Ramadhan
ialah bulan Al Quran.Ramadhan bulan beramal, Ramadhan bulan meraih kebajikan.
Seramai 5
warga Jiran Wanita yang diketuai olih Puan Rokiah telah berjaya menyediakan
beberapa juadah istimewa untuk hidangan berbuka puasa seramai 150 orang pelajar
serta jumaah Diantara masakan dan
hidangan tradisi yang istimewa ialah gulai ayam kampung , acar pisang gala
,kerabu sere' dan serawa roti.
Semua sumbangan dari hamba Allah yang redho mencari saham dibulan Ramadhan telah disempurnakan sebaik dan seamanah mungkin agar matlamat ibadat diterima Allah dan mendapat ganjaran pada hambaNya yang mencari sumber keimanan.
Pada
22.7.2013Jiran Wanita KRT Bukit Depu telah bermaufakat melakukan kerja amal menyediakan
juadah berbuka puasa untuk pelajar pelajar Agama Pondok Darussalam Kuala Ibai ,Kuala Terengganu
Semua sumbangan dari hamba Allah yang redho mencari saham dibulan Ramadhan telah disempurnakan sebaik dan seamanah mungkin agar matlamat ibadat diterima Allah dan mendapat ganjaran pada hambaNya yang mencari sumber keimanan.
Program sebegini telah berlangsung sejak tahun 2009
hasil usaha dan kerja ikhlas Pengerusi KRT yang memanjangkan niat
fisabilillah , sumber sedekah serta firdhiah dari individu buat
disampaikan kepada masyarakat yang selayaknya mengikut hukum yang dibenarkan
oleh Islam .
Sesungguhnya
pada Jiran Wanita KRT Bukit Depu kerja kerja amal sebegini adalah perkara yang
sungguh menyeronokkan. Adakalanya ia berlaku sehingga 3 atau 4 kali disepanjang
bulan Ramadhan dengan menu istimewa yang berlainan.