KRT Bukit Depu dengan kerjasama sektor Jiran Wanita nya telah mengadakan program gotong royong memasak bubur asyura pada 21.11.2014 bertempat di perkarangan rumah En Sidek, salah seorang AJK KRT Bukit Depu. Program ini juga mendapat kerjasama dan disertai penduduk berdekatan.
Mengikut Setiausaha KRT Bukit Depu , Tn Hj Khalid, program ini bertujuan menjaga hubungan baik di kalangan jiran tetangga dan mengeratkan silaturahim sesama penduduk. Ianya seolah menjadi tradisi sejak KRT Bukit Depu ditubuhkan lagi.
Tahun ini ianya merupakan sangat istimewa kerana kehadiran dua orang pegawai dari JPNIN iaitu Pn Asmawati bt Chik @ Mohd, Pegawai PPD Kuala Terengganu dan Pn Yusniza.
.
Pihak KRT Bukit Depu mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka berdua kerana sudi menghadirkan diri. Ini membuktikan kesungguhan pihak JPNIN untuk mengambil bahagian dalam apa jua progam yang dianjurkan oleh KRT. Semoga sikap seperti ini dapat dikekalkan pada masa akan datang.
Walaupun program bubur asyura kali ini diadakan secara kecil kecilan namun ianya dapat diagihkan kepada penduduk sekitar dengan kadar satu bekas bagi setiap rumah yang berhampiran.