Pada 15 Jun, 2013, satu rombongan dari Kawasan
Rukun Tetangga (KRT) Daerah Pontian Utara E, Johor telah datang ke KRT Bukit Depu, Kuala Terengganu.
Program lawatan integrasi itu telah disusun oleh Jabatan Perpaduan Dan Integrasi Negeri
Terengganu (JPNIN)
|
Bergambar kenangan beramai ramai |
|
Tetamu khas L-R Tuan Iman, Tn Hj Jaimon, Pn Yusniza, En Kamaruddin
|
Rombongan KRT Pontian Utara E yang seramai 38 orang yang
diketuai oleh Pengerusinya Tn Hj Jaimon
b Santani. Dalam hasrat menjalinkan rasa persaudaraan dan
perpaduan ummah mereka di sambut mesra oleh ahli
ahli jawatankuasa KRT Bukit Depu yang diketuai oleh Pengerusi Tn Hj Dol Razlan dengan
kerjasama penduduk Taman Sangsura. Tujuan lawatan adalah untuk menjalinkan
hubungan silaturahim antara peserta dengan penduduk Kg Bukit Depu.
Para hadirin sedang menjamu selera
Majlis dimulakan dengan kata kata aluan yang disampaikan oleh
Tn Hj Harun selaku pengerusi majlis dengan iringan pantun yang disambut penuh
mesra oleh para hadirin. Seterusnya diikuti bacaan doa yang dipimpin oleh tuan
iman dari pihak KRT Pontian Utara E. Sebelum upacara ramah mesra dan sesi taklimat
diadakan, para hadirin telah dihidangkan
jamuan makan malam yang disediakan oleh AJK Jiran Wanita.
|
Tn Hj Jaimon membuat ucapan |
|
Tn Hj Dol memberi taklimat. |
Selepas
majlis makan sesi ucapan dan taklimat penayangan slide mengenai aktiviti KRT Bukit
Depu dilakukan oleh Tn Hj Dol. Tuan Hj
Jaimon dalam ucapan balasnya mengucapkan ribuan kasih diatas kesudian pihak KRT
Bukit Depu memberi sambutan yang amat mesra dan mempelawa KRT Bukit Depu
membuat lawatan balas ke Pontian.
|
En Kamaruddin membuat ucapan |
Pihak JPNIN diwakili oleh En Kamaruddin b Hj Abd Rahman dan
Pn Nor Aida Yusniza bt Hj Yusof. Dalam ucapan ringkasnya En Kamaruddin, yang
mewakili Pengarah JPNIN Negeri melahirkan rasa kegembiraan dan berpuashati
terhadap sambutan yang diberi oleh KRT Bukit Depu. Walaupun sederhana tetapi
penuh keceriaan dengan suasana kekeluargaan. Sungguhpun lawatan ini merupakan kali pertama
namun kemesraan yang terjalin amat mengkagumkan beliau
|
Penyampaian cenderahati kpd Tn Hj Jaimon |
|
Cenderahati untuk wakil Pengarah JPNIN |
|
Cenderahati untuk Pn Yusniza |
|
Cenderahati untuk Tn Hj Dol oleh Tn Hj Jaimon |
Kemuncak pada malam tersebut ialah acara penyampaian
cenderahati dimana kedua dua KRT berbalas hadiah sebagai tanda ingatan. Pihak
KRT Bukit Depu juga tidak lupa untuk menyampaikan cenderahati kepada pihak
JPNIN kerana kesudian menghadiri program pada malam tersebut.
Hubungan
diantara dua KRT merupakan hubungan yang sangat penting yang perlu dipupuk dan
diperkukuhkan melalui lawatan yang rasmi sebegini. Sesungguhnya
lawatan ini telah membuka lembaran baru
dalam perhubungan diantara kedua dua pihak.