Tuesday, December 31, 2013

Selamat Menyambut Tahun 2014

Kami seluruh warga KRT Bukit Depu mengucapkan  Selamat Menyambut Tahun 2014 kepada seluruh pengunjung blog KRT Bukit Depu. Terima kasih diucapkan kepada semua diatas kesetiaan . Semoga tahun 2014 menjanjikan banyak lagi kejayaan.Pemikiran dan harapan baru. Keinginan dan peluang baru dan teruskan senyuman bagi mengalu alukan Tahun 2014.
 
Saya percaya Malaysia sudah cukup matang untuk mengharungi debat-debat yang getir. Perpecahan antara kita akan berakhir dengan masa, di mana kita boleh sama-sama melihat negara kita terus membangun dan jadi dewasa, kita juga akan melihat bahawa mereka yang tidak sependapat dengan kita kekal menjadijiran-jiran, rakan-rakan sekerja – dan sahabat-sahabat kita. Namun saya juga percaya bahawa kita harus memperkukuhkan komitmen kita terhadap perpaduan yang selama ini menjadi asas kukuh negara kita.
Kita harus aktif dalam usaha menggapai perpaduan. Kestabilan dan kemajuan kita bergantung kepada tampuk perpaduan ini. Di atas paksi yang sama, saya telah menubuhkan Majlis Perundingan Perpaduan Negara, yang akan melaporkan kepada Jemaah Menteri segala cadangan yang boleh kita lakukan untuk merapatkan lagi rakyat Malaysia.
                                                                                               YAB DS Najib Tun Abdul Razak


No comments:

Post a Comment