Monday, July 20, 2009

PROGRAM GOTONG ROYONG KRT BUKIT DEPU 2009

Satu Program Gotong Royong telah telah diadakan pada 18hb Julai 2009 bertempat di sekitar Taman Sangsura Bukit Depu. Ini merupakan salah satu aktiviti aktiviti yang telah dirancang bagi tahun 2009.

Pada tahun 2008 kita telah menjayakan program ini bersama Jabatan Bomba Daerah Kuala Terengganu bertempat dipersekitaran kawasan Balai Raya dan Padang Bola Bukit Depu. Pada tahun ini pula ianya dijayakan dengan kerjasama dan sokongan dari pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Kali ini Gotong Royong telah dijalankan disekitar kawasan Taman Sangsura. Ianya bertujuan mempertingkat kan suasana kebersihan dan keceriaan serta memelihara kehijauan dalam sebuah taman perumahan agar dapat memberi keharmonian serta kesihatan kepada penghuni taman dan penduduk berhampiran. Sebanyak 30 pokok bunga raya sumbangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan 20 pokok bunga kertas dan pokok pinang sumbangan dari Majlis Daerah Marang telah ditanam disekitar jalan masuk keTaman Sangsura pada hari tersebut.

Alhamdulillah segalanya telah berjalan dengan lancar, dengan cuaca yang redup. Majlis Bandaraya Kuala Terenganu telah menyediakan beberapa orang tenaga pekerja untuk membersih kawasan serta kemudahan jentolak “backhoe” bagi memudahkan tanaman pokok pokok hiasan disepanjang jalan berhadapan rumah diTaman Sangsura.

Seluruh warga KRT Bukit Depu dan Persatuan Penduduk Taman Sangsura (PPTS) mengucapkan penghargaan serta berbanyak banyak terima kasih kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Majlis Daerah Marang , diatas sumbangan serta kerjasama yang diberikan. Semoga kerjasama sebegini dapat diteruskan dimasa akan datang. Tidak lupa kepada Tok Penghulu Kawasan Bukit Besar kerana meluangkan masa walaupun sibuk.

Pengerusi KRT Bukit Depu juga mengambil kesempatan disini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengerusi Taman Sangsura Tn Hj Ab Manan Hasan kerana mendapatkan kemudahan serta kerjasama dari pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT)dan Majlis Daerah Marang(MDM) Penghargaan yang tak terhingga juga diberi kepada semua yang menjayakan program ini terutama sekali kepada AJK Jiran Wanita yang menyediakan sarapan pagi dan juga makan tengah hari dan menjadikan gotong royong kali ini betul betul istimewa dan berjaya.

Tahniah dan syabas ,tanpa kalian benih yang baik ini tak mungkin dapat ditanam. Inilah kenangan, inilah kemesraan, inilah perpaduan, inilah persefahaman dan inilah kasih sayang yang terjalin di KRT Bukit Depu.

Monday, July 13, 2009

TOKOH WARGA EMAS KRT BUKIT DEPU 2009

Tn Hj Ngah menerima watikah sebagai Tokoh Warga Emas KRT Bukit Depu 2009
daripada Pegawai Perpaduan Daerah JPNIN
Dia adalah contoh Penghubung Kemeseraan…… Penjalin Perpaduan penuh kemesraan Mencari Mukmin Professional diBukit Depu? Apa tuu! Penghuni diBukit Depu sekitar Bukit Jenal, Gelong Gajah dan Taman Sangsura merasakan perkataan itu terlalu tinggi letak status dan sifatnya. Kita cuma orang kampung status professional mana ada, digabung dengan mukminin pula. Mukminin tu adalah kot secara lebih kurang. Islam mengukur kehebatan seseorang dari dua cara.
  • Dari sudut keikhlasan perilaku.
  • Kerjasama yang dimainkan yang amat disenangi oleh jiran sekeliling
Sebagai khalifah Allah , dari sisa sisa umor yang ada setelah 75 tahun menikmati kehidupan. Sesungguhnya angka yang takpasti, tapi itulah lebih kurang umurnya…masih bergiat aktif dalam perkembangan dan kemajuan masyarakat setempat.

Tn Hj Ngah dengan motorsikal 3 rodanya

.......menyadat kelapa untuk nira
Hari hari bermula sebelum subuh Tn Hj. Ngah ialah seorang petani yang sederhana, cekal, rajin serta tabah mengaharungi arus kehidupan. Tugas rutin beliau,memotong, mengikat sayur sayuran, menyadat nira kelapa, merumput untuk beberapa ekor lembu yang sentiasa ada dalam peliharaannya, serta menghantar sayur2an itu sendiri kePasar Kedai Payang.

Dengan motorsikal 3 roda yang ditunggangnya dan bunyinya sudah menjadi salah satu irama kehidupan pada penghuni Bukit Depu. Beliau seorang yang aktif serta bertanggungjawab terhadap pengendalian Surau Hj. Ngah - salah sebuah surau yang terletak di Kg Bukit Depu., Beliau sentiasa berdakwah kepada penduduk sekitar supaya datang mengimarahkan surau kita dengan bahasa yang lembut dan mudah difahami. Masih lagi mempelajari Al Quran pada setiap petang Jumaat dari seorang guru diSurau Bukit Depu serta menadah kitab belajar ilmu agama dari guru Fiqah dan Tauhid diSurau Hj. Ngah pada malam Sabtu dan Ahad.

Segak dengan pakaian siap sedia untuk membuat rondaan

Walaupun penat dengan tugas harian tapi tugas beliau dalam menganggotai kumpulan SRS KRT Bukit Depu tetap dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab serta penuh semangat. Begitu juga dalam majlis tahlil serta bacaan Yassin rumah kerumah beliau sentiasa tidak pernah ketinggalan.
Tuan Hj Ngoh…kami menyayangi kamu.

Bergambar bersama Pengarah JPNIN Terengganu bersama dua anak angkat

Menghadiri Majlis Membaca Yaasin dari rumah ke rumah

Walaupun pengajian kamu tidak tinggi setinggi menara gading tapi pengisian yang ada didalam dada kamu adalah bahan rujukan pada orang yang sedang berada dimenara gading. Kami mengkagumi kamu, kami menghormati kamu dan kami menganggap kamu adalah ‘Mukmin Professional’ dikalangan kami dan tidak menyesal kami menganugerahkan Tokoh Warga Emas KRT B Depu 2009 baru baru ini, kerana itu lah penilaian kami terhadap kamu.

Tuesday, July 7, 2009

MAJLIS HARI KELUARGA & ANUGERAH KELUARGA MITHALI - Peringkat DUN Batu Buruk 2009

Satu Program Hari Keluarga & Anugerah Keluarga Mithali telah diadakan diDewan Sekolah Menengah Agama Sheikh Abdul Malek Kuala Terengganu pada 3.7.2009. Majlis tersebut telah dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Buruk dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Terengganu (YPKT)

Ia bertujuan bagi meraikan ketua ketua keluarga serta ibu ibu tunggal yang telah berjaya mengharungi hidup berumah tangga , memegang amanah menyara keluarga, mendidik serta membentuk satu keluarga bahagia yang berguna dan berjasa kepada masyarakat dan Negara.

Dalam ucapan perasmian, Ybhg. Dato’ Hj Che Mat b Jusuh - Pegawai Pembangunan Dun Batu Buruk, menyatakan penghargaan ini bukanlah dari sudut pemberian dan hadiah, kerana ianya taklah seberapa , tapi pada penghargaan itu sendiri yang memberi satu pengiktirafan yang cukup besar terhadap jasa jasa pengorbanan ketua ketua keluarga yang membawa ahli keluarga masing masing menjadi ahli masyarakat yang berguna.

Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Terengganu(YPKT) Ybhg. Encik Mohd Shafaruddin Mustaffa dalam ucapanya pula menyebut tentang angka perceraian yang amat tinggi dinegeri Terengganu. Dan angka perceraian yang belaku dikalangan anak anak muda yang baru berkahwin selama 1 hingga 5 tahun amat tinggi. Sekarang ini seramai 21,000 orang memegang status ibu tunggal yang ada diNegeri Terengganu ini yang perlu diberi perhatian.

Beliau seterusnya menyatakan “ Dengan kemudahan yang ada pada hari ini diharapkan keluarga hari ini lebih berjaya dari keluarga yang lampau. Sesungguhnya sebagai ibubapa kita diberi amanah yang besar untuk mendidik anak anak kita. Ini bersesuaian dengan firman Allah SAW yang bermaksud, ‘Wahai orang yang beriman peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka’ dan sesungguhnya tokoh tokoh yang berjaya ini sebenarnya telahpun melakukan sebahagian dari apa yang disarankan oleh Ayat tersebut.’’

Seramai 14 Ahli Keluarga Mitahali Peringkat DUN Batu Buruk telah terpilih sebagai pemenang. Ianya merangkumi tiga ketegori, iaitu:-

  • 11 Orang dalam ketegori keluarga mithali Cemerlang
  • 2 Orang dalam ketegori keluarga mithali Gemilang
  • 1 Orang dalam ketegori keluarga mithali Terbilang.

KRT Bukit Depu amat bertuah kerana Pengerusinya Tuan Hj Dol Razlan Yusof dan Keluarga telah terpilih menerima Anugerah Keluarga Mithali Gemilang pada malam tersebut. Seramai 80 orang anak mukim Bukit Depu telah datang memeriahkan malam bersejarah itu.

Semua AJK KRT Bukit Depu ingin mengucapkan tahniah kepada keluarga TN Hj Dol diatas kemenangan tersebut dan diharapkan kebahagian yang berterusan.