Belajar Dari Kemajuan.
Kata Imam Shafie ,bermusafirlah kamu kerana terdapat 5 perkara baik didalamnya. Lama bermusahabah diri mencari 1 , 2 , 3 , dari 5 perkara tersebut.Hanya Allah yang mengetahui bagaimana hati boleh tergamak datang keSeoul diawal musim sejuk pada suhu -1C begini.
Sebenarnya inilah sebab utama mengapa pilihan untuk datang kesini. Untuk merasai perbezaan cuaca disebuah Negara Asia yang berhampiran dengan negara kita dalam maksud "Jalan jalan serta alami besarnya anugerah Tuhan yang membezakan kejadianNya , agar umatNya mempelajari dari kebijaksanaanNya."
Kenapa ‘Umrah’ Ke Seoul.
Dengan hanya 6 jam 10 minit penerbangan , dapat kita ketahui bagaimana cara orang diSeoul berfikir dan bagaimana orang diKuala Terengganu berfikir. Bagaimana rasa sejuk sebenar a -1 c diKorea berbanding 26 C diTerengganu.
Bagaimana orang Korea yang suka makan ginseng ,dengan kimchi tea ginseng ,coklat dan candy ginseng berbanding dengan Orang Terengganu yang suka makan keropok dan nasi dagang.
Orang Korea mempercayai ginseng yang berusia 6 tahun ialah yang paling berkhasiat untuk dimakan dari segi kesihatan dan kewibawaan berfikir dan tidak akan diekspot hanya untuk dimakan bagi keperluan tempatan sahaja.Apakah kerana sebab ini juga orang orang Korea yang kacak dan gadis gadis mereka begitu feminin.?
Kemas Dan Go Green Yang Teratur.
Dari Lapangan Terbang Inchoen menuju kebandar Seoul dapat kita lihat konsep hijau(go green) yang teratur- ada wifi dalam semua kenderaan awam dan subway . Kami tinggal di Ramada Hotel and Suite di Soonswadong daerah Jong Gu, satu kawasan yang aman agak terpencil tapi aktif dengan aktiviti kotaraya bertaraf antarabangsa. Kebanyakan tandas awam disini adalah eletronik.
Ada lebihkurang 50 juta penduduk di Korea Selatan. Dua puluh juta berada di 10 daerah dalam Seoul. Dan hampir 70 peratus kawasan bumi di Korea Selatan adalah gunung yang berhijauan dan bersalji di musim sejuk. Purata pendapatan penduduk Korea Selatan ialah US3500 sebulan dan kebanyakan bekerja di berbagai perusahaan seperti otomobil, IT, filem, hiburan, perikanan, petroleum & gas, fesyen dan pelancungan
Negara yang hebat selepas Jepun ini sungguh unik memang patut dipelajari asas implementasi pentadbirannya.
Dibidang pendidikan, bahasa inggeris diajar disekolah tetapi orang Korea Selatan tak perlu bercakap inggeris dinegara mereka kerana bahasa Korea sudah lebih dari mencukupi untuk berhubung. Agak sukar untuk bercakap dengan orang Korea kalau tidak tahu bahasa ibunda mereka.
Kemajuan Teknologi
Samsung bukan lagi terkenal kerana iphone dan notepad tapi adalah jenama kereta yang sedang meningkat, bersaing rapat dengan SSangyung, Kia dan Hyundai.
Makanan Halal di Itaewon
Banyak restoran halal yang dimiliki oleh orang Indonesia, Syria, Egypt,India dan Pakistan. Di Itaewon terdapat masjid terbesar berbanding 9 buah masjid didaerah lain di Korea yang ditadbir dibawah Korean Muslim Federation yang beribupejabat di Youngsan Ku, Seoul. Satu pinggan nasi beriyani mandi chicken yang dimasak oleh chef dari Syria di Dubai Restoran berharga 16500 won (RM3.00 = 1000 won). Seoul menawarkan sebanyak 21 tempat untuk dilawati bermula dari daerah istana lama di Gyeong Bok Gung, Bandar IT pergunungan bersalji, pasaraya, masjid, makanan halal, taman herba, studio filem dan juga Seoul Tower.
Pengajaran Dari Menara Seoul
Seperti dimana mana menara didunia terdapat permandangan yang cantik jika kita melawatnya diwaktu malam. Semasa saya melawati menara Seoul diwaktu siang dapat saya mempelajari Seoul adalah sebuah bandaraya yang padat tapi berkemampuan menyediakan keperluan laluan awam yang baik dan selesa bukan kesesakan yang membosankan.
Walaupun persekitaran Seoul dikelilingi gunung ganang tapi dari menara ini ia mengajar kepada kita dengan jelas buat kita mengetahui bagaimana ruang untuk sekolah ,bangunan pejabat, kilang kilang, kawasan permainan, kawasan hijau, kedai kedai, pasar, tempat riadah, tempat hiburan berkongsi kawasan yang teratur memberi menafaat kepada penduduk nya.
Pengajarannya ialah..
Ini semua cara berfikir. Cara bertindak cara menghargai dan menilai keselesaan kepada orang awam oleh para perancang bandar mereka dan para petugas yang mengendalikan kerja pembangunan yang lalu. Hasil perlaksannan yang cemerlang oleh orang Korea yang bertanggungjawab pada 23 tahun yang lalu.
Sesungguhnya ini adalah hasil kerja yang ikhlas dan pemandangan yang jauh. Ini juga hasil kerja kepimpinan yang di hasilkan melalui kerjasama dan perpaduan dari banyak pihak dalam satu misi yang sama, iaitu menghasilkan mutu kerja yang berkualiti buat jangka masa panjang pad masyarakat Seoul untuk 30 hingga 50 tahun kehadapan. Tapi mereka bukan terdiri dari orang islam jadi dimanakah kita berfikir dan beramal seperti orang islam dan ingin maju seperti orang Seoul. Bolehkah kita , mampukah kita.
Allah tidak pernah menyekat orang islam dari maju serta beramal dengan kerja yang baik dan ikhlas seperti orang Korea. Walaupun jika kita bertanya dari hati kecil dia mengatakan orang islam ditempat mereka tidak akan maju seperti mereka. Kenapa mereka berkata begitu. Kita jawablah dengan bijak dari fikiran dan pengajaran yang Allah berikan kepada status yang istimewa sebagai orang Islam yang datang berumrah dibumi Allah.