Saturday, April 25, 2009

Program MaulidulRasul KRT Bukit Depu 2009

Pada 9hb April 2009 bertempat di rumah 4177, Taman Sangsura Bukit Depu telah diadakan sambutan Malam Maulidirrasul 2009 dengan penuh bermakna dan bersejarah.

Buat pertamakalinya dalam program tersebut KRT Bukit Depu telah berjaya menengahkan seorang tokoh yang amat berjasa kepada masyarakat mukim dari segi semangat perpaduan, keikhlasan, kesungguhan,keperihatinan dan ketinggian budi dalam mendampingi masyarakat setempat sebagai Tokoh MaulidulRasul 2009. Beberapa acara telah diatur bagi mencapai matlamat pengajuran pada malam tersebut. Ianya adalah seperti anugerahan tokoh tokoh dalam bidang tertentu. Kemuncak pada malam tersebut adalah Penganugerahan Tokoh MaulidulRasul 2009 dimana ia dimenangi oleh Tn Hj Khalid b Yaccob P.J.K. Senarai pemenang pada malam tersebut adalah:-

1.Tokoh MaulidulRasul 2009 - Tn Hj Khalid b Yaccob

2.Tokoh Warga Emas Contoh - Tn Hj Ngah b Awang

3.Tokoh Anugerah Khas - En Mansor Embong 4.Tokoh Tunas Cemerlang - Cik Nurul Shahida bt Mohd Nasir

5. Penganugerahan Bagi Pelajar Cemerlang peperiksaan UPSR, PMR ,SPM 2008. UPSR 5A - Nur Alwani bt Abdullah

UPSR 5A - Nur Shahiela bt Wahab

UPSR 5A - Mohd Fikri b Razak PMR 8A - Aina Nurdiyana bt Dol Razlan

PMR 9A - Nurul Amirah bt Ab Manan SPM 9A - Fatin Nur Naqiah bt Mohd Ali Majlis dimulakan dengan bacaan selawat keatas Nabi SAW oleh semua yang hadir dan seterusnya diikuti ucapan Pengerusi KRT. Diantara intipati ucapan beliau ialah “………….Dalam kumpulan KRT Bukit Depu saya bersyukor kepada Allah s.a.w. kerana telah dikurniakan dengan sekumpulan orang oang yang berjiwa besar yang telah menanggalkan “pakain selfish” mereka , mereka mendampingi tuan tuan dan puan puan dengan harapan dan kemajuan bagi satu masyarakat yang bersatu dan harmoni. Mereka tidak sombong dan megah diri.Kita tidak mampu bergaduh bermasam muka , berdendam kerana perkara perkara yang kecil , remeh temeh atas nama fahaman , amalan atau atas sebab ayam itek..apatah lagi kita menggunakan Agama sebagai alasan. Kita telah belajar serta melihat , perbalahan kecil akan membawa kepada perbalahan besar , perbalahan besar akan bertukar menjadi peperangan serta pembunuhan yang tidak memberi keuntungan kepada sesiapa...........................” . Beliau seterusnya , ingin kita berkongsi satu ungkapan indah dari seorang sahabat melalui email beberapa hari lepas.. Katanya :- ‘Carilah hatimu yang baik sewaktu membaca al Quran , jika tidak ditemui carilah hatimu. semasa sembahyang,,kalau dok ditemui jugak , carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati ,kalu dok temu jugak ,,berdoalah kepada Allah ….mintalah hati yang baru’ Diantara tetamu Khas yang hadir ialah Encik Khalil b Ahmad,Pengarah JPNIN Negeri Terengganu, Pn Hjh Norma bt Moh d Nor,Pegawai Perpaduan Daerah K.Terengganu dan Pengarah Bomba Negeri – Tn Hj Fauzan.

Ianya satu malam yang penuh warna warni walaupun dalam keadaan hujan serta penyusunan tempat hidangan tidak dapat dibuat dengan teratur kerana kesempitan ruang , namun majlis berjalan lancar serta meriah.Sejambak bunga rampai yang selama ini dilupakan telah dibahagikan kepada semua hadirin yang hadir , mengingatkan kembali sentuhan buah tangan dizaman silam .Baunya yang lembut halus semerbak menyentuh rasa dan ingatan memperdekatkan lagi semangat perpaduan dan kehadiran diri dalam budaya dan amalan.Diatas permintaan anak mukim pehak AJK Tertinggi telah bersetuju menghidangkan nasi minyak dengan gulai kawah ayam kampung sebagai hidangan makan malam pada majlis tersebut.Seramai 300 orang anak mukim telah menghadiri majlis maulidurrasul pada malam yang sukar dilupakan..

1 comment:

  1. Asmkom wmth..
    Tahniah kepada editor dari saya kerana inilah seluruh programe yg berjaya disampaikan dalam bentuk u tube...cuma kualiti gambar tidak memuaskan ,..saya hanya melihatnya jam 9.00 pagi ini.semalam jam 9.30 u tube ini belum ada lagi.
    Saya rasa memenuhi keperluan makluman untuk pengetahuan anak mukim kita perlu juga selitkan serba sedikit inti inti dari ucapan yang disampaikan olih wakil wakil yang memberi ucapan pada malam itu.
    Tentu ada yang bolih memberi menafaat.
    Walaupun begitu ini adalah satu usaha yang berterusan yang telah menunjukkan peningkatan.
    Tahniah dan selamat maju jaya.

    Saham serta balasan Tuan akan dapat meperolihinya dari Allah nanti.
    dry.

    ReplyDelete