Assmualaikum wmth , salam perpaduan dan salam 1 Malaysia.
Syukor Alhamdulillah dalam pejam celik kita telah berada di penghujung Sha'ban 1432 Hijrah. Lagi 8 hari 23 jam 1minit 23 saat pada waktu catatan ini ditulis, kita akan menemui Ramadhan yang mulia pada 1 August 2011. InsyaAllah.
Terimalah kehidupan ini sebagaimana adanya kita.Dugaan , kesusahan ,kesulitan ,kekurangan.., kerana warna sebenar disebalik semuanya itu hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui. Percayalah disebalik segala dugaan , Allah memberi makluman : ada pengajaran serta ilmu keimanan yang tersembunyi yang baik buat kita.Sunyilah diri kita , berdoalah , mintaklah padaNya akan kebaikan itu.
Sudah 4 tahun KRT Bukit Depu mengaharungi samudra perpaduan dan disepanjang itu juga telah banyak mempelajari kelemahan-kelemahan perlaksanaan , kerenah kerenah pengurusan dan berbagai-bagai semangat ukhwah dikalangan masyarakat dan anak mukim.Kita masih lemah dan sentiasa memohon kekuatan dan hidayah Allah dalam memperjuangkan amal baik untuk kesejahteraan anak mukim.
Satu perkara yang jelas di sini ialah pemahaman kita dan cara berfikir serta cara bertindak kita terhadap sesuatu perkara berbeza dengan cara berfikir orang-orang yang telah maju yang mengamal Islam sebagai ugama yang mulia dan suci.
Ini yang telah memberikan kita perbezaan diantara KRT kita dengan KT lain yang jauh lebih maju nilai sosial serta nilai perpaduannya dikalangan anak mukim.Walaupun mereka terdiri dari bilangan kaum yang ramai.Tapi perpaduan dikalangan mereka adalah lebih baik dan Islamik. Program-program mereka telah diusahakan dengan cara bersama serta lebih semangat kejiranan dan kecaknaan.
Pesan Rasulullah s.a.w janganlah kamu menjadi orang yang tidak berfikir , berbuat baiklah kamu terhadap mereka yang berbuat baik kepadamu , serta janganlah kamu membalas kejahatan mereka terhadap kamu...Hadith Tarmizi ruj 1325.
Sesungguhnya jika adab bersilaturrahim dikalangan kita dapat dipertingkatkan bersempena bulan Ramadhan pada tahun 1432 Hijrah ini , InsyaAllah akan bergandalah lagi keberkatan serta kebaikan yang Allah akan berikan kepada kita semua. Dalam peringatan Rasulullah pada kita yang lain supaya merebut 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara .
Beberapa orang sahabat Rasulullah mengalami luka yang amat parah.Saorang sahabat yang bernama Ikrimah memberikan air kepada saorang sahabat yang berasa haus dan sakit walaupun mereka berasa haus dan sakit yang sama.Namun ketika sahabat itu mahu meminum terdengar pula suara rintihan dari seorang sahabat yang lain , maka dia mengisyaratkan agar memberikan air tersebut kepada sahabat itu.Begitulah air itu diserah dari seorang sahabat kepada seorang sahabat yang lain kerana merasakan bahawa orang lain lebih memerlukan , sahingga kesemuanya meninggal dunia kerana mengutamakan saudaranya yang lain.
Janganlah terlalu taksub dan yakin bahawa kita sahaja yang benar sedangkan yang benar itu milik Allah.Tidak ada pihak yang boleh mendakwa bahawa pihak dia sahaja yang betul dan benar dan menidakkan kebenaran yang lain.Jika ini berlaku maka retaklah perpaduan.
Dikalangan kita makhluk Allah memang unik .Masing-masing ada kelebihan kerana fitrah penciptaan manusia sentiasa berbeza.Perbezaan mestilah diakui dan dihormati oleh kita semua.Kita bersatu padu , berjemaah dan bersilaturrahim bermakna kita menguruskan perbezaan bukan menjauhi atau menghapuskanya.Dalam perspektif Islam perpaduan diakui dan diraikan.
Sya'ban yang dikasihi dan Ramadhan yang diCintai..Pada mu aku telah redho menyediakan diriku dan berkungsi peluang ibadatku bersama keluarga , para sahabat ,muslimin dan muslimat dalam mencari keredhoan Mu ya Allah , lembutlah hati hati kami dalam membina sebuah perpaduan yang Kau terima dunia dan akhirat.
Semoga senarai doa kita dibulan Ramadhan nanti diberkati , diterima Allah menukarkan diri kita kepada hamba Allah yang lebih mengerti memaknakan erti syukur.Oleh sebab itu bersyukurlah ,kerana dikurniakan rasa hina dihadapan Nya yang Maha Sempurna.
Selamat menyambut Ramadhan dengan amal dan taqwa dari Pengerusi KRT Bukit Depu.

1.Amalan kebaikan semasa Muda sebelum Tua
2.Amalan kebaikan semasa sihat sebelum sakit
3.Amalan kebaikan semasa lapang sebelum sibuk
4.Amalan kebaikan semasa kaya sebelum miskin
5.Amalan kebaikan semasa hidup sebelum mati
(Riwayat al Hakim dan al Baihaqi.)
Sebenarnya pernah muncul generasi Islam yang terbaik hasil didikan iman.Sehingga ini mereka masih terbaik dan tidak dapat ditandingi oleh mana mana bangsa atau mana mana negarapun.Siapakah mereka dan bila ..Generasi sahabat Rasulullah dalam Perang Yamuk.
Beberapa orang sahabat Rasulullah mengalami luka yang amat parah.Saorang sahabat yang bernama Ikrimah memberikan air kepada saorang sahabat yang berasa haus dan sakit walaupun mereka berasa haus dan sakit yang sama.Namun ketika sahabat itu mahu meminum terdengar pula suara rintihan dari seorang sahabat yang lain , maka dia mengisyaratkan agar memberikan air tersebut kepada sahabat itu.Begitulah air itu diserah dari seorang sahabat kepada seorang sahabat yang lain kerana merasakan bahawa orang lain lebih memerlukan , sahingga kesemuanya meninggal dunia kerana mengutamakan saudaranya yang lain.
Walaupun ini tidak berlaku di Jepun apatah lagi di Bukit Depu , bukan bermakna kita tidak boleh berubah untuk semakin beriman dan bertaqwa.Percayalah sikap yang menggagalkan sesuatu perpaduan itu ialah ketaksuban yang ada pada individu dan kumpulan.