Peserta dari Terengganu sedang membuat 'checkin'
Aturcara keseluruhan sambutan minggu perpaduan bermula pada 21.5.2010 dengan ketibaan para peserta dari seluruh negara pada pukul 2.00 petang yang ditempatkan dibeberapa buah hotel di Ayer Keroh. Peserta dari Terengganu ditempatkan di Ancasa Hotel MITC . Diikuti dengan Majlis Perasmian Simposium Rukun Tetangga dan Tabika Perpaduan di Ballroom, Ancasa Hotel pada pukul 3.00petang . Perasmian telah dilakukan oleh YB Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Perasmian telah dilakukan oleh YB Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Pada tarikh yang sama bertempat di Grand Ballroom MITC pula, diadakan Simposium Rukun Tetangga dimana sebanyak enam kertas kerja telah dibentangkan. Diantara pembentang kertas kerja tersebut ialah Dato' Mohamad Dahan b Latif, En Abd Rahim b Mohd Noor - Timb Ketua Pengarah MAMPU, En Abd Aziz Md Nor - SUB NKRA Jenayah, Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din(ISM), Prof Tukiman Suandi(UKM), En Kamal Affandi Hashim (MCPF), Prof Mansor b Mohd Noor(UKM), Prof Madya Dr Zaid b Ahmad dan Prof Dr Suresh Kumar Govind.
.
Wakil KRT Bukit Depu menerima anugerah dari YB Senator T. MurugiahPada malam pula diadakan Majlis Makan Malam Setulus Kasih Seiring Budi 1 Malaysia di Exhibition B, MITC Melaka yang dihoskan oleh kerajaan Negeri Melaka. Ia nya telah dirasmikan oleh YB Dato' T Murugiah, Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri. Pada majlis ini juga diadakan pemyampaian Saguhati Anugerah(tempat keempat hingga ketujuh) Anugerah Pengurusan RT Cemerlang, Anugerah Projek Ekonomi RT, Anugerah Pengurusan SRS dan Anugerah Pengurusan Jiran Muda Cemerlang. KRT Bukit Depu telah mendapat tempat keenam dalam Kategori Pengurusan RT Cemerlang. Kami tetap berbangga dan tak mungkin akan pandang kebelakang lagi.
Bergambar kenangan bersama En Khalil
Kami ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua Jawatankuasa Kerja Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2010 diatas layanan dan kemesraan yang ditunjukan selama tiga hari kami berada disana terutama sekali kepada En Khalil b Ahmad, Mantan Pengarah JPNIN Terengganu yang tak putus putus menyapa kami setiap kali berjumpa dan diatas kesudian bergambar dengan kami. Sebenarnya itu sifat beliau yang kami kenali.
No comments:
Post a Comment