Pada 28.3.2012
bertempat diGaleri Perpaduan , berlangsungnya satu sesi taklimat diantara KRT
Bukit Depu dengan pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala
Terengganu
En.Khirudin bin Idris dari AADK membuat taklimat |
Taklimat
ini adalah mengenai satu program yang dinamakan ‘Program Rescue’ telah
disampaikan secara terperinci oleh En.Khirudin bin Idris. Ianya berhubung dengan satu perancangan sekatan
jalan raya yang melibatkan AADK , Polis dan Anggota SRS KRT Bukit Depu.
Tujuan Program
Rescue ini diadakan ialah bagi membantu langkah langkah pengurangan pengambilan
dadah dikalangan remaja setempat , disamping menawarkan bentuk bentuk rawatan
dan pemulihan yang disediakan.
Ahli SRS Mendengar dengan penuh minat
SRS KRT Bukit Depu telah dipilih sebagai NGO
yang pertama oleh AADK dalam memberi kerjasama dalam program seperti ini. SRS KRT
Bukit Depu mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada AADK Daerah Kuala
Terengganu , kerana telah memberi kepercayaan serta kerjasama yang berterusan
dalam rangka khidmat bersama kearah mencapai matlamat Negara Bebas Dadah 2015.