Saturday, January 7, 2012

Lawatan Rasmi Pengerusi KRT Bukit Depu Ke IPK Selangor Pada 29.12.2011


Tn Hj Dol bergambar bersama DSP Mohamad Rafiq Hj Mohamad Mustafa dan SAC Mohamad Adnan Abdullah
Head of Criminal Investigation Selangor
Bagi memenuhi permintaan keperluan kemajuan sosial dan peningkatan kebajikan dalam skim SRS KRT Bukit Depu ,Pengerusi kami telah mendapat kerjasama dan kemurahan hati SAC Mohd Adnan Bin Abdullah ,Head Of Criminal Investigation Department,Royal Malaysia Police ,Contigent Selangor ,Malaysia kerana telah sudi meluangkan masa berkongsi pengalaman tentang masaalah semasa kedudukan  jenayah dalam Negeri Selangor khasnya dan dalam negara amnya.



NKRA dan Alat MY DISTRES
Perbincangan yang amat singkat tapi berlangsung dengan penuh pengisian ilmu banyak membantu SRS Bukit Depu .  Dan perubahan yang amat berbeza  sedang dialami oleh IPK Selangor. Mereka memang cukup bersedia untuk mengahadapi potensi potensi berbagai jenayah yang melanda negara sekarang .Dengan purata 180 kes berbagai jenayah yang berlaku dalam sehari ,menjadikan pengurusan Police Contigent Selangor lebih matang dan lebih berpengalaman dalam penyelesaian masalah semasa  dengan lebih berkesan dan cepat.

Sesungguhnya banyak perkara dapat dimenafaati dalam pertemuan tersebut,Alhamdulillah dan berbanyak terima kasih  dari saya dan KRT Bukit Depu diatas segala layanan dan pendedahan yang sungguh baik yang Tuan Mohd Adnan berikan.Ini amat penting buat SRS Bukit Depu dalam memperbaiki kelemahan serta memajukan lagi keperluan.
Sebagai conton seperti ,perkara perkara yang berhubung dengan penyelesaian dan teknik baru menangani dan memerangi jenayah yang terdapat dalam buku kecil NKRA MEMERANGI JENAYAH dan  A SMART TECHNOLOGY My Distress adalah panduan yang sempurna bagi seluruh SRS didalam KRT di Negara Malaysia ini.

Tn Hj Dol menerima cenderahati daripada
SAC Mohd Adnan Abdullah
Berada didalam bangunan baru IPK Selangor ini seolah seolah berada didalam pejabat swasta yang berusan perdagangan Antarabangsa , kerana ianya dilengkapi dengan ciri ciri ketenangan dan kelengkapan moden , konsep membuat keputusan secara bermusyuarah yang bukan dikuasai keputusan oleh seorang yang bernama pengerusi semata mata yang dapat dilihat sebagai satu kemajuan serta perbezaan.Tahniah kepada Ketua Polis Selangor Dato' Hj.Tun Hisan bin Dato' Hj Tun Hamzah , yang telah berjaya menerapkan ciri ciri serta keperluan yang terdapat disini sungguh berbeza , sehingga membuat mereka yang hadir berurusan tidak merasakan mereka sedang berada didalam sebuah bangunan polis.Memang bangunan yang berusia 1 1/2 tahun ini berjaya memberi kelainan.
KRT Bukit Depu sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasihkepada Tuan Mohd Adnan Abdullah ,  diatas segala galanya, semoga Allah memberkati beliau dan pasukan dalam menjalankan tugas untuk Negara.

No comments:

Post a Comment