Malam Jalinan Kasih - Penyelarasan Semula SRS Bukit Depu telah dirasmi kan oleh Ybg Dato' Hj Che Mat bin Jusoh dalam suasana penuh ceria dan bermakna. Ianya diadakan pada 21.April 2011.
Kata Ybg Dato' '...teruskanlah usaha baik ini kerana banyak faedah faedah tambahan yang diberikan oleh agensi kerajaan seperti insuran perlindungan dikalangan Ahli SRS , kerjasama yang lebih rapat dari pihak Polis , AADK dan JPNIN.Kemudahan kemudahan seperti ini amat perlu sebagai sokongan buat SRS meneruskan aktiviti keselamatan dalam sesuatu mukim agar lebih berkesan dan bermenafaat.'
Puan Hjh Norma, Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Terengganu ,memberi nasihat kepada surirumah yang mana terasa berat melepaskankan suami untuk keluar berkawal,supaya buka bukalah selimut sekejab bagilah suami keluar, demi tugas untuk SRS dan keselamatan kampung .
Dalam sesi soaljawab diantara anak mukim dengan pihak Polis dan AADK , kawasan Bukit Depu, khasnya Taman Sangsura telah diberitahu adalah kawasan kawasan yang selamat dari pemerhatian Polis dan AADK. Jadi kawalan dikawasan yang selamat tentulah lebih mudah dan selesa daripada berkawal dikawasan yang banyak masalah. Alhamdulillah satu rahmat Allah untuk ahli SRS Bukit Depu.
