Salam dari Hong Kong .
3 Disember – 10 Disember. 2010
Seperti yang kita ketahui Kowloon dan Hong Kong sudah jadi milik China , dibawah pentadbiran Special Administration Region (SARs) of the People Republic Of China (PRC). Sebuah pulau yang membangun pesat dirantau Asia , macam sebuah lagi pulau Singapura yang besar , dengan penduduknya lebih high tech . Penggunaan gadget , seperti ipod , ifone dimana mana : dari kanak kanak berumur 3 tahun sehingga orang orang tua, didalam aktiviti harian mereka dimana mana dan setiap masa adalah fenomena biasa diHong Kong.
Terdapat 88 stesyen MRT yang menghubungi Tanah Besar Kowloon dengan Hong Kong dilengkapi wifi termasuk semasa berada didalam MRT, ini tidak termasuk ditempat kemudahan awam , pasar raya restoran , bas , teksi , boat , ferry serta kapal semuanya terdapat kemudahan wifi.
Sesungguhnya bekas pulau jajahan British ini jauh lebih maju dari apa yang disangkakan semasa saya berada disini 11 tahun lalu . Dengan perkembangan pesat teknologi , ekonomi , fesyen , pelancungan ,pelabuhan bebas antarabangsa yang sedang berkembang didunia , Hong Kong berjaya memukau pelancung dari kanak kanak (kerana Disney Land) sehingga orang dewasa (kerana shopping barang barang elektronik , pakaian) dengan harga yang ramai orang mampu.
Sebuah ifon dengan hanya berharga RM188.00 (HK430.00)..baju baju berjenama semurah RM25.00 yang datang dari China boleh didapati dikebanyakan jalan jalan serta bandar bandar yang terkenal disini.Ini tidak termasuk gedung gedung pakaian serta barangan kulit yang berjenama disepanjang jalan utama.
Selama berada disini , saya sempat mempelajari beberapa perkara :-
1.Bahawa sikat adalah kepercayaan tradisi orang cina yang amat kuat yang boleh membantu kesihatan sesaorang . Dengan bersikat sebanyak 200 kali setiap malam atau setiap hari boleh memberi kesan yang baik kepada saraf , pemikiran disamping dapat memberi keterampilan yang segar , kemas dan ceria. Ini sekaligus meletakkan kedai kedai sikat berada diInternational Shopping Complex , MRT Station yang popular serta Hotel2 5 bintang.
2.Pisau seramik, yang dibuat dari seramik , tajam sepanjang hayat tak perlu diasah dan tidak berkarat dibuat diJepun dijual dengan harga HK40.00 (RM20.00)
3.Masjid besar Kowloon dan Islamic Centre dibanjiri 80 % jemaah dari Afrika selebihnya dari India dan Pakistan pada setiap Solat Fardhu.
4.Makanan Islam dari Pakistan seperti Nasi Beriani , kari kari , roti plata sudah senang didapati , lazat dengan harga berpatutan.
5.Apa yang penting untuk merasa selesa setiap masa kalau kita berada disini , ialah kasut dan kesihatan yang baik .Kerana perjalanan membawa kita kepada perancangan baru dalam satu hari , dari satu tempat kesatu tempat yang menarik tanpa jemu.
6.Tambang MRT yang murah , selesa ,cepat dan selamat .
7.Buahan seperti limau , strawberry , pisang , anggur ,jambu ,manggis ,mangga dan rambutan terlalu segar murah serta berkualiti.
8.Tempat tempat seperti Stainley Market , The Peak . Avenue Of Stars i.e symphony of light , dapat memberikan mesej kepada kita apa itu kemajuan , kebudayaan yang boleh meletakkan diri kita tentang apa itu keperluan kepada perubahan moden bagaimana melaksana serta menjaganya dengan baik.
Pada sesiapa warga krt yang akan ke Hong Kong sila hubungi kami krtbukitdepu.blogspot.com bagi mendapat tip tip yang perlu , jika belum pernah kesana.
No comments:
Post a Comment