20.5.09 - Acara bermula dengan Majlis Penyerahan Anak Angkat di Hotel Grand Continental pada pukul 11.00pagi. Ianya disempurnakan oleh Pn Hjh Azizah Ariffin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)JPNIN Malaysia serta Pengarah dan Pegawai JPNIN Negeri Terengganu. Majlis juga disertai oleh semua keluarga angkat dari semua KRT yang terlibat seluruh daerah Kuala Terengganu. Mereka juga telah diraikan dengan makan tengah hari. Majlis selesai pada 2.00 petang dimana anak2 angkat ini dibawa pulang kekediaman keluarga angkat di Taman Sangsura Bukit Depu dan kawasan sekitarnya.
Pada petang pula anak2 angkat ini telah diraikan dengan minuman petang di rumah Pengerusi KRT dimana mereka dijamukan dengan makanan tradisi seperti kerepok lekor, pisang goreng, tepung bungkus dan sebagainya. Seterusnya mereka dibawa melawat ketempat tenunan songket dikawasan kampong Bukit Depu.
Pada 8.30 malam pula anak anak angkat ini bersama keluarga angkat telah dijemput menghadiri makan malam bersama YAB Menteri Besar dikediaman rasminya di Seri Iman, dimana mereka diraikan dengan persembahan kebudayaan oleh Jiran Muda Ianya penuh warna warni. Mereka juga mempersembahkan tarian kebudayaan Sabah dan Sarawak. Majlis ini turut disertai oleh Ybhg Dato' Azman Amin b Hassan, Ketua Pengarah JPNIN Malaysia, Pengarah dan Pegawai dari JPNIN Negeri Terengganu.
21.5.09 - Setelah bersarapan pagi bersama keluarga angkat,anak2 ini telah dihantar ke Wisma Darul Iman untuk taklimat Pentadbiran dan seterusnya melawat ketempat tempat menarik yang telah diatur sepanjang hari tersebut sehingga ke petang.Disebelah malam pula anak anak angkat diraikan dengan makan malam dan Majlis Suaikenal diadakan dirumah Tn Hj Dol Razlan, Pengerusi KRT Bukit Depu. Ianya dihadiri oleh semua keluarga angkat.
22.5.09 - Pagi ini mereka disajikan dengan makanan tradisional lagi saperti nasi dagang dan ' 'pulut gaul nyior' bersama teh dan kopi. Selepas itu mereka bersama keluarga angat mengambil bahagian dalam program gotong royong membersih kawasan di KRT Taman Permint Permai. dan acara menanam pokok dan penyediaan makan tengah secara beramai ramai bersama ahli ahli KRT Taman Permint Permai. Setelah selesai makan tengah hari mereka dibawa balik kerumah keluarga angkat/solat Jumaat. Pada 3.00 petang mereka pula dihantar ke KRT Permint Permai untuk Sukaneka. Beberapa jenis sukan telah diatur untuk dipertandingkan saperti 'pertandingan kaki hantu, gelek reng basikal dan terompah gergasi.
Moon can change shape , but sun never
Truth of life can change but death never
U can forget us
But we will never…
cos we will always miss u..!
Satu ceramah mengenai khasiat air zam zam telah di sampaikan oleh Cik Norsharliza Shahidan, pensyarah UDM. Selepas itu mereka semua dihadiahkan cenderahati berupa barangan tembaga dan penyerahan sijil yang dilakukan oleh keluarga angkat.
23.5.09 - Setelah bersarapan pagi mereka bersama keluarga angkat bertolak ke KRT Permint Permai untuk majlis Penyerahan Balik Anak Angkat.
Ia disempurnakan oleh En Mohd Khalil Hj Ahmad, Pengarah JPNIN Terengganu. Selepas itu mereka telah melakukan persembahan tarian tradisional Sabah dan Sarawak. Seterusnya penyampaian Cenderamata kepada semua keluarga angkat dan anak2 angkat oleh Pengarah JPNIN. Setelah minum pagi majlis pun bersurai. Saat perpisahan amat memilukan dimana anak angkat kelihatan berpeluk dengan keluarga angkat dan titisan air mata tidak dapat di bendung lagi.
Sila klik disini bagi mendapat keseluruhan gambar gambar Majlis Anak Angkat KRT Bukit Depu.