan  Dato Che Mat Jusoh
Kampung Gong Tok Nasek dalam DUN Batu Buruk di pinggir bandar raya ini yang terkenal dengan kegiatan menenun songket, mencanting batik dan membuat wau dipilih sebagai kampung angkat MPN dan tapak lokasi karnival itu. KRT Bukit Depu telah dijemput memberi sumbangan tenaga dalam program gotong royong membersih tanah perkuburan berdekatan yang diadakan disebelah pagi.

Turut hadir, Timb. Pengerusi MPN, Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin
Pengerusi KRT Bukit Depu, Tn Hj Dol Razlan
 Karnival bertemakan Ilmu Teras Jalinan Masyarakat itu yang dijayakan dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bermula pada 13.4.2012.
                           Pemeriksaan kesihatan percuma
Pengerusi MPN, Prof. Emeritus Datuk Dr. Zakri Abdul Hamid berkata, karnival itu memberi kesempatan terbaik kepada masyarakat terutama golongan muda untuk mendalami apa jua bidang ilmu secara terus daripada seorang profesor.

“Inilah masa sesuai bagi golongan muda mendalami ilmu yang diminati, mendapatkan pandangan atau nasihat di samping mengenali profesor dengan lebih dekat,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia semasa di tapak karnival hari ini.
Turut hadir, Timbalan Pengerusi MPN, Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dan Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri Batu Burok, Datuk Hj Che Mat Jusoh.
 Tn Hj Alias bersama sama Prof.Dr Hj Abdullah Abubakar ,Prof Dr Mohd Nor Ghani
Ybhg Dato Hj Che Mat Jusoh turut serta bersama para Professor
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang karnival itu adalah tayangan video, pemeriksaan kesihatan percuma, ceramah, program gotong royong membersih tanah perkuburan serta pameran daripada 14 kluster atau bidang ilmu yang diketuai oleh beberapa orang profesor.

Monday, April 30, 2012

Sesi Dialog Bersama Pegawai Pencegah Jenayah Ibupejabat Polis Terengganu

Satu sesi Dialog Bersama Pegawai Pencegah Jenayah Ibupejabat Polis Terengganu telah diadakan pada 2.3.2012 bertempat di Galeri Perpaduan KRT Bukit Depu.

Kami berasa amat bersyukur kerana kesudian Pegawai Penjegah Jenayah Inspektor Hussaini Amir bin Mohd Noor dan rombongan dari IPK Negeri Terengganu diatas kesudian mereka datang keGaleri Perpaduan KRT Bukit Depu dalam majlis yang tak rasmi bagi memberi maklumat keselamatan semasa. Satu sesi dialog juga diadakan bersama penduduk mukim Bukit Depu dan ahli SRS. Sesi dialog dijalankan dalam suasana penuh santai dan mesra.
Ahli SRS, En Sidek Mohd Amin,membangkitkan berhubung lapuran polis mengenai kejadian pecah rumah  yang dibuat beliau beberapa bulan yang lepas , yang tidak ada apa apa tindakan , Inspektor Hussaini menjelaskan En Sidek boleh pergi sekali lagi berjumpa dengan pegawai penyiasat, untuk bertanyakan kedudukan lapuran yang dibuat itu.
Selama enam tahun SRS KRT Bukit Depu beroperasi , ini adalah kali pertama pertemuan seperti ini diadakan dengan pegawai IPK Terengganu datang keGaleri Perpaduan dalam suasana penuh kerjasama. Banyak perkara perkara keselamatan diperkatakan terutama sekali mengenai  peranan kita sebagai orang awam dalam menangani jenayah sebelum ianya sampai kepada tindakan pihak polis .
Pihak SRS KRT Bukit Depu mengucapkan ribuan trima kasih kepada Tuan Insektor Hussaini Amir bin Mohd Noor dan rombongan kerana telah sudi melapangkan masa datang. Kami juga  mengucapkan terima kasih kepada para anggota SRS KRT Bukit Depu dan anak mukim diatas sokongan dan kerjasama yang berikan.

Saturday, February 18, 2012

Ramuan Perpaduan

Walaupun perpaduan sering dilaung-laungkan, tetapi kekerapan kita menyebutnya masih belum upaya untuk menterjemahkannya. Ini menjadikan kita tertanya-tanya, apakah masalah sebenarnya. Apakah ini disebabkan kita tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan perpaduan atau kita sudah tahu tetapi sengaja tidak mahu bersatu?
Perpaduan melibatkan soal jiwa bukan harta. Allah swt mengingatkan: "Jika kamu membelanjakan seluruh yang ada dimuka bumi ini, nescaya kamu tidak akan dapat menjinakkan hati manusia. Tetapi Allah swt lah yang menjinakan hati antara hati-hati mereka."

 "(Surah al-Anfal 8:63)
Oleh sebab itu, jika ingin menyatukan manusia maka hati mereka perlu terlebih dahulu dijinakkan. Kemampuan ini hanya ada pada Allah swt. Hati dijinakkan dengan dikenalkan kepada Allah dan dididik untuk mencintai-Nya. Ini ialah persoalan iman dan inilah soal asas dan teras dalam  perpaduan.             
Perpaduan menyusul selepas iman. Iman adalah prasyarat yang membawa kepada perpaduan.Tanpa iman atau lemah iman, perpaduan akan berantakan. Jika pun berlaku perpaduan itu hanya bersifat tempelan. Perpaduan yang sedemikian dinyatakan Allah menerusi firman-Nya: "Kamu menyangka mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah belah."

(Surah al-Hasyr 59:14)
Tegasnya, perpaduan mestilah bermula dari hati yang berasaskan iman sejati. Tanpa iman, tidak mustahil bangsa dan agama menjadi topeng bagi melindungi kepentingan peribadi. Dengan iman, manusia akan berasa takut kepada Allah, gerun akan neraka-Nya dan cintakan syurga-Nya. Inilah yang akan menghalang manusia dari melakukan kemungkaran dan kejahatan. Iman akan memberikan kekuatan untuk melawan hawa nafsu. Dengan ini sifat sifat buruk (mazmumah) yang berpunca dari kerakusan nafsu yang menjadi penghalang perpaduan dapat diatasi.
Seterusnya mesti diperjelaskan dulu apakah tujuan perpaduan itu? Jawapannya, ia berkait rapat dengan tujuan hidup manusia. Apakah tujuan hidup manusia.
Pertama, menjadi hamba Allah swt. Firman Allah yang bermaksud: "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada ku" (Surah al-Dhariyat 51:56)
Kedua, menjadi khalifah di muka bumi. Firman Allah yang bermaksud: "Aku jadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi." (Surah al-Baqarah 2:30)
Daripada kedua dua ayat al- Quran tersebut jelaslah tujuan perpaduan adalah untuk melaksanakan tugas sebagai hamba Allah dan khalifah dimuka bumi. Sebagai hamba Allah, manusia mesti patuh dan setia kepada Allah pada setiap masa, tempat dan keadaan. Manakala sebagai khalifah, manusia mesti menyusun semua bidang dalam hidupnya berasaskan peraturan Allah.
Dua tujuan hidup ini tidak akan mampu ditegakkan secara bersendirian melainkan perlukan perpaduan. Oleh sebab ini matlamat perpaduan sepatutnya difokuskan untuk menegakkan sistem hidup Islam pada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Allah swt telah menegaskan hakikat ini dengan firman Nya yang bermaksud: "Hendaklah kamu tolong menolong dalam soal kebaikan dan ketaatan dan jangan kamu tolong menolong dalam urusan kejahatan." (Surah al-Maidah 5:2)
Dengan ini manusia akan bersama sama menegakkan hukum hakam Allah, yakni sama sama menegakkan lima hukum; wajib, sunat, haram, makruh dan harus dalam kehidupan. Dan ini secara langsung akan membentuk keluarga, masyarakat, organisasi dan umat yang bersatu padu. Ramuan perpaduan ini dijelaskan oleh Allah melalui firmanNya yang bermaksud: "Hendaklah kamu berpegang pada tali Allah (hukum Allah) seluruhnya dan janganlah kamu berpecah belah."(Surah Ali 'Imran 3:103)

Jika penegakan hukum Allah dalam bidang fardu ain menjadikan kita membangun dari segi rohani, perlaksanaan fardu kifayah pula akan menjadikan kita kuat dalam bidang ekonomi, pendidikan, sosial budaya dan lain lain lagi. Lihat, walaupun tujuan asal hanya untuk cinta dan patuh kepada Allah, tetapi perpaduan dan pembangunan akan tercetus sebagai impaknya. PETIKAN DARI MAJALAH SOLUSI OLEH MUHAMMAD JIHAD

Sunday, February 5, 2012

Salam MaulidulRasul 1433


Kami seluruh AJK KRT Bukit Depu mengucapkan Selamat Menyambut Maulidul Rasul kepada semua pengunjung laman blog ini.

Saturday, January 28, 2012

Produk Pemakanan Baru Dari Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu.

Pada 21.12.2011 diperkarangan Kampus UniSZA Bandar ,satu aktiviti pameran Produk Produk Pemakanan Baru yang diselenggarakan oleh pelajar pelajar tahun akhir Fakulti Teknologi Makanan telah didakan .Pagi ini,masing masing pelajar terlibat telah menunjukkan kepakaran mencipta produk baru dalam jenis jenis makanan yang selamat , bermutu serta berkhasiat pada kesihatan.
Pengerusi KRT Bukit Depu sempat meninjau pameran tersebut dan menemukan beberapa jenis makanan yang istimewa buat dikongsi.


 1.Cocorn Cookies Yang Dibuat dari Hampas Kelapa

 2.Burger Yang Bibuat Dari 100% bahan Sayuran

 3.Kuih dan Jam Yang Dibuat Dari Senduduk

 4.Sosej Yang Dibuat Daripada Ubi Keledek

Bersama kami sertakan temubual diantara Pengerusi KRT Bukit Depu dengan pelajar pelajar yang sempat dirakam berhubung dengan produk produk yang tersebut diatas .Semoga kalian mendapat menafaat

Apa komen Jiran Wanita diluar sana, ada yang ingin mencuba..?