Monday, July 20, 2009

PROGRAM GOTONG ROYONG KRT BUKIT DEPU 2009

Satu Program Gotong Royong telah telah diadakan pada 18hb Julai 2009 bertempat di sekitar Taman Sangsura Bukit Depu. Ini merupakan salah satu aktiviti aktiviti yang telah dirancang bagi tahun 2009.

Pada tahun 2008 kita telah menjayakan program ini bersama Jabatan Bomba Daerah Kuala Terengganu bertempat dipersekitaran kawasan Balai Raya dan Padang Bola Bukit Depu. Pada tahun ini pula ianya dijayakan dengan kerjasama dan sokongan dari pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Kali ini Gotong Royong telah dijalankan disekitar kawasan Taman Sangsura. Ianya bertujuan mempertingkat kan suasana kebersihan dan keceriaan serta memelihara kehijauan dalam sebuah taman perumahan agar dapat memberi keharmonian serta kesihatan kepada penghuni taman dan penduduk berhampiran. Sebanyak 30 pokok bunga raya sumbangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan 20 pokok bunga kertas dan pokok pinang sumbangan dari Majlis Daerah Marang telah ditanam disekitar jalan masuk keTaman Sangsura pada hari tersebut.

Alhamdulillah segalanya telah berjalan dengan lancar, dengan cuaca yang redup. Majlis Bandaraya Kuala Terenganu telah menyediakan beberapa orang tenaga pekerja untuk membersih kawasan serta kemudahan jentolak “backhoe” bagi memudahkan tanaman pokok pokok hiasan disepanjang jalan berhadapan rumah diTaman Sangsura.

Seluruh warga KRT Bukit Depu dan Persatuan Penduduk Taman Sangsura (PPTS) mengucapkan penghargaan serta berbanyak banyak terima kasih kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Majlis Daerah Marang , diatas sumbangan serta kerjasama yang diberikan. Semoga kerjasama sebegini dapat diteruskan dimasa akan datang. Tidak lupa kepada Tok Penghulu Kawasan Bukit Besar kerana meluangkan masa walaupun sibuk.

Pengerusi KRT Bukit Depu juga mengambil kesempatan disini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengerusi Taman Sangsura Tn Hj Ab Manan Hasan kerana mendapatkan kemudahan serta kerjasama dari pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT)dan Majlis Daerah Marang(MDM) Penghargaan yang tak terhingga juga diberi kepada semua yang menjayakan program ini terutama sekali kepada AJK Jiran Wanita yang menyediakan sarapan pagi dan juga makan tengah hari dan menjadikan gotong royong kali ini betul betul istimewa dan berjaya.

Tahniah dan syabas ,tanpa kalian benih yang baik ini tak mungkin dapat ditanam. Inilah kenangan, inilah kemesraan, inilah perpaduan, inilah persefahaman dan inilah kasih sayang yang terjalin di KRT Bukit Depu.

1 comment: