- Membangkit kesedaran dikalangan masyarakat supaya menjadi elemen perpaduan sebagai teras dalam setiap tindakan dan interaksi mereka berpandukan kepada semangat hormat menghormati, bekerjasama, bermuafakat serta bertoleransi.
- Menyediakan ruang peluang dan suasana merangsang masyarakat berinteraksi dalam program dan aktiviti yang dianjurkan JPNIN, mahupun KRT bersama badan NGO yang lain.
- Memperkukuhkan semangat perpaduan integrasi dan intra kaum yang menjadi tonggak pemangkin kesejahteraan negara dan mengeratkan hubungan silaturahim diantara satu sama lain.
- Mewujudkan semangat kekeluargaan dan kejiranan yang harmoni serta gemilang dan terbilang.
Lima KRT Daerah Kuala Terengganu telah dipilih bagi menduduki Jawatankuasa Kecil bahagian persembahan yang ditubuhkan. Diantara KRT tersebut ialah KRT Telaga Batin, KRT Permin Jaya, KRT Kawasan Bandar dan KRT Bukit Depu.
Para tetamu menyambut ketibaan YB Dr A Rahman Mokhtar
Diantara tetamu pada malam tersebut ialah YB Dr A Rahman b Mokhtar - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu.Tn Hj Wan Nawawi b Wan Ismail - Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Penghulu Mukim dan Pengerusi JKKK.
Majlis dimulakan dengan ketibaan YB Dr A Rahman dan ikuti nyanyian lagu Negara Ku dan 1Malaysia. Tayangan slaid 'Maklumat Dan Pencapaian KRT Daerah Kuala Terengganu' telah diadakan selepas itu. Slaid ini diantara lain memaparkan kegiatan yang dijayakan oleh KRT Daerah Kuala Terengganu sepanjang 2008 - 2009. KRT Bukit Depu diberi kepercayaan bagi menyedia dan menyiapkan bahan bahan untuk persembahan slaid tersebut. Ia nya telah dilakukan dengan jayanya. Seterusnya Jamuan Makan, diiringi persembahan kebudayaan oleh belia belia Kawasan Rukun Tetangga Telaga Batin.
Pengarah JPNIN Terengganu membuat ucapan alu aluan
Selepas itu dilkuti penyampaian Sijil Skim Rondaan Sukarela (SRS) baru Daerah Kuala Terengganu. Sebanyak sembilan KRT menerima sijil penubuhan skim tersebut. Diantara penerima ialah:
- KRT Taman Perumahan Gong Badak
- KRT Taman Katong Jaya
- KRT Seri Losong
- KRT Kg Baru Seberang Takir
- KRT Taman Perumahan Wakaf Tengah
- KRT Mengabang Telung
- KRT Gong Kijang
- KRT Kubang Ikan
- KRT Seri Kolam
Kemuncak pada malam tersebut ialah Penyampaian Cek Tuntutan Takaful Kematian Akibat Kemalangan kepada pewaris anggota SRS KRT Alor Jambu - Allahyarham En Zaki b Awang.