Tn Hj Ngah menerima watikah sebagai Tokoh Warga Emas KRT Bukit Depu 2009
daripada Pegawai Perpaduan Daerah JPNIN
Dia adalah contoh Penghubung Kemeseraan……
Penjalin Perpaduan penuh kemesraan
Mencari Mukmin Professional diBukit Depu? Apa tuu!
Penghuni diBukit Depu sekitar Bukit Jenal, Gelong Gajah dan Taman Sangsura merasakan perkataan itu terlalu tinggi letak status dan sifatnya. Kita cuma orang kampung status professional mana ada, digabung dengan mukminin pula. Mukminin tu adalah kot secara lebih kurang.
Islam mengukur kehebatan seseorang dari dua cara.
Sebagai khalifah Allah , dari sisa sisa umor yang ada setelah 75 tahun menikmati kehidupan. Sesungguhnya angka yang takpasti, tapi itulah lebih kurang umurnya…masih bergiat aktif dalam perkembangan dan kemajuan masyarakat setempat.
Tn Hj Ngah dengan motorsikal 3 rodanya
.......menyadat kelapa untuk nira
Hari hari bermula sebelum subuh Tn Hj. Ngah ialah seorang petani yang sederhana, cekal, rajin serta tabah mengaharungi arus kehidupan. Tugas rutin beliau,memotong, mengikat sayur sayuran, menyadat nira kelapa, merumput untuk beberapa ekor lembu yang sentiasa ada dalam peliharaannya, serta menghantar sayur2an itu sendiri kePasar Kedai Payang.
Dengan motorsikal 3 roda yang ditunggangnya dan bunyinya sudah menjadi salah satu irama kehidupan pada penghuni Bukit Depu. Beliau seorang yang aktif serta bertanggungjawab terhadap pengendalian Surau Hj. Ngah - salah sebuah surau yang terletak di Kg Bukit Depu., Beliau sentiasa berdakwah kepada penduduk sekitar supaya datang mengimarahkan surau kita dengan bahasa yang lembut dan mudah difahami.
Masih lagi mempelajari Al Quran pada setiap petang Jumaat dari seorang guru diSurau Bukit Depu serta menadah kitab belajar ilmu agama dari guru Fiqah dan Tauhid diSurau Hj. Ngah pada malam Sabtu dan Ahad.
Segak dengan pakaian siap sedia untuk membuat rondaan
Walaupun penat dengan tugas harian tapi tugas beliau dalam menganggotai kumpulan SRS KRT Bukit Depu tetap dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab serta penuh semangat. Begitu juga dalam majlis tahlil serta bacaan Yassin rumah kerumah beliau sentiasa tidak pernah ketinggalan.
Tuan Hj Ngoh…kami menyayangi kamu.
Bergambar bersama Pengarah JPNIN Terengganu bersama dua anak angkat
Menghadiri Majlis Membaca Yaasin dari rumah ke rumah
Walaupun pengajian kamu tidak tinggi setinggi menara gading tapi pengisian yang ada didalam dada kamu adalah bahan rujukan pada orang yang sedang berada dimenara gading. Kami mengkagumi kamu, kami menghormati kamu dan kami menganggap kamu adalah ‘Mukmin Professional’ dikalangan kami dan tidak menyesal kami menganugerahkan Tokoh Warga Emas KRT B Depu 2009 baru baru ini, kerana itu lah penilaian kami terhadap kamu.
Syukur masih ada insan yang berjiwa besar seperti Pon Ngoh ni. Didoakan semoga beliau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki semoga beliau terus memberi tauladan dan diharap dapat di tauladani oleh mereka yang masih mementingkan diri dan berfikiran sempit.
ReplyDeleteAnak Bukit Depu.
Anak Bukit Depu
ReplyDeleteTerima kasih kerana melayari laman Blog ini.Sebenarnya insan insan yang seperti Tn Hj Ngah ni menjadi pemangkin kearah jalinan mesra penghuni sesebuah kampong seperti Bukit Depu ni. Walaupun sibuk dengan urusan harian, melalui kehidupan yang sederhana dan sudah berumur beliau masih boleh tersenyum dan mempunyai masa untuk mendekati jiran tetangga dan memberi khidmat sukarela tanpa minta dibalas.