Tuesday, November 18, 2014

Lawatan Muhibah KRT Taman Koperasi Alor Setar

Pada 3 November, 2014, satu rombongan  dari Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Mutiara Taman Koperasi Alor Setar Kedah  telah datang ke KRT Bukit Depu, Kuala Terengganu. 





Rombongan yang seramai 30 orang yang diketuai oleh Pengerusi nya Major (B) Tn Hj Ahmad b Sulaiman, Setiusaha Tn Hj Aziz b Hassan dan Ketua Jiranwanita Pn Hjh Zaharah bt Salleh. Mereka di sambut mesra oleh ahli ahli jawatankuasa KRT Bukit Depu yang diketuai oleh Pengerusi Tn Hj Dol Razlan.

 
Para hadirin telah dihidangkan jamuan makan  malam  yang disediakan oleh AJK Jiran Wanita.Selepas majlis makan sesi taklimat dilakukan  oleh Tn Hj Dol. Tuan Hj Ahmad dalam ucapan balasnya mengucapkan ribuan kasih diatas kesudian pihak KRT Bukit Depu memberi sambutan yang amat mesra dan mempelawa KRT Bukit Depu membuat lawatan balas ke Alor Setar.
 

 
 


Pihak JPNIN diwakili Pn Nor Aida Yusniza bt Hj Yusof. Dalam ucapan ringkasnya beliau melahirkan rasa kegembiraan dan berpuashati terhadap sambutan yang diberi oleh KRT Bukit Depu. Walaupun sederhana tetapi penuh keceriaan dengan suasana kekeluargaan. Sungguhpun lawatan ini merupakan kali pertama namun kemesraan yang terjalin amat mengkagumkan beliau




Kemuncak pada malam tersebut ialah acara penyampaian cenderahati dimana kedua dua KRT berbalas hadiah sebagai tanda ingatan. Pihak KRT Bukit Depu juga tidak lupa untuk menyampaikan cenderahati kepada pihak JPNIN kerana kesudian menghadiri program pada malam tersebut.


No comments:

Post a Comment