Sunday, May 6, 2012

Program Rescue SRS KRT Bukit Depu Bersama AADK Dan Polis

Pada 28.3.2012 bertempat diGaleri Perpaduan , berlangsungnya satu sesi taklimat diantara KRT Bukit Depu dengan pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Terengganu
En.Khirudin bin Idris dari AADK membuat taklimat
Taklimat ini adalah mengenai satu program yang dinamakan ‘Program Rescue’ telah disampaikan secara terperinci oleh En.Khirudin bin Idris. Ianya  berhubung dengan satu perancangan sekatan jalan raya yang melibatkan AADK , Polis dan Anggota SRS KRT Bukit Depu.
Ahli SRS memberi reaksi yang serious mengenai program tersebut
Tujuan Program Rescue ini diadakan ialah bagi membantu langkah langkah pengurangan pengambilan dadah dikalangan remaja setempat , disamping menawarkan bentuk bentuk rawatan dan pemulihan yang disediakan.
Ahli SRS Mendengar dengan penuh minat
SRS KRT Bukit Depu telah dipilih sebagai NGO yang pertama oleh AADK dalam memberi kerjasama dalam program seperti ini. SRS KRT Bukit Depu mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada AADK Daerah Kuala Terengganu , kerana telah memberi kepercayaan serta kerjasama yang berterusan dalam rangka khidmat bersama kearah mencapai matlamat Negara Bebas Dadah 2015.

Tuesday, May 1, 2012

Karnival Profesor Turun Padang

KUALA TERENGGANU 14 April – Majlis Profesor Negara (MPN) mendekati masyarakat di sini hari ini melalui program Karnival Profesor Turun Padang sempena Mesyuarat Penyelarasan 2012.
Program tersebut telah disempurnakan perasmianya oleh YAB Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu.
YAB Dato Seri Ahmad Said dan  Prof. Emeritus Datuk Dr. Zakri Abdul Hamid
 menghayati ucapan  Dato Che Mat Jusoh
Kampung Gong Tok Nasek dalam DUN Batu Buruk di pinggir bandar raya ini yang terkenal dengan kegiatan menenun songket, mencanting batik dan membuat wau dipilih sebagai kampung angkat MPN dan tapak lokasi karnival itu. KRT Bukit Depu telah dijemput memberi sumbangan tenaga dalam program gotong royong membersih tanah perkuburan berdekatan yang diadakan disebelah pagi.

Turut hadir, Timb. Pengerusi MPN, Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin
Pengerusi KRT Bukit Depu, Tn Hj Dol Razlan
 Karnival bertemakan Ilmu Teras Jalinan Masyarakat itu yang dijayakan dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bermula pada 13.4.2012.
                           Pemeriksaan kesihatan percuma
Pengerusi MPN, Prof. Emeritus Datuk Dr. Zakri Abdul Hamid berkata, karnival itu memberi kesempatan terbaik kepada masyarakat terutama golongan muda untuk mendalami apa jua bidang ilmu secara terus daripada seorang profesor.

“Inilah masa sesuai bagi golongan muda mendalami ilmu yang diminati, mendapatkan pandangan atau nasihat di samping mengenali profesor dengan lebih dekat,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia semasa di tapak karnival hari ini.
Turut hadir, Timbalan Pengerusi MPN, Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dan Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri Batu Burok, Datuk Hj Che Mat Jusoh.
 Tn Hj Alias bersama sama Prof.Dr Hj Abdullah Abubakar ,Prof Dr Mohd Nor Ghani
Ybhg Dato Hj Che Mat Jusoh turut serta bersama para Professor
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang karnival itu adalah tayangan video, pemeriksaan kesihatan percuma, ceramah, program gotong royong membersih tanah perkuburan serta pameran daripada 14 kluster atau bidang ilmu yang diketuai oleh beberapa orang profesor.