Tuesday, March 29, 2011

Lawatan Integrasi KRT Panchor Jaya Fasa 5&6

Gambar Slide Lawatan KRT Panchor Jaya Fasa 5&6
Tanggal 26.3.2011 merupakan satu tarikh yang istimewa kepada KRT Bukit Depu kerana menerima kunjungan KRT Taman Panchor Jaya 5&6, Negeri Sembilan. Lawatan integrasi dari Negeri Yang DiPertuan ini merupakan program pembuka tirai bagi KRT Bukit Depu untuk tahun 2011.
Rombongan seramai 40 orang di ketuai oleh Pengerusi Tn Hj Abdullah bin Talib dan setiausaha Tn Hj Sharidan bin Alias. Mereka ini dalam rangka lawatan sehari ke Terengganu Darul Iman. Turut sama dalam rombongan ini ahli ahli Jiran Wanita nya. Pihak JPNIN Terengganu di wakili En Azilan Ariffin. Bas yang membawa rombongan tersebut tiba tepat pada jam 9.12 disambut mesra oleh Pengerusi KRT Bukit Depu bersama AJK nya dalam gerimis hujan yang turun sejak petang. Walaupun sebahgian nampak begitu kepenatan tapi semangat perpaduan yang ditunjukkan begitu tinggi dengan gelak tawa serta gurau senda.
Bak kata pengerusi KRT Bukit Depu dalam ucapannya "dalam program Rukun Tetangga bukan sahaja perpaduan yang terjalin tapi terhimpun juga amalan baik yang banyak dan dalam masa yang sama ilmu kita dapat dipertingkatkan.." Beliau mengakhiri ucapan dengan tiga buah pantun
Negeri Rembau Negeri Yang Tuo Yang Tuan dirikan
Sheikh Ahmad Majnun Orang Kenamaan
Takbanyak yang dapat kami hidangkan
Cuma gulai ayam kampong pembuka perpaduan
Dari jauh datang bertamu
Memberi salam membuka pintu
Andai ada umur dan waktu
InsyaAllah dimana mana kita bertemu
Adat jauh berkirim kata
Adat dekat puji memuji
Andai ada tersilap kata
Maaf dipinta seikhlas hati

Dalam ucapan balas Pengerusi Taman Pancor Jaya Tn Hj Abdullah berkata , beliau serta rombongan berharap dalam perjumpaan yang singkat ini , satu perhubungan yang dapat mengembangkan kerja kerja perpaduan yang lebih baik antara dua hala menjadi satu kekuatan bersama. Beliau yakin KRT Bukit Depu tidak kedekut untuk berkongsi ilmu , bantu membantu sebagai satu keluarga KRT yang besar.

Beliau mengakhiri ucapan dengan menjawab sebuah pantun sahaja sebab dua pantun lagi KRT Bukit Depu kenalah melawat Pancor Jaya Fasa 5 & 6 untuk mendapatkan jawapan nya.

Buah tembikai buah rambutan.
Makan bersama buah berangan
Ribuan terima kasih diatas layanan
Budi baik tuan puan kami kenangkan

Walaupun dalam waktu yang amat terhad tapi mesej perpaduan yang sama sama dialami dapat dimenafaati dengan penuh persefahaman, santai dan mesra.

No comments:

Post a Comment