Thursday, December 30, 2010

Perutusan Tahun Baru 2011 Dari KRT Bukit Depu .

Assalamualaikum wmth. Semua warga KRT yang dikasihi diseluruh negara , dan pengunjung blog ini. Hari demi hari yang pergi dan masa yang ada , hanya kesedaran akan berlabuhya tirai tahun 2010 dan akan diganti dengan tahun baru 2011. Apa yang kita telah dapat sebenarnya , jika saat ini kita masih mencari apa yang kita cari. Yang pasti kita telah dibawa oleh ’ life transition’ yang kita percaya akan menjanjikan kebaikan demi kebaikan.

Apapun 2009 dan 2010 telah membukitikan kepada kita siapa kita pada hari ini ..atau 2005 – 2010 akan apakah peningkatan kehidupan yang kita capai . Masih merasa bahagiakah kita jika semalam kita tidak menghiraukan Asyura , Hari Tasyriq ,nikmatnya berjemaah Fardhu Subuh serta amalan lain umpamanya , yang menjadikan akan kita kebaikan dalam mempertingkatkan nilai diri sebagai ‘a good muslim’.

Memang diantara kita berubah bermula dari prasekolah , lulus dipusat pengajian tinggi, bekerja, kahwin, berkeluarga ,bertukar jawatan ,bercerai atau kekal pasangan atau menambah pasangan, kehilangan orang yang disayangi, berpindah kediaman, bersara, hari tua, masih mencari atau menyedari kehidupan, pergi haji dan sebagainya. Baru sekarang kita mula secara serius bertanya betapa soalan - siapa kita , untuk apa kita dan akan kemana kita , dan ini mula meminta jawapan dengan lebih serius sebagai pengisian kekosongan dalam diri kita. Secara peribadi , bila ini berlaku dalam diri kita , inilah perubahan . Inilah perubahan hakiki sebenarnya.

Alhamdulillah jika perubahan ini sedang berlaku dalam diri kita pada ketika ini , teruskanlah dengan mencari perubahan baru , harapan baru yang lain untuk tahun 2011 serta seterusnya , selagi kita tidak terbabas dari larangan agama kita.Dan kita sebenarnya tidak memerlukan tahun baru untuk berubah.Berubahlah kerana kebaikan. Saya bersyukur dengan nikmat serta pertolonganNya , yang telah KRT Bukit Depu lalui sepanjang Tahun 2010 , walaupun kita telah menempuh berbagai bagai dugaan jika dibandingkan tahun tahun sebelumnya.

Dengan sejumlah 33 program yang telah kami laksanakan sepanjang 2010 yang cukup bermakna buat anak mukim dan sekaligus telah membawa kita keMajlis Pelancaran Minggu Perpaduan 2010 Peringkat Kebangsaan diMITC Melaka pada 21-23 Mei dan disenaraikan diantara dalam 6 calun kategori Anugerah Pengurusan Rukun Tetangga Cemerlang dari seluruh Negara.Kami rasa inilah kemuncak keupayaan KRT Bukit Depu yang mewakili Negeri Terengganu pada tahun 2010.

Walaupun kita terpaksa menempuh keadaan kewangan yang serius dari dalaman dan dengan pihak JPNIN Daerah Kuala Terengganu, namun KRT Bukit Depu tidak pernah bertukar wajah.Kami masih ceria seperti dulu, SRS ,Jiran Muda ,Warga Emas , Jiran Wanita , Tunas Jiran bertanggungjawab penuh dengan masaalah sosial dan kemasyarakatan anak anak mukim. Tanggungjawab tidak pernah berubah. Dugaan dugaan ini rupanya telah memberikan kami suntikan inspirasi dengan membuka lembaran serta peluang kehidupan baru.

Serentak dengan peluang yang diberikan ,pada 15 November 2010 , KRT Bukit Depu telah dilantik menjadi wakil pengedar untuk Kuih Baulu dari Sri Marang Food Interprise ,Pengedar Makanan Barat Sejuk Beku dari Nuriq Enterprise dan Pengedar Kacang Goreng dari Hadi Sdn.Bhd, untuk dipasarkan dipasaran tempatan dan luar Negara.Insya Allah KRT Bukit Depu akan melangkah setapak lagi diarena perusahaan dan pemarasan dengan partnership bersama pengusaha tempatan.

Tanggungjawab ini akan diuruskan sepenuhnya oleh Jiran Wanita dibawah pengerusinya , Puan Mariam. Kami berharap akan sokongan serta ingin berkongsi peluang keuntungan dari perusahaan ini khasnya dikalangan KRT seperjuangan.Hubungilah kami untuk keterangan lanjut.

Sepanjang hari hari 2010 yang berlalu KRT Bukit Depu hanya mampu tersenyum serta bersyukur dengan apa yang ada dan cuba mempelajari lebih jauh akan kelemahan dalam kehidupan , kerana disitu terletaknya university terakhir seorang insan.

Kami tidak akan lupa pada jasa jasa , tunjuk ajar , kerjasama , kasih sayang , persefahaman , semangat perpaduan yang diberikan kepada kami sehinga kami menjadi seperti KRT Bukit Depu hari ini dan kami memohon semangat serta sokongan moral yang berterusan seperti ini terus berkekalan.

Sehubungan dengan itu mana mungkin untuk tidak menyebut nama nama penting seperti Pengarah dan Pegawai Pegawai JPNIN Terengganu Pegawai JPNIN Daerah Kuala Terengganu ,Pengarah JPNIN Melaka ,Polis DiRaja Kuala Terengganu , Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu , Jabatan Anti Dadah Kebangsaan Terengganu ,Fakulti Sains Pemakanan Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu ,Seketeriat Rukun Negara Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu ,MAIDAM Terengganu .Yayasan Islam Terengganu , Jabatan Agama Terengganu ,Pondok Darussalam Kuala Terengganu , Penyelaras DUN Batu Buruk ,Pegawai Pembangnan DUN Batu Buruk ,JKKK Bukit Depu ,AJK Surau Bukit Depu , AJK Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung) ,RT Fasa 2 Batang Kali Selangor, RT Taman Likas Kota Kinabalu Sabah , RT Ketereh Kota Bharu Kelantan ,EONCAP Islamic Bank Berhad Kuala Terengganu , Berita Harian Kuala Terengganu dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu , serta mana mana badan kerajaan , swasta , NGO dan orang persaorangan yang tidak tersebut namanya disini. KRT Bukit Depu mengucapkan ribuan terima kasih daun keladi yang tidak terhingga.Terima kasih diatas segala galanya.

Kepada Pengerusi Jiran Wanita dan AJK , AJK Tertinggi KRT Bukit Depu yang telah menjadikan tahun 2010 dan sebelumnya , tahun tahun yang meningkat baik dan penuh kejayaan yang tidak pernah dimimpikan.KRT Bukit Depu berhutang jasa dan kebaikan.Samoga 2011 yang membuka tirai , usaha dan kerjasama diantra kita kian ranum , mesrahati , berwibawa, ikhlasbudi dan lebih memahami dengan ayat ayat cinta yang tidak jemu dibaca.(Al Quran)

Tak kurang rasa terima kasih yang penuh terharu kepada pengunjung pengunjung blog krtbukitdepu.blogspot.com.

Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua dari KRT Bukit Depu semoga kita semua peroleh kejayaan baru dengan pengalaman yang terdapat dari 2010 yang pergi , pandai pandailah mengubah masaalah menjadi peluang kejayaan dan kebaikan yang dicari.

Salam Perpaduan dan Salam 1Malaysia.

dry Pengerusi KRT Bukit Depu 31.12.2010

No comments:

Post a Comment