Monday, February 21, 2011

Majlis Perjumpaan Awal Tahun Bersama Ketua Pengarah JPNIN

Majlis Perjumpaan Awal Tahun Pemimpin Utama Kawasan Rukun Tetangga Dengan Pegawai Dan Kakitangan Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu Serta Majlis Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia (World Interfaith Harmony Week ) Tahun 2011 Bersama Y.Bhg.Dato' Azman Amin Bin Hassan Ketua Pengarah JPNIN , Jabatan Perdana Menteri telah diadakan di Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai , Kuala Terengganu pada 20.2.2011. Mewakili JPNIN Negeri Terengganu ialah Pengarah,Pegawai dan kakitangan. KRT Bukit depu telah diwakili oleh pengerusi Tn Hj Dol Razlan.
Dalam ucapan Pengarah JPNIN Negeri Terengganu En.Tukimin menyatakan rasa kebanggaan terhadap perkembangan yang telah tercapai disepanjang tahun 2010 diseluruh NegeriTerengganu dengan jumlah sebanyak 8000 lebih aktiviti , dengan jumlah 301 KRT lama dan baru yang ada .
Penghargaan yang tidak terhingga patut diberikan kepada semua Pengerusi , AJK Tertinggi , Jiran Wanita diseluruh KRT kerna walaupun tidak pernah dihantar berkursus tapi mampu mentadbir KRT masing masing dengan baik.
Menurutnya lagi memang dasar Jabatan buat mengagihkan dana aktiviti dengan adil , tapi dengan pertumbuhan yang baik dan jumlah aktiviti yang banyak adalah disyorkan agar KRT KRT dapat mencari sumber kewangan dengan badan badan swasta , Jabatan Belia , Wakil Wakil Rakyat dan sebagainya agar kesempitan kewangan dapat diatasi secara bijak.
Dalam ucapanya, Dato' Azman berjanji akan sentiasa mengambil berat tentang semua masaalah KRT ,sehingga keperingkat seluruh jabatan. Banyak perkara yang sedang dirancang bagi memajukan berbagai aspek keperluan dalam mempertingkatkan mutu perpaduan dan integrasi nasional .Saperti menghantar pegawai pegawai keperingkat Universiti dalam menyambung pelajaran mendapatkan Master dan PHD dalam rangka mengambil alih generasi yang akan bersara nanti.
Sejumlah peruntukan yang besar telah diluluskan bagi mempermajukan berbagai bagai perkara dalam perpaduan negara.Dari bangunan baru sahingga walki talki buat SRS juga akan diperkenalkan.
Pengenalan kawasan kuning , hijau ,biru juga akan dilakukan dan dimaklumkan kepada Negeri dan Daerah bagi memudahkan peningkatan mutu kawalan , aktiviti dan penekanan.
World Interfaith Harmony Week adalah cadangan anak Raja Jordan keperingkat United Nation , dan United Nation telah bersetuju bagi mempertemu pemimpin pemimpin Ugama didunia agar berbaik sangka diantara satu dengan lain sekaligus pemahaman berkenaan Islam yang zalim , kejam dapat diperjelaskan dengan lebih tepat dan jelas.
JPNIN telah mengambil langkah langkah perpaduan dalam mesej yang lebih luas memperkenal tujuan ini kepada seluruh rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment