20.5.09 - Acara bermula dengan Majlis Penyerahan Anak Angkat di Hotel Grand Continental pada pukul 11.00pagi. Ianya disempurnakan oleh Pn Hjh Azizah Ariffin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)JPNIN Malaysia serta Pengarah dan Pegawai JPNIN Negeri Terengganu. Majlis juga disertai oleh semua keluarga angkat dari semua KRT yang terlibat seluruh daerah Kuala Terengganu. Mereka juga telah diraikan dengan makan tengah hari. Majlis selesai pada 2.00 petang dimana anak2 angkat ini dibawa pulang kekediaman keluarga angkat di Taman Sangsura Bukit Depu dan kawasan sekitarnya.
Disebelah malam pula anak anak angkat diraikan dengan makan malam dan Majlis Suaikenal diadakan dirumah Tn Hj Dol Razlan, Pengerusi KRT Bukit Depu. Ianya dihadiri oleh semua keluarga angkat.
Pada 3.00 petang mereka pula dihantar ke KRT Permint Permai untuk Sukaneka. Beberapa jenis sukan telah diatur untuk dipertandingkan saperti 'pertandingan kaki hantu, gelek reng basikal dan terompah gergasi.

Moon can change shape , but sun never
Truth of life can change but death never
U can forget us
But we will never…
cos we will always miss u..!
Satu ceramah mengenai khasiat air zam zam telah di sampaikan oleh Cik Norsharliza Shahidan, pensyarah UDM. Selepas itu mereka semua dihadiahkan cenderahati berupa barangan tembaga dan penyerahan sijil yang dilakukan oleh keluarga angkat.

23.5.09 - Setelah bersarapan pagi mereka bersama keluarga angkat bertolak ke KRT Permint Permai untuk majlis Penyerahan Balik Anak Angkat.
Sila klik disini bagi mendapat keseluruhan gambar gambar Majlis Anak Angkat KRT Bukit Depu.
To All Keluarga Angkat,
ReplyDeleteThanks a lot. we had wonderful moment there.
Nice Blog.
Thanks Renold for the compliments.
ReplyDeleteWe sure had a wonderful time too with all of you anak angkat.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua penduduk kampung KRT Bukit Depu kerana sudi memberikan pengalaman yang tak terhingga kepada saya selama saya berada di sana. Saya mempelajari selok belok susanna kampung yang indah permai serta keunikan yang tidak pernah saya temui seperti menenun kain songket dan penghasilan air nira dari tandan pokok kelapa di rumah ayah saya ( Tuan Haji Ngah ). Jika ada kesempatan ingin saya datang lagi ke Terengganu...senyum sokmo.
ReplyDeleteTerima kasih,
Calvin Chan (JPM Putrajaya)
Calvin
ReplyDeleteKami seluruh keluarga angkat KRT Bukit Depu ingin merakamkan berbanyak terima kasih dan penghargaan kepada semua anak angkat yang bertandang ke kampong kami tempoh hari. Sebenarnya kami juga memperolehi pengalaman yang manis semanis air nira Tn Hj Ngah menjaga anda semua.
salam kasih saya ucapkan kepada semua keluarga angkat program anak angkatpegawai sabah dan sarawak siri 1/2009.pengalaman yang sememangnya tidak akan dilupakan.terima kasih atas semua kenangan manis tersebut walaupun masa bersama itu agak terhad tetapi layanan yang diberikan sememangnya begitu mesra dan luar biasa skali.saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada bapa angkat dan ibu angkat saya iaitu Hj.Othman dan Pn.Salmiah yang sudi menerima saya dan adeline kong chung ming menjadi anak mereka.saya harap suatu hari nanti kita dapat berjumpa lagi.apa kata kalau kita buat program perjumpaan semula dengan anak angkat??TERIMA KASIH SAYA HULURKAN KEPADA KELUARGA-KELUARGA ANGKAT KRT BUKIT DEPU.THANK YOU VERY MUCH..:-)
ReplyDeleteMARGARET CHONG(KPDNHEP,PUTRAJAYA)
Margaret,
ReplyDeleteSememangnya niat kami untuk membahagiakan semua anak angkat ketika berada disini, walaupun tinggal bersama hanya seketika. Layanannya biasa, kami penuh harapan agar ianya dapat meninggalkan kesan yang berpanjangan. Harapan kami supaya ianya dapat diteruskan dimasa masa yang akan datang. Anda semua sememang dijemput untuk kesini lagi bila bila masa.
hai.....
ReplyDeleteapa khabar keluarga semua....hrp2 sihat selalu...maaf ku pohon ada salah silap kata....
sayang selalu.....