Puan Rohani bersama anakya
Keadaan rumah yang dijilat api
Apa yang menyedihkan ialah pada ketika itu suaminya tiada dirumah berada ditempat kerja. Cuma yang tinggal anak2 beliau yang masih kecil . Ketika pihak bomba dan polis tiba separuh daripada rumah sudah pun dijilat api. Orang orang kampong tidak dapat berbuat apa apa untuk membantu kerana api merebak cepat berikutan cuaca panas dan kering dan ditambah pula dengan angin yang kencang. Tiada apa yang dapat diselamatkan.
En Ismail (suami Pn Rohani)dan bapaMujur juga ketika api mula membakar beliau sempat menyelamatkan diri. Malangnya api begitu cepat merebak dan tidak dapat buat apa apa.Punca kebakaran dipercayai bermula kerana litar pintas.. Tidak tahu setakat mana kebenarannya.
Pihak AJK KRT Bukit Depu melalui Tn Hj Khalid, selaku setiausaha, telah membuat kutipan bagi membantu keluarga Pn Rohani . Sehingga kini sumbangan berupa pakaian turut diberi bagi meringankan beban keluarga tersebut. Berbagai pihak turut membantu dan ada juga yang berjanji akan usahakan untuk mendapat tempat tinggal yang baru bagi mengantikan yang telah musnah itu. Sama sama lah kita semua membantu sekadar yang mampu.
Bila musibah menimpa ,
ReplyDeleteTiada siapa yang dapat menduga
siapa ,dimana dan bila...
pada 7.2.2009 rumah En Shafie juga anak mukim KRT Bukit Depu musnah dijilat api akibat api dari dalam bilik tido pada 1 tengah hari.
pada 12.10.2010 dua buah rumah sekaligus musnah dalam satu masa, kali ini rumah AJK Jiran Wanita KRT Bukit Depu sendiri Puan Rohani bt Abdullah bersama dengan rumah ayahndanya.
Kesemua mangsa adalah dari gulungan orang miskin, bekerja sendiri..mencari lokam,mencari daun nipah dan mengambil upah kerja kerja am.
Puan Rohani mempunyan 7 orang anak yang masih dalam tanggungan.
Alhamdulillah Allah maha penyayang..tiada kemalangan jiwa berlaku semasa kejadian..
Setakat ini KRT Bukit Depu telah melakukan apa yang patut , dari segi sumbangan dan pertolongan yang bolih merengankan beban mangsa terajidi.
KRT Bukit Depu juga pada kesempatan ini ingin mebgucapkan berbanyak banyak terimakasih kepada En.Mohd bin Ismail Pengerusi JKKK Bukit Depu kerana telah bermurah hati menumpangkan mangsa sekeluarga dirumahnya selama masaalah dapat diselasaikan.
Kepada Dato' Wan Farid Ketua Bahagian Kuala Terengganu,En Wan Kamal Penyelaras DUN Batu Buruk yang telah datang menziarahi mangsa pada 15.10.2010.
Juga tidak lupa kepada Dato' Hj Che Mat bin Jusoh yang telah datang menziarahi keluarga mangsa pada hari 12.10.2010.
Dan pada pegawai pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah mula mengambil langkah langkah wajar dalam menangani masaalah ini.
Juga kepada pehak Bomba yang telah berusaha walaupun dalam keadaan diluar kemampuan kerana tekanan air yang tidak mencukupi.
Sasungguhnya musibah ini menuntut semua pehak mengambil iktibar dari segenap kelemahan yang dapat dipertingkatkan untuk keperluan bersama buat masa akandatang.
Apa yang jelas ..3 buah rumah dalam masa 1 tahun 8 bulan..tekanan air rendah dalam waktu waktu kecemasan...
Apakah yang perlu kita buat...bila , siapa yang kena buat ,dimana dan macamana....
Samoga Allah mempermudahkan kita semua dengan kerja kebajikan untuk semua..
Pengerusi RT Bukit Depu.
Semoga Pn Rohani tabah menghadapi dugaan... Insyallah, dikala kita sedih dan memerlukan, ramai sahabat yang akan membantu.. Bersabarlah.
ReplyDelete