Satu jadual giliran telah dikeluarkan sebagai makluman bagi memudahkan persediaan. Sedikit jamuan ringan disediakan oleh tuan rumah sebagai pembasuh mulut,dan pada kesempatan ini kami dikalangan anak anak mukim dapat bertemu dalam kelompok yang ramai dan menanya khabar serta bertukar fikiran tentang isu semasa disamping mengeratkan lagi silaturrahim dan semangat perpaduan.
Nikmat Allah yang selalu ada pada kita mestilah dijadikan asas utama untuk bersyukur kepadaNya. Sesungguhnya Allah menjadikan manusia dan jin untuk menyembahNya. Pada kebiasaan apabila berada dalam kesenangan, bersyukur adalah menjadi suatu perkara yang paling jauh dan sukar dilakukan. Sedangkan sekiranya mereka dalam kesusahan atau mengimpikan sesuatu maka kita akan merintih merayu dan memohon kurniaan tersebut dari Allah.Kita diberi Allah dengan berbagai anugerah dan nikmat, rumah, makanan yang limpah ruah, keamanan dan sebagainya. Masih ada lagi kah alasan untuk kita menjadi hambaNya yang tidak bersyukur?. sombong dan pelupa ? Bayangkan saja apa yang akan terjadi pada kita kiranya lahir di negara yang sentiasa berperang saling bunuh membunuh, jauh dari untuk menikmati keamanan dan perpaduan. Firman Allah SWT yang bermaksud, " Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlannya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang,"(An-Nahl:18)
No comments:
Post a Comment