DALAM meniti hidup, tidak kesemuanya indah belaka. Kadangkala kita menerima ujian dan musibah dari sudut kewangan, hubungan kekeluargaan, pekerjaan, kesihatan dan sebagainya Kesemuanya ini mengingatkan bahawa kita hanyalah manusia kerdil yang memerlukan Allah swt.
Ada orang mungkin kaya, berkuasa atau luar biasa kebijaksanaannya. Namun, dia mungkin diuji dengan cabaran dari segi kesihatan. Ujian bertujuan menghalakan kita semula kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, mengingatkan peri perlu mentaati-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.
Kita boleh ambil iktibar daripada cara Rasulullah saw berhadapan dengan ujian, kesedihan dan cabaran. Antara pengajarannya ialah keteguhan dan kecekalan Baginda.
Pertama, Rasulullah menggantungkan pengharapan dan keredaannya kepada Allah swt dan mendidik diri bahawa apa yang berlaku adalah atas kebijaksanaan Allah.
Baginda tidak sepi daripada ujian dan masalah. Mungkin, apabila dianggap sebagai kekasih Allah, ada yang menyangka bahawa segala apa yang diimpikan oleh Baginda akan diperkenankan dengan mudah.Ia tidak demikian. Pada saat-saat getir berdakwah, tulang belakang dan tunggak kekuatan Baginda diambil pulang oleh Allah swt - bermula dengan kematian Abu Talib dan kemudian isterinya, Khadijah ra.
Baginda juga diuji dengan kematian putera-puteranya - Abdullah, Ibrahim dan Qasim - yang kesemuanya meninggal pada usia kecil.Pernah diriwayatkan, ketika mendukung Ibrahim yang sudah dalam keadaan lemah, Baginda menangis. Ketika ditanya, Baginda berkata ia adalah air mata kasih sayang.
"Hatiku boleh bersedih, tetapi aku tidak akan berkata kecuali apa yang diredai Allah. Wahai Ibrahim, kami semua berasa sedih," kata Rasulullah.
Pada saat yang paling mencabar dan menyedihkan itu, Rasulullah saw mengembalikan perhatian hati nuraninya kepada Allah. Ia mengembalikan harapan, kepercayaan dan kekuatan emosi dan psikologi. Ia memberi isyarat kepada kita supaya bangkit dengan kekuatan daripada Allah.
Oleh itu, jika dilanda kesempitan atau ujian, pertama sekali kita harus memohon kekuatan dan daya ketahanan daripada Allah. Ujian adalah tanda Allah masih sayangkan kita, tanda Allah tidak ingin kita lalai sehingga menjadi sombong dengan kesenangan dan keselesaan.
Kedua, Rasulullah saw selalu bersikap optimistik dan bersangka baik. Semasa berdakwah, Baginda menerima tentangan hebat daripada kaum Quraisy di Makkah. Semasa ke Taif, dakwah Baginda bukan sahaja ditolak malah, Baginda dilontar dengan batu sehingga luka.
Diriwayatkan malaikat penjaga gunung meminta izin Nabi menimpakan gunung-ganang ke atas penduduk Taif, tetapi Baginda menolaknya dengan berkata: "Walaupun mereka menolak ajaran Islam, aku berharap dengan kehendak Allah, keturunan mereka pada suatu saat nanti akan menyembah Allah dan beribadah kepada-Nya".
Peristiwa ini mengajar kita supaya bersikap positif dan tidak berputus asa, khususnya dalam berdakwah - percaya bahawa seseorang itu mampu berubah - dan bersikap sayang sesama insan.
Ini hanya sebahagian contoh. Semoga dengan mengenali dan mencontohi sifat tabah Rasulullah saw, kita menjadi seorang Muslim yang sentiasa bersikap positif, tabah, sabar lagi bertakwa dan berjaya di dunia dan akhirat.

Salam Maulidul Rasul.
No comments:
Post a Comment