Saturday, January 28, 2012

Produk Pemakanan Baru Dari Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu.

Pada 21.12.2011 diperkarangan Kampus UniSZA Bandar ,satu aktiviti pameran Produk Produk Pemakanan Baru yang diselenggarakan oleh pelajar pelajar tahun akhir Fakulti Teknologi Makanan telah didakan .Pagi ini,masing masing pelajar terlibat telah menunjukkan kepakaran mencipta produk baru dalam jenis jenis makanan yang selamat , bermutu serta berkhasiat pada kesihatan.
Pengerusi KRT Bukit Depu sempat meninjau pameran tersebut dan menemukan beberapa jenis makanan yang istimewa buat dikongsi.


 1.Cocorn Cookies Yang Dibuat dari Hampas Kelapa

 2.Burger Yang Bibuat Dari 100% bahan Sayuran

 3.Kuih dan Jam Yang Dibuat Dari Senduduk

 4.Sosej Yang Dibuat Daripada Ubi Keledek

Bersama kami sertakan temubual diantara Pengerusi KRT Bukit Depu dengan pelajar pelajar yang sempat dirakam berhubung dengan produk produk yang tersebut diatas .Semoga kalian mendapat menafaat

Apa komen Jiran Wanita diluar sana, ada yang ingin mencuba..?

Pasukan Bola Sepak Junior KRT Bukit Depu

Dalam memperkembangkan semangat kesukanan dikalangan Tunas Jiran KRT Bukit Depu: khasnya dalam sukan bolasepak maka pada petang 22 hb Januari 2012 ,Pengerusi,Tn Hj Dol Razlan telah berjaya mengumpulkan seramai 13 orang tunas jiran yang berminat untuk berlatih sebagai satu pasukan dibawah pasukan Tunas Jiran KRT Bukit Depu.

Dengan sebulat suara mereka telah bersetuju menamakan pasukan ini Bukit Depu Junior , yang akan diketuai oleh adik Mohd Hilmi bin Mamat berusia 12 tahun.
Buat permulaan latihan diadakan di tanah lapang dilereng bukit menjadi tempat latihan sementara oleh adik Hilmi dan rakan rakan yang purata berumur diantara 10 - 12 tahun.
InsyaAllah , dengan semangat kesukanan yang tinggi walaupun bermain dan berlatih ditempat yang sukar boleh membawa kita memperkayakan pengalaman dalam mencapai kejayaan.
Sebarang kesulitan dalam keperluan latehan serta perlawanan ,adik Hilmi boleh menghubungi semua AJK atau berhubung terus dengan Pengerusi bagi mendapat bantuan dan nasihat. Semua AJK disaran memberi galakan dan semangat kepada anak anak yang gigih ini.
Nama Nama Pemain Pasukan BDJ

1. Mohd Hilmi bin Mamat Ketua Pasukan
2. Mohd Hakimi Lokman bin Sabri
3. Mohd Akid Iqwan bin Abdullah
4. Aminurahman bin Kamal Fasah
5. Mohd Bishari bin Omar
6. Ibrahim bin Samsul Kamal
7. Ahmad Fakul Razzi bin Azor
8. Mohamad Basri bin AbdulRashid
9. Mohamad Sazwan Denis bin Ramlan
10. Mohd Khairul Amin bin Kamarudin
11. Mohd Khaidi bin Rafar
12. Mohd Afzarul Naim bin Sabri
13. Mohd Shahril Shahfiq bin Ramlan

                                                 Diucapkan Selamat Majujaya



Saturday, January 7, 2012

Lawatan Rasmi Pengerusi KRT Bukit Depu Ke IPK Selangor Pada 29.12.2011


Tn Hj Dol bergambar bersama DSP Mohamad Rafiq Hj Mohamad Mustafa dan SAC Mohamad Adnan Abdullah
Head of Criminal Investigation Selangor
Bagi memenuhi permintaan keperluan kemajuan sosial dan peningkatan kebajikan dalam skim SRS KRT Bukit Depu ,Pengerusi kami telah mendapat kerjasama dan kemurahan hati SAC Mohd Adnan Bin Abdullah ,Head Of Criminal Investigation Department,Royal Malaysia Police ,Contigent Selangor ,Malaysia kerana telah sudi meluangkan masa berkongsi pengalaman tentang masaalah semasa kedudukan  jenayah dalam Negeri Selangor khasnya dan dalam negara amnya.



NKRA dan Alat MY DISTRES
Perbincangan yang amat singkat tapi berlangsung dengan penuh pengisian ilmu banyak membantu SRS Bukit Depu .  Dan perubahan yang amat berbeza  sedang dialami oleh IPK Selangor. Mereka memang cukup bersedia untuk mengahadapi potensi potensi berbagai jenayah yang melanda negara sekarang .Dengan purata 180 kes berbagai jenayah yang berlaku dalam sehari ,menjadikan pengurusan Police Contigent Selangor lebih matang dan lebih berpengalaman dalam penyelesaian masalah semasa  dengan lebih berkesan dan cepat.

Sesungguhnya banyak perkara dapat dimenafaati dalam pertemuan tersebut,Alhamdulillah dan berbanyak terima kasih  dari saya dan KRT Bukit Depu diatas segala layanan dan pendedahan yang sungguh baik yang Tuan Mohd Adnan berikan.Ini amat penting buat SRS Bukit Depu dalam memperbaiki kelemahan serta memajukan lagi keperluan.
Sebagai conton seperti ,perkara perkara yang berhubung dengan penyelesaian dan teknik baru menangani dan memerangi jenayah yang terdapat dalam buku kecil NKRA MEMERANGI JENAYAH dan  A SMART TECHNOLOGY My Distress adalah panduan yang sempurna bagi seluruh SRS didalam KRT di Negara Malaysia ini.

Tn Hj Dol menerima cenderahati daripada
SAC Mohd Adnan Abdullah
Berada didalam bangunan baru IPK Selangor ini seolah seolah berada didalam pejabat swasta yang berusan perdagangan Antarabangsa , kerana ianya dilengkapi dengan ciri ciri ketenangan dan kelengkapan moden , konsep membuat keputusan secara bermusyuarah yang bukan dikuasai keputusan oleh seorang yang bernama pengerusi semata mata yang dapat dilihat sebagai satu kemajuan serta perbezaan.Tahniah kepada Ketua Polis Selangor Dato' Hj.Tun Hisan bin Dato' Hj Tun Hamzah , yang telah berjaya menerapkan ciri ciri serta keperluan yang terdapat disini sungguh berbeza , sehingga membuat mereka yang hadir berurusan tidak merasakan mereka sedang berada didalam sebuah bangunan polis.Memang bangunan yang berusia 1 1/2 tahun ini berjaya memberi kelainan.
KRT Bukit Depu sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasihkepada Tuan Mohd Adnan Abdullah ,  diatas segala galanya, semoga Allah memberkati beliau dan pasukan dalam menjalankan tugas untuk Negara.